Mar 24, 2010

Bercuti di kampung

Minggu ini aku bercuti di kampung. Aku dan anak2,
Sabrina dan Khalisha balik ke kampung pagi Isnin
dengan adik aku yang kebetulan balik diving di
Terengganu.
Memang dah lama nak bercuti di kampung sebab
masa berpantang habis di rumah sendiri sebab
Khalisha di hkl, jadi bila dan lega skang baru lah balik
kampung. Dah lama tak berkumpul adik beradik.

Kat kampung mmg meriah sebab uda dan kak long
anak beranak , adik2 aku masih duduk rmh mak.
Malam bila semua kumpul kat rumah bising sungguh.
Biasalah budak2. Sabrina masih belum berdikari
sangat, kenkadang masih sensitif. Harap2 balik dari
kampung ni ada perubahan.

* gambar akan diupdate kemudian.

Mar 16, 2010

Sabrina dan gaun

Gaun Pak Uda(abg ipar) beli.

Susah sebenarnya nak ambil dia senyum.
Gambar ni lepas snap gambar di atas.

Iklan gigi yg tak berapa berjaya...


Nak bergambar ngan basikal kesayangan.



Dah lama Sabrina tak pakai gaun. Beberapa hari lepas aku berjaya
pujuk Sabrina pakai balik gaun. Alasannya nak bergambar.
Cik kak ni skang suka betul bergambar. So kita suruh apa
pun dia buat.

Mar 13, 2010

Setelah 13 hari












Hari ini genap 13hari, hampir 2 minggu Khalisha kembali dari hospital.
Alhamdulillah dia nampak sihat dan semakin tembam.
Pastinya susu mama je dia minum. Susu untuk Khalisha pun
meriah sangat. Sabrina 2,3 hari ni dapat di pujuk utk berpisah susu.
Sebetulnya cuma time nak tidur je dia nak manja ngan mama tapi
kadang2 tak mau mengalah. Lagi pun ada yg tak berapa setuju
walaupun rasanya ramai yg berjaya dgn tandem nursing.
Apapun aku tak mau menyesakkan fikiran dgn benda remeh.
Sabrina pn dah lebih 2 tahun menyusu jadi harap dia pun dah ready
utk lebih independent.



Mar 10, 2010

Karenah anak2

Sejak Khalisha balik ke rmh, makin meriah le rumah. Weekend je
ramai datang melawat. Jiran2 kat taman ramai dah tengok
Khalisha yg comel. Yang datang pun sihat2 dan diaorg tgk
Khalisha dari jauh je so tak de lah risau sangat.
Kalau yg suka cium2 budak tu risau le jugak.

Sabrina sejak adik nye balik kadang2 meragam le jgk nak mintak
perhatian. Time org nak uruskan adik masa tu la dia nak mintak
itu ini. Sabo je lah.
Yang tak tahan bila mengamuk la. Boleh hilang sabor jugak.
Khalisha sgt senang diuruskan. Susu tidur.. kalau tak tidur pun
biarkan dia baring dlm tpt dia, nanti lama2 dia terlelap sendiri.

Esok adik aku yg baru kawin , Wahid menunaikan umrah dgn
isterinya. Seronoknya lepas kawin pegi umrah sambil bulan madu.
Bertuah isterinya. Ini kali kedua adik aku p umrah.
Aku doakan moga selamat pergi dan balik.
Moga masa aku dan abang akan menyusul nanti.

Mar 4, 2010

Gambar2 Khalisha











Khalisha balik rmh

Lega hari ni baru ada masa di rumah. Alhamdulillah Khalisha
sudah keluar dari wad hari isnin 1 mac 2010 setelah 39
hari di hospital. Tapi sebelum dia keluar tu 6 hari aku
tidur di wad sebab nak tengok perkembangan dia dan
susukan dia. Sebelum tu aku hari2 selama 3 hari aku ulang
alik dari meru ke Kl utk bf Khalisha. Memang tak ada
berpantang sangat.

Khalisha keluar dari inkubutor ahad 21 Feb. Sehari sebelum
tu aku diminta pihak wad datang hari2 utk susukan Khalisha.
Mula2 mmg agak payah dah ajar Khalisha kenal puting mama
tapi lepas beberapa penyusuan senang aje.
Susu pun banyak so Khalisha tak byk meragam. Susu .. tidur..
susu.. tidur. Mama la jadi penunggu di wad baby.

Hari rabu 24 Feb mama di minta masuk wad. Kebetulan
minggu tu abg keje siang jadi malam bole jaga Sabrina.
Cuma pagi kena hantar awal la ke rmh Wati. Pkl 6 pagi.
3 malam pertama Sabrina mmg meragam.. kesian dia.
Tapi dpt juga abg handle. Ok lah.

Di wad Khalisha di susukan on demand. Hari2 mak2 semer
kena mandikan baby sendiri. Nurse cuma sediakan air
mandian dan kemas tpt baby. Lepas mandi 7.30 pagi terus
timbang baby. Khalisha hari2 naik 30-40gm. Masa mula aku
tidur wad berat dia 1.65kg. Sepatutnya 1.7 + bole kluar wad
aku ingat 2,3 malam je kat wad tapi pasal doctor tukar2 so
dah hari ahad walaupun dah 1.79kg doktor tak bagi juga
kluar. Kena tunggu jugak Isnin.

Ahad tu adik aku kawin di kpg. Jadi minta pertolongan nurse
utk jga Khalisha sementara aku balik kpg. Abg datang jemput
dgn Sabrina. Dpt la jumpa Sabrina lepas 4 mlam tak jumpa.
Aku jadi tetamu di rumah sendiri. Makan2 tanya kabar balik
semula ke Meru. Sabrina tak sihat pulak.. muntah 3 kali
sepanjang ari tu. So tinggalkan di kpg minta mak jaga.

Balik ke klang terus ke Jusco beli tpt tidur Khalisha dan bajunya
terus ke HKL semula. On the way wad call sebab susu nak abes
sib baik dah nak sampai. 9 mlm sampai semula ke Hkl.
Khalisha ok je.. lega.

Isnin pagi lepas mandi timbang 1.83kg. Doktor kasi kluar tapi
rabu kena dtg balik utk check mata pulak.
Biasala budak prem organ ada yg tak lengkap jadi byk ujian
kena buat. Setakat ni ujian pendengaran, mata peringkat pertama
ok. sebelum balik suntik bcg dulu. buat itu ini, pkl 5 baru kluar
ters blk kpg utk ambik sabrina.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails