Apr 8, 2010

Stok susu part2




Hmm lama dah nak masukkan posting ni tapi gambar tak syok
pulak. Actually nak memotivasikan diri sendiri dan sesiapa
yang tengah kumpul ebm.
Gambar tu stok ebm utk Khalisha setakat ni. Stok tu di buat selama
2 minggu semasa aku menjaga Khalisha sebelum dia keluar hospital.
Alhamdulillah masa tu susu melimpah ruah, Khalisha pun minum susu
sket je, jadi sementara tunggu Khalisha bangun tidur or lepas dia
direct feeding aku akan pam susu yg tak abes. Kat hospital guna
pum Medela Lactina. Kat rmh aku guna pum Ameda double pum.
Kadang2 pum lama aku Avent berguna jgk terutama kalau nak
pum dlm kereta masa pegi or balik jenguk Khalisha.
Sangat lega sebabnya stoknya banyak nak dibandingkan Sabrina dulu.
Orang kata pengalaman mematangkan kita. Sekarang lebih muda
nak uruskan stok susu.
Memandangkan aku akan mula berkerja hujung bulan ni, mulai
minggu ni aku berazam kumpul semula stok susu di samping
ajar Khalisha minum ebm dgn botol. Dalam beberapa hari ni
Khalisha ok je. Puting NUK sesuai dgn dia. So tak de lah susah
hati sangat. Harap2 segala urusan terus dipermudahkan
Allah s.w.t. Amin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails