Oct 30, 2010

Jengok blog kembali

Assalamualaikum utk diri sendiri dan sesiapa yg membaca posting ini.
Hihihihi..
Hari ni bangun pagi2 nak menyiapkan tempahan manik.
Actually baru first tempahan utk touch up baju.. hehehe.. seronok sgt sbb dah beberapa hari
buat dan nak siap. Tinggal final touch up je.
Dulu2 pernah ambik tempahan setakat fesyen satu layer aje.
Insyaallah lepas2 ni nak challenge ambik yg lebih susah. best best..
Dok tunggu baju sendiri siap jahit, so boleh promo kat bj sendiri dulu. hihi!!

Rasanya dah 2 minggu tak update blog. Bizi benor dgn keje.
Dengan aggreement untuk project baru, interview yg tak sudah2, internal
dan external meeting yg kena attend & present, documents yg kena prepare,
plus people management lagi.. lotih. Malam2 sure tetido awal, pagi2 bangun
nak jahit manik pulak. Penuh schedule.
Tapi alhamdulillah disibukkan dengan benda2 yang bermanfaat.
Suka pada perubahan schedule skang, at least lebih kerap dpt solat tahajjud
di pagi2 hari, baca Al-quran. Tenang...
" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"

Anak2 juga Alhamdulillah.
Sabrina petahnya bercakap.
Kalau bab menyanyi lagi maher zain la dia pilih. Insyaallah, insyallah..
siap bertepuk-tepuk mcm masa showcase Maher itu hari. hihi.
Solat mmg dia suka ikut. Sebelum solat mesti dia azan dulu.
Sabrina  dah paham jadual keje mamanya so dah tak de
masalah nak hantar ke rmh pengasuh. Siap boleh pesan kat mamanya,
" Mama jangan nangis2 yer, ina nak pegi school "
kekekeke.. sabor je la.
Kemarin masa berselisih dgn abg yg baru balik shift malam.
Lepas salam2 and masuk kereta dia pesan kat ayah,
" Awak tu jangan nangis2 yer"  hahahhahaha
So ayahnye balas
" Awak tu yang jangan ngada2"
Sabrina balas .. " OK!!"
Seronoknya tengok anak2 tengah membesar ni.

Khalisha berat terkini timbang minggu lepas utk 9 bln,  5.1kg.
Walaupun mmg tak banyak naiknya, hanya 300gm dlm masa 2 bln
tapi dia nampak sihat. Ada lah 2 hari selsema tapi cuma waktu pagi je2.
Demam2 pun setakat ni dah lama tak ada. Alhamdulillah.
Moga2 Allah terus lindungi anak2 ku dari sebarang penyakit, sentiasa
sihat ceria, bijak, hati yg mudah utk di bentuk, di berikan Iman dan dpt
menjaga mama dan ayah di hari tua nanti. Aminn.. doa yg tak pernah
tinggal Insyaallah.

Kali ni tak dpt upload gambar sebab camera entah hilang kemana2.
Masih menunggu hint dari Sabrina.
Kejap katanya campak atas katil la, kat luar la, bawah bantal la.. semua
tak jumpa lagik. Harap2 panjang le umur camera tu. huhuhu..

4 comments:

  1. salam..

    aha seronok baca entry ni.. macam-macam cerita sekali gus..!! seronok layan budak-budak yang baru pandai nak bercakap nih.. kadang2 tu memang kelakar! ha ha

    Jahit manik kalu jangan lupa amek gambarr.. nanti leh buat blog khas plak utk koleksi jahitan manikk hu hu.

    Lagi satu vydak2 memang suka 'hilangkan' barangg..!! Izan pun hari tu lebih seminggu tak bercompact powder.. pakai bedak baby je lepas kali terakhir Dania sibuk nak pinjam CP mamanya. Alih-alih datang kat mamanya sambil cakap " Nah Mama.. Dania pinjam..!" rupa dia nyorokkan kat dalm laci kepala katill.. saborrrr je laaa.. isk isk iskk

    ReplyDelete
  2. wah.. nanti aku link kan blog ko ni

    ReplyDelete
  3. lor...sabrina main sorok2 kamera ke???

    ReplyDelete
  4. izan, hehehe..ala dah masuk sekali sekala. bila dpt posting semer yg terlintas tulis je la.
    gambar manik ari tu tak cantik sebab kamera takde.
    tp sure mmg ambik letak kat fb selalunya.

    kurma, link jgn tak link

    ume, beberapa hr lepas ayahnya dah jumpa. tapi tak mau ckp pulak mane die jumpa. yg penting kameranya masih sihat walafiat nampaknya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails