Kebelakangan ni agak kerap dapat berinternet. Huhu.. rasa dah
boleh agihkan masa antara baby, sabrina dah kerja rmh.
Kalau tidak rasa kelam kabut dan stress je uruskan rmh dan
anak2 tapi minggu ok sket.
Sebab dah ada byk masa berinternet terasa ingin mencuba
gunakan dia untuk duit. Skang masih mengumpul ilmu disamping
tanya pendapat org2 yg pakar. Nasib baik ada facebook. So
senang nak tanya dengan org2 bijak pandai terus.
Kalau dapat jadi kawan lagi senang lah..
Dari pembacaan selain bisnes jual barang .. promosi produk atau
affiliate pun boleh tambah income.
Tapi aku pun tak jelas sgt tentang affiliate nih.. kena byk baca lagi.
Harap2 sebelum kembali bekerja hjg bulan ni tercetus lah
idea untuk buat sesuatu.
Semoga Allah membukakan jalan. Apapun kuncinya kena lebih
mendekatkan diri dgn pemberi rezekilah.. kena rajin buat solat
sunat mcm tahajud, dhuha, sblm slps solat, ngaji. Skang ni on off
jgk.. bila anak meragam.. terlepas lah.. iee..Harap diberi kekuatan.
Kata Irfan Khairi di FB hari ni..
Irfan Khairi says, bagaimana hendak mengekalkan motivasi?
Rasulullah berpesan, untuk kita amalkan sesuatu ilmu itu 21-30
hari, dan ia akan menjadi tabiat. Sekiranya tidak, ilmu itu akan
mati... so, untuk mengekalkan motivasi, paksa diri kita melakukan
sesuatu itu selama 3-4 minggu untuk menjadikannya tabiat ;) peace!
No comments:
Post a Comment