Apr 20, 2010

Simple Cheese Cake

Sejak dari bersalin dah lame tak merasa makan cheese cake.
Kalau tidak dulu kalau teringin, lunch time kat ofis sure p beli
kat secret recipe. Skang ni dah terkurung terpaksa la sabor.
Bila tengok2 kat internet teringin jugak nak order onlinetapi memandangkan
aku sorang je yang suka kek ni, tak berbaloi lak. Simpan dulu la
keinginan tu.

Pastu ahad lepas abg nak bawak ke jusco Bkt Tinggi nak beli baju anak2.
Baju Sabrina byk dah kecik2, baju khalisha pun sket jek.
Lepas dpt beli baju sorang 2 pasang ajak abg ke supermarket beli
philadelpia cheese ngan yogurt.
Petang tu lepas siapkan anak2 mandi start le masak kek.
Resepinya aku salin kat myresipi.com

Kat bawah ni lah hasil keknya. Tak berapa menjadi la pulak.
Maybe sebab tak cukup pukul. Nak cepat sangat. Pastu terlebih
masak pasal aku terlama dalam bilik air. Tak ikut arahan soh letak
aluminium foil lepas 30min. Tak pe tak pe pasal
dia cheese cake sedap je. Lepas simpan dalam peti sejuk
semalaman lagi le sedappp :))*

Next time nak kena guna resipi yang guna kat jepun dulu la.
Insyaallah kalau jumpa resepinya.


Resepinya:


Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula


Cara-cara
Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas
dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander.
Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium
foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan
rasa cheese cake yang sedap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails