Jun 24, 2010

Anak-anak

Hari ni nak pergi ke klinik Meru utk monthly check up Khalisha. Dah 5 bulan.
So masuk ofis lewat sket .

Anak-anak sejak dua minggu lepas kurang sihat sket. Cuaca panas yg lain
macam skang ni mmg ramai yg ditimpa demam.
2 minggu lepas Khalisha demam 4 hari. Tapi masa tu dia still aktif dan kuat
menyusu. Kalo time suhu naik aku lap2 dan bagi ubat demam yg dpt dr
Klinik Meru. Hari ke 3 sebab demam nya kejap dtg dan pergi, baru dpt
bawa ke klinik panel. Doktor kata baby bwh 4 bln sepatutnya tak bagi ubat
demam. Uikkk.. terkejut makcik. Walaupun Khalisha dah 4 bulan lebih masa
tu tapi actual age di 2 bln lebih baru.. huhuhu..sib baik tak ape2.
Doktor kata tak membahaya tp ikut amalan perubatan tak digalakkan.
mm. confius aku ngan doktor gomen dan swasta ni.. Nurse kat meru tu
kata lepas cucuk terus bg ubat demam nak elak demam. So salah la tu..mmm


                                   Gambar terkini khalisha. Muka bulat mata bulat badan mcm tak
                                   naik sgt sebab dia aktif. Dah gaya2 nak meniarap.





                                   Kak Yong Sabrina.. tengah rajin menulis . Sambil jaga adik
                                   la konon...

Sabrina pulak dari hari Isnin demam 2 hari. Sib baik la tak lama.  Hari pertama panas
sampai 38.5". Lepas masuk ubat demam turun.. cukup 6 jam naik balik.. ulang2.
Sabrina sudah berhenti susu badan sejak seminggu lepas. Aku buat keputusan
berhentikan susu sebab dia asyik nak lekat nye sampai adiknya pun kena kacau.
So minggu lepas kami bawak dia ke Darus Syifa .. ikhtiar. Malam2 kenkadang
nak tidur tu dia teringat gak nak susu mama tapi kena la pujuk jgk.. alih topik.
Mula2 mmg payah.. 2,3 kali dia bgn malam teringat susu mama.
Makin hari makin senang nak handle.. alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails