May 19, 2008

Erin 8 bulan







Erin sudah pun menjangkau 8 bulan 12 mei lepas. Tapi sebab
sibuk tak sempat nak tangkap gambar.
Skang ni erin dah pandai merangkak dan sibuk nak berdiri
pulak. Pantang ada tempat berpaut mula la nak berdiri.
Mula2 biasa la tergolek2, tp dua tiga ari ni nampak confident je.
Rasa bersalah gak bila tgk dia terjatuh, tapi kdg diluar kawalan.
Sib baik le anak mama ni kuat.
Alhamdulillah kesihatan erin pun setakat hari ni memuaskan.
Berat terbaru 6.4kg tinggi 66cm. Berat tak byk bertambah tp
sebab erin ceria, sihat dan aktif so tak de lah dibimbangkan.
Erin masih makan 2 kali sehari. Menu yang sama.
Bubur nasi + carrot + kentang + ikan bilis yg dilecek dan ditapis.
Ada sesekali aku letak ayam rebus, tp erin lg suka ikan. Skang
kalo makan laju jek. Kuantiti aku tambah sket je sebab tak nak erin
krg nyusu. Erin jg sedikit sensitif 2,3 minggu ni. Pantang aku hilang
dr mata mula la dia merengek, sambil merangkak carik aku.
Kdg ayahnya ada pun dia tak mau. Nak carik mama jugak.
Agaknya dia takut aku tinggalkan lama2 mcm p kerja kot.
Nak main pn pun kat keliling mama je. Manja betul.
Susah sket nak buat keje time erin jaga, mcm balik ke masa di
2,3 bulan la pulak. Tapi harap sementara je la.
Apapun moga anak mama ni terus sihat , ceria, bijak , sabar.. amin.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails