Dec 30, 2010

Hampir ke tahun baru 2011

Tadi baru je balik rumah uda kat Kg Jawa dgn mak. Mak datang rmh
dgn Yem tgh ari semalam. Aku pun menumpang sekali . Aku dan anak2
balik kpg dgn abg dan mak mertua Sabtu lepas. Sebab aku cuti seminggu
minggu ni, so aku stay sampai hari rabu kat kpg. Lama tak bermanja
ngan mak. Haahhaa. sebenarnya tak dpt byk sembang pun kalau di rmh.
Bz dgn anak2. Mak pulak byk program.

Mak sibuk pun dgn majlis ilmu. Bestnya sekarang kami saling berkongsi
ilmu2 yg didengar di majlis2 ilmu, tv radio dll. Bila kita menghayati Islam
makin byk kemanisan yg di rasa.
Syukur kepada Allah kerana aku yg pernah menzalimi diri ku masih dilimpahi
kasih dan syg.

Mak kata nak balik esok pg. Tapi td lalu masjid Meru terpandang kain
rentang sambutan tahun baru masehi.Menarik. Insyaalah nak ajak abg
ke masjid malam esok.

FORUM "MERAIH KEBERKATAN DI TAHUN BARU"
Panelis: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ust Anhar Ophir
Moderator: Ustaz Sukki Othman
KONSERT MINI MU'ADZ & KUMPULAN RABITHAH

Lepas magrib ni nak bwk mak dinner kat restoran cina muslim
kat Klang Sentral. Harap2 mak suka menu kat situ.
Insyaallah. Semoga keluarga kami sentiasa di limpahi
keberkatan. Aminnn..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails