May 28, 2009

Seminggu yang sibuk

Minggu yang bersibuk masih beterusan.
Rasanya dah 2minggu tak update blog.
Beberapa cerita yg belum sempat di coret.

1. Ceramah keluarga Ustaz Zahazan sempena hari ibu.
2. Sabrina demam dan muntah2.
3. Exam ITIL
4. Persiapam mertua untuk umrah.

Insyaallah cerita akan menyusul kemudian.

May 13, 2009

Sabrina 20 bulan





Diam tak diam anak mama dah masuk 20 bulan.
Alhamdulillah..
Minggu ni dah sihat dah. Last week selsema.. kesian je.
Minggu ini mama dah tak de bekalkan ebm untuk Sabrina.
Hasil ebm dah teruk sgt. Dapat kurang sebotol. Malas
jdinya nak berusaha lagi. Isk isk.. tak elok ditiru nih.
Yang tak tahan nak pum tu B kanan amatlah sakit.
Bukan sakit sblh dalam, takut jgk lah, tapi d kulit tu,
yang nip*le crack dah lama sgt tak baik, tambah pulak
dua2 kulit B tu mengelupas. Apasal tah ye. Mcm kering sgt.
Losyen yg aku sapu bepanthen je la. Hopefully cpt le sembuh.

Memandangkan anak mama dah nak hampir 2 thn
tak apalah. Lagipun kalau ada rezeki nak lah kasi adik
kat Sabrina ye. Ade la gak kawan main.
Kat rmh of course lah still bf je lagi . Sabrina pun pandai.
Beberapa hari lepas, on the way balik keje aku dengar kat
radio IKIM, topik Al-Quran dan Sains kata ikut kajian susu ibu
paling tinggi kadar karbohidratnya masa ini lah, iaitu 20bulan.
Dan akan turun dgn mendadaknya pd ketika 24 bln. Agaknya
sebab tu dlam Al-Quran pn di suruh kita menyusu anak
sampai 2 thn. Insyaallah.

Sabrina skang ni mmg pandai berckp . Apa saje yg org ckp
dia ikut je, walaupun ujung2. Budak2 mcm ni ckp kena jglah.
Kena slalu dgrkan ayat2 Al-Quran, huruf2 nombor2. Aku bantai je
semer bahasa yg tau , malay, english, japanese.
Hopefully dpt le dia tangkap. Kononnye nak mendidik anak pandai
cakap jepun, Insyaallah. Tapi pasal aku sorng je yg ckp jepun
kat rmh, terhad jgk lah. Tak pe lah.. sket2 lah.








May 11, 2009

Dating di klcc


Tengok gambo pun dah tau sedap!!!.
Set tempura dan soba.



Sebelah kanan tu menu yg aku order.
Set salmon yaki n tempura.


Setelah agak lama merancang, hari Selasa lepas 5 May, dapat
jgk aku berdating ngan kwn baik sejak RPKJ 12thn lalu .
Fuihh lame betulh lah.
Sebab dah lama sgt kitaorg tak jenjalan kat KLCC, dkt tpt keje
lama dulu, so kitaorg plan ke sana lah.
Kitaorg jumpa kat stesyen komuter S.A.

Actually aku baru je balik dr kpg malam sebelumnya. Abg
wazawaza balik ambik. Letih jgk tp seronok le nak jumpa kwn.
Jenjalan ngan kawan ponpuan ni dah lama sgt tak buat.
Pulak tu ada masa sehari pulak.
Nyaris tak dpt jumpa sebenarnya sebab on the way balik kpg
abg bgtau beteri kereta aku kong. Aiseyman.. pening pk cam
mane lak nak p komuter, Nak p kl pun satu hal nak p panggil
teksi. Tak penah lg aku nampak teksi kat Meru nih..
Isk isk.... tp kebetulan ari tu abg ambik cuti sebab nak repair
kereta dia ngan kereta aku. Tp kereta abg leh le gerak lagi.
So abg le tolong antar dan ambik dr stesyen komuter.
Ie... baiknye suami ku hantar isterinye p jenjalan.
Bukan senang lor..

Kol 11 aku ngan Noora dah kat KL sentral. Kitaorg terus ambik
LRT ke Ampang Park. Sebab teringat baju2 kat situ.
Seronoknya dpt jenjalan ni.. kitaorg beli buku dan handbag
dari kedai yg sama. Tambahannye aku beli blouse.
Pastu dah mula kelaparan dah letih kaki so kitaorg patah balik
ke KLCC. Terus carik Japanese restoran. Ingatkan nak jenguk
kat Arab Restaurant gak, tp pasal dah terliur tgk menu jepun
ni, masuk je la ke Nippon Tei.
Alhamdulillah makanan mmg sedap. Puas hati .

Abes tu kitaorg p Kinokuniya , nak carik buku2 jepun,
aku pulak ingat yg buku jepun still ada kat dlm Isetan, p lah
ke Isetan, carik2 tak ada pulak. Tapi dah tak nak patah balik
so tak jadi la tgk buku, tp just cuci mate je kat Isetan.

Nak balik tu kitarang beli barang2 anak kat Guardian then
singgah minum kat Secret Recipe.
Mmmm.. puas hati. Mcam2 dibualkan tp still rasa tak
cukup2. Apapun alhamdulillah dpt jgk keluar sesama.
Kenangan lah ni. Maklum la masing bergelar ibu. Noora pulak
tak lama lagi nak tambah lagi.. makin sibuk le gamaknya.

May 2, 2009

Musim selsema



Selasa 28 April... Sejak tgh malam badan Sabrina rasa panas
sket. Dedor.. kata org kampong. Tanda2 nak demam la tuh,
Pagi masa nak pergi kerja pn mcm tu juga. Tapi tidurnya
masih lena. Aku tak cuti sebab nak menhabiskan training yg
bermula semalam. Cuma pesan kat Wati soh kasi Sabrina
ubat je.
Rabu 29 April.. aku cuti sempana Japan holiday. Lagipun
Sabrina masih demam. Hari ni makin panas bdnnya. Malam
tadi aku msk ubat kat punggung sebab suhu sampai 38.9' C
Abg keje malam minggu ni jd aku uruskan sorang2 je.
Siang abg balik kerja bdn Sabrina tak panas sgt. Bagi abg
rehat dulu. Lagi pun ubat minum masih ada.
Lepas zohor aku ajak abang ke Plaza Alam Sentral beli kain
langsir. Kalau sempat nak jahit kat kpg hujng minggu nanti.
Kalau tak upah Uda jahit je la. hihihi..
Sabrina kalau bab berjalan mmg suka. Nampak sihat je.
Masa nak balik Sabrina tidur lena so tak de lah singgah klinik.
Lepas magrib sebab bdnnya mula panas balik aku ajak
abg ke klinik sebelum dia pergi kerja. Demam biasa
cuma doktor pesan elakkan makanan berminyak sebab tekak
dia merah takut batuk pulak nanti.
Hmm satu benda baru kena ingat nih. Slalu hentam je .
Sampai ke hari ini, Sabtu.. Sabrina masih tak sihat. Demam
tak ada, tp selsema pulak dah 2 hari. Hopefully cepat lah
sembuh kesian tgk dia tidur tak lena.
2 malam ni pandai pulak nak minum air masak tgh mlm.
Kehausan agaknya. Susu mamanya pun dah tak cukup.
Minggu dpn aku cuti 3 hari. Golden week kata org Jepun.
hehehe.. syok nye. Plan nak balik kpg jahit langsir. Pastu
balik sini nak jumpa kawan lama pulak.
Plan je.. insyaallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails