Tajuk posting kali ni agak berat. huhu..
Sebenarnya aku share tentang erti 'pendidikan seks' di dalam Islam
dari pengisisan program Tanyalah Ustaz di tv9.
Penyampainya ustaz Rohidzir Rais http://al-zuhaily.blogspot.com/2010/07/
Dari kacamata agama, pendidikan seks bermakna mengajar anak2
tentang persoalan aurat, memilih pakaian, makanan, dll yg dpt
menghindarkan kita dr perkara2 yg salah.
Antara yg aku ingat, tentang cara untuk mengajar anak2 menutup
aurat, ibu bapa perlu jg aurat dahulu walaupun semasa di rumah.
Pemilihan pakaian anak2 juga harus sesuai. Andainya pakaian
yg kita pilih tidak disukai, biarkan sahaja. Biar anak2 marah sekarang
bukannya di kemudian hari.
Satu lagi pemilihan makanan jg penting. Makanan yg halal membawa
kepada hati yg suci. Dapat menyediakan sediri makanan adalah
yg terbaik kerana kita sendiri yg memilih bahan.
Tentang sumber makanan sekarang byk pilihan utk memilih produk
muslim jadi mengapa tidak kita berbelanja barang dapu dengan
barangan buatan muslim.
Alhamdulillah aku kenal dengan HPA. Jadi seboleh2 barangan dapur
aku beli di stokis HPA. Kerana aku yakin Insyaallah pemprosesan
barang2 HPA ngan mementingkan aspek kebersihan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment