Jan 24, 2009

Suprise!

Jumaat 23 Jan... Pegi keje cam biasa la.. lega ari ni dpt sampai
sket banding hari2 lain minggu nih. Semalam dah dpt mail dr
manager pasal punctuality ni. Walaupun dia tegur bebdk shif je
hehehe.. kena perasan gak la kan.

Pkl 930 p klinik gigi kat bangunan sebelah opis. Nak cabut gigi

geraham bongsu.
Eiii.. ngeri sebenornye. Agaknya pasal tu la aku tak lena tido

malam tadi. kikikiiki.. abg pn tak ada.. hahahaa
Rupanya mencabutnya sekejap je.. eeeiii tapi sakitnye adoi!!
Dapat MC. Yeaaa!!!!

Tgh hari lepas pum susu ngan geng baru lah balik rmh. Tak
sanggup nak pum sambil drive, sakit gusi ku.
Sampai kat rmh abg tido. Eish eish .. sabo je la.
Pkl 3 ajak abg keluar pegi Klang Parade beli almari baju
Sabrina. Abg pn kata nak carik spek itam. Bior la dia.
Kalo ada mood bole mkn kat secret recipe. hihihi..

Keluar masuk kedai spek, abg sibuk soh aku try je. Aku tanya
nak belikan ke. Dia kata kena la beli sama2. Tapi asyik aku je
try... pastu baru la confirmed abg nak hadiahkan spek
rupanya. Suprise!!!!!
Nak kasi hadiah harijadi rupenye. pandai betul.
Dapat la spek brand rayband. Kalo sendiri tak beli la.. hehehe

Pastu beli barang2 kat giant, then p makan kat Seksyen 7.
Tak ingat dah secret recipe. Lapo nasik.
Nak dekat kol 7 baru ambek sabrina. Sorry la yek.. tinggalkan
die.

Jan 20, 2009

Harijadi

Sabtu 17hb..Usia ku bertambah setahun lagi. Tapi gaya hidup
tak de la berubah sgt. Harap2 tahun ini lebih baik dari yg
sebelumnya. Azamku utk memperbanyakkan lagi solat sunat
dan kerapkan mengaji. Sabrina pn dah besar siket krg lah sket
kacau2 mama kot.

Abg sepatutnya keje, tp dek lewat bangun terus dia cuti je.
Abg ajak ke midvalley nak ke diamond club. Dah terlanjur ke
sana, aku pn berangan2 la nak makan kek kat secret recipi
pastu nak carik baju sabrina. Nak ke sana pn dah jam, tak
campur terbabas2 lagi.. boring la jgk. Mula2 ke Imuone,
tak de stok pulak brg yg di carik. Tak de la hadiah ari ni.
hihihi.. Sabrina letih, aku susukan terus la tertidur. Nak tgg
dia lena selalunya lama so aku jalan je sambil susukan ke
World of cartoon. Pusing2 dpt la 2 psg baju dan cawan baru
dia. Sebenarnya dekat sejam gak disitu sampai sabrina pn
terjaga.

Sebab dah pkl 2 kitaorg terus keluar je ke Shah Alam. Beli
roti je utk alas perut tp terkenyang la pulak.. hihihi.. tak
jd mkn di SA, terus ke kedai kereta tinted kereta pulak.
Ingatkan sejam bole siap, rupanya berjam2. Sabrina tak le
meragam sgt pasal dia sibuk main, jalan sana sini, tp letihnye
menjaga. sabo je la..
Balik tu p mkn char kue tiaw kat tpt biasa jln meru. Hasrat
mkn kek tangguh dulu. Tak seswai...

Ahad abg keja separuh hari. Petang2 ingat nak keluar sama,
tp dek kepenatan urus keje rmh, tak de mood la pulak.
Lain kali je lah bila lapang betul.
Sabrina baik demam ni, masih lg nak berdukung je.. pastu
menangis sungguh kalau aku tinggalkan sekejap. Huihhh.
tu yg rasa letih kot.. hopefully nanti back to normal.

Jan 15, 2009

Sabrina 16 bulan.



Hari ini aku terpaksa bercuti sebab Sabrina demam lagi.
Sebenarnya hari ni msk hari yg ketiga dia demam. 2 hari
sebelum ni tak panas sgt, cuma hari ni suhunya mencecah
39'C tu yg aku ambik keputusan jg sendiri je.
Pkl 7 pg aku mskkan ubat, lumurkan kepalanya dgn air
asam jawa, susukan dan tidurkan. 9 pg dia bangun nampak
berkurang sket.
Selera tak ada sgt utk mkn nasi so ks biskut dan bijirin aja.
Yg pasti menyusu mmg nak aje.
Tgh hari aku tidurkan lagi sampai 3.30ptg tadi br dia jg.
Nampak mcm dah sembuh. harap2 begitulah.

12hb lepas Sabrina menjangkau 16bulan. Walaupun kecil molek
je tapi sihat, aktif dan pintar. Berberapa perkataan yg boleh
disebutnya " ayah, mama, nak, nah, dah" . Kalau nak mkn
atau lepas org azan mesti tadah tgn pastu berdoa la ngan bahasa
dia tu. hihihihi.. pandai betul. Bahasa kita pun dah difahaminya.

Bab permakanan, aku dah kasi nasi biasa je. Tak perlu lg bubur.
Sabrina lebih suka suap sendiri pun. Tapi tak de la byk,
dia suka meratah lauk, sayur je. Nasi aku suapkan tp dlm 3,4
suap je lah. Skang dah boleh duduk
semula dlm high chairnya. Itupun lepas dipisahkan mejanya.
Rupanya Sabrina nak mkn semeja ngan mama ngan ayah.

Sejak seminggu lepas aku belikan susu Prediasure complete.
Cuma bagisekali sehari di rmh Wati. Weekend lepas aku cuba
bagi langsung tak mau. Agaknya sebab dia ingat susu pum kot.
Harap2 ada peningkatan dlm berat badannya. Minggu dpn
nak timbang lagi. Wait n see...



Lama tak jumpa




Ahad 11 Januari .. Aku dapat jemputan dari kak Norimah
ex-classmate kelas mengaji kat YSAQKL utk majlis perkahwinan
anak perempuannya di Lembah Keramat, KL. Dah lama sgt
aku tak ke area sana sejak kahwin.
Kami sekeluarga bertolak dr Meru lepas zohor sebab tunggu
Sabrina jg dari tidur. Sampai disana pkl 3ptg kenduri dah
nak sampai ke penghujung tp adalah rezeki lagi.
Alhamdulillah dpt jg jumpa kenkawan ngaji yg sudi menunggu.
Habis makan2 aku ajak abg ke Tmn Melati menziarah Cik Mas.
Sejak berbaby ni tak pernah jumpa lagi. Last jumpa ms aku
mengandungkan Sabrina 5 bln di kenduri kawennya.
Uikkk sket punya lama tuh.
Anaknya Luqman dah 9 bln.. Sihat, comel, senyummm je.
Sabrina belum pandai lg lah nak kawan2. Tp syok tgk
perangai diaorang.







Jan 7, 2009

Bersama family





Rabu 31 disember .. Aku mmg tunggu2 sebab adik aku Yem janji
belanja family makan2 kat pantai Jeram.
Dah lama sangat kitaorg tak makan2 di luar lagipun ahli keluarga
dah bertambah, peluang tu dah kurang.
Aku bertolak dr Meru lepas Asar. P ambik mak mertua dulu kat
rmh kak Ijan di Shah Alam. Mak dan kak long ,uda dan anak2,
wahid, acid,Yem, Cik Tapa dari kampung 2 buah kereta.
Abg Moen sekeluarga dr KS berkumpul dulu solat magrib di
masjid Jeram.
Pastu baru la makan2..


Sabrina happy tgk ramai sepupu2 dia. Makan tak berenti .
Apa org sua mau aje, alhamdulillah tak meragam.
Menu yg kitaorg pilih, ikan kerapu msk stim, ikan jenahak
msk halia, ketam goreng lada, kerang bakar, udang msk cili,
sotong goreng tepung dan sup cendawan.
Mmm makan ramai2 mmg la sedap. Harga pn ok jgk, ada
rezeki bole le datang lagi. hihihi..
Habis mkan, semua pulang ke kpg kecuali abg Moen.


Khamis-Sabtu.. 3 hari aku di kampung. Sehari di rmh mertua
2 hari di rmh mak. Kat rmh mertua aku relek je la.
Balik rmh mak baru la sibuk menjahit langsir. Dapatlah disiapkan
langsir pintu dan sliding door rmh meru. Walaupn cm bodynya
aje. Nanti ada masa jahit anaknya pulak.
Sabrina seronok kat kpg sebab sepupu ramai. Yg bestnya dia pn
dah berani jalan sendiri. Lega lah rasa. Berjalan sudah anak
mama di tahun baru ni..


Selamat tahun baru


Gambar ayu menyambut tahun baru hijrah dan masihi.


Bermain2 di Sogo. Isnin 29 disember 2008.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails