Dec 25, 2008

Sabrina demam la pulak




Jumaat 22hb dec.. Petang masa ambik Sabrina kat rmh Wati,
dia baringje. Sambil tu Wati urut2 kaki dia.. eeii bagus betullah.
Kata Wati Sabrina petang sejak petang ni. Mmg badannya
panas sket. Dia suggest bwkp berurut maybe badan dah sakit2
katanya. Memang dah byk kali dia suruh, hihihi.. lepas isya
abg pn ada kat rmh, aku ajak la dia ngan Wati p rmh Mak Usu
urut Sabrina..eiii kesian.. kesian. Hopefully makin kuat lah.
Sabtu dan Ahad aku tak kemana. Just melayan Sabrina kat
rmh. Mcm biasa kalo demam meragam la dia nak berdokong
je kalau dalam rmh. Pulak tu pantang di tinggal menangis
sampai diteran2nya suara. Eiii kadang geram pn ada. Sabo jela.
Kalo aku lalu mmg buat keje rmh, masak membasuh dukung
Sabrina. Tapi kalo keadaan tak mengizinkan kena gak letak
bawah. Rasanya sure org kata anak aku dok menangiss je.
Sib baik la kawasan ni mmg budak2 tengah membesar so tak
le pelik sangat.

Dalam pada tu plan nak masak tomyam dan sup daging korban
dapat jgk dilaksanakan. Dapat jgk la sedekah kat jiran2. Cuma
sup tu ingatkan nak buat sup tulang, rpnya tulang sket jek,
sudahnya jd sup daging jgk.

Hari Isnin 22 hb aku p kerja walaupun Sabrina ada demam sket.
Rasanya dia kalau ada kawan2 tak lah meragam sgt. Sayang
cuti pun. Sure jadi minus sebab force leave ujung tahun ni.
Aku bekalkan 2 jenis ubat demam yg dpt kat klinik panel
semalam.
Ms lunch time kat opis aku p singgah beli 2 ptg kek secret
recepi. Tamak.. tamak.. hihihi..
Balik dari kerja Sabrina tak demam sgt tapi aku still kasi
jgk ubat demam. Abang keje malam tp ms aku balik
dia ada lagi, legalah sket bole tgkkan Sabrina sementara
aku mandi dan solat. Sambil tu layan kek. Mmm.. sedappp.
Tapi sabrina pun makan jgk walaupun tak le byk sgt. Dia
tak suka sgt benda lembik2 nih kalau kerepek ke mau
berulang2 jgk jadinya.

Abg dah p keje baru aku teringat hari ni anniversary kami
yg ke2. CIssss "sekkaku" aku dah beli kek. Abg pn tak kata apa.

Selasa 23hb..aku cuti sebab japan holiday. Hari ni pun nak bwk
p sabrina timbang kat klinik meru. hari ni Sabrina tak demam
dah. Lega la mood dah ok. tapi sure berat krg kot.
Abg balik kerja baru kami ke klinik. Pasal anniversary tu abg
just kata "a'ah". Ingat la rasanya tp tak le ape nak buat.
Jangan le harap yg bukan2. hahahaha...
Berat sabrina 7.8kg. Naik 400gm dr last month. Tapi still bwh
line kuning so kena continue mkn syrup vitamin pastu dtg
timbang lagi next month. Eiiii tu la yg malas.. cuti lagi.
Kena "gambaru" jaga makan sabrina.
Btw, kata wati sabrina dah boleh habiskan 3 botol susu
minggu lepas. Bergerak la sket stok yang ada. Lega dengar..


Dec 18, 2008

Salam kembali


yem potong kek harijadi disponsor sendiri. hehehe..
happy birthday. dah 30 errkkk!!!

Dah lama betul rasanya tak posting. Sib baik lah hari ni ramai sket
org keje so ada la masa sket. Kalau tidak kalau depan pc buat keje jek.
Tapi alhamdulillah lah, sejak keje normal ni teratur sket rasa hidup.
Sebab rutinnya sama je.
Pagi bgn tidur, masak bubur Sabrina, kemas2 dapur kalau perlu,
mandi, solat subuh, susukan Sabrina pastu hantar rmh babysitter
baru p keje. Sebelum magrib dah sampai rmh. Kalau Sabrina tak
gayut lama sangat, sempat la bawak dia training jalan kat depan
rmh. Kalau tak just pusing2 dlm rmh je.

Sabrina 2,3 hari ni dah ada jgk la jalan sendiri. Tapi tak lah jauh sgt.
Itupun ikut mood dia. Slalu di cariknya tangan kita nak jln sama2.
Dapat pegang satu jari pn jadilah.. hahahaa.. kelakar betul.
Skang ni kalau siang dia dah krg tidur. Kadang2 sekali jek..
Tapi lepas magrib mmg dia dah ngantuk lah. So aku tidurkan
dia dulu barula mandi dan solat magrib.

Hujung tahun ni aku cuti hampir seminggu. Abg pn sama.
Semernya sebab shutdown gara2 ekonomi meleset nih.
Kami plan nak pegi jalan kat KL. Dah lama sgt tak pegi.
Pastu join makan keluarga anjuran adik aku , Yem.
Pastu nak balik kpg 3,4 ari jahit langsir rmh.
Hopefully semer ikut plan lah.
Tak sabar tunggu hujung tahun.







Dec 9, 2008

Salam Aidiladha

7hb Disember. Isnin
Salam Aidiladha utk semua. Moga semuanya dirahmati Allah.
Tahun ni kami sambut raya haji di Meru je sebab kami join korban
di taman. Ni 1st time beraya bertiga je . Aku tak tau nak masak ape.
heheh.. mcm hari2 biasa je.

Pagi2 jiran kami kak Salbiah dan Liza hantar makanan . Kak Salbiah
kasi ketupat, sayur campur, ayam masak merah , cucur udang.
Liza pulak kasi soto dan rendang. Masa tu baru je kitaorang nak
bersarapan dgn biskut dan kerepet. Hehehe.. rezeki2..
Tapi segannye pasal takde ape nak di balas.

Cuaca dari pagi asyik hujan je. Aku plan nak jgk p tengok2 org
berkorban, tp keadaan tak mengizinkan. Boring jgk duduk kat rmh
je tgk tv. Membasuh aku dah selesaikan pagi2 tp jemur je kat
dapur. Mengharapkan hari akan panas petangnya.
Tgh hari abg tak balik lagi dr melapah lembu. Tahun di korban
2 ekor. Maybe org tak ramai kot.

Aku call mak dan mertua dikampung. Mak abg kata nak datang ikut
kak Ijan. Cepat2 aku masak puding jagung. Sib baik la bahan semua
ada. Hasilnya lembik sket tapi masih boleh di potong. Boleh lah..
Lepas zohor baru abg balik. Daging dpt 4 kilo semer bahagian ada.
Aku reti masak rendang masak hitam je..itu pn kena confirm resepi
dgn mak. Bahan2 byk yg tak ada, kena kerah abg p kedai lak.
Nyesal lak tak beli awal2 semalam. Hihihi.. sebab semalam mcm
tak confiden jek nak masak.

Baru habis kecut daging mak mertua dan family kak ijan sampai.
Mak pn ada bekalkan ketupat dan rendang. So hidangkan balik le
kat diaorg. Plus puding aku buat tu. Puding tu aku bekalkan jgk
utk kak ijan nak kak Awa. Mak akan tidur rmh kak Awa mlm nih.
Operasi memasak rendang bersambung lepas Isyak. Sebab abg
lupa nak beli cili giling. Pulak tu Sabrina asyik nak meragam je..
Mengantuk tp tak mau tidur.. Ada sekali baran jgk jadi mama.
Sabar.. sabar..

Dec 2, 2008

Lama tak jumpa

Eii rasa lama benor tak update blog ni lah. Dulu sket2 update
blog. Tapi semenjak keje office hour ni rasa limited sket masa
nak surf internet. Kecuali lah terfree mcm ari nih.

Sabrina alhamdulillah sihat je. Makin memahami kata org rasanya.
Mulutnya bising mcm biasa. Bertatih lagi.
Insyallah tak lama jalan lah tu. Tiap anak perkembangannya berbeza.
Agaknya sebab Sabrina ni nak bercakap dulu, tu yg jalannya lambat.

Minggu lepas aku dah abang agak bz menguruskan hal kereta.
Memandangkan skang hari2 kena ulang alik opis, kenalah pilih
opsyen yg lebih murah. So, aku decided tukar ke kereta yg rendah sket
cc nya. MyVi!!.. hehehe.. tpi second hand je lah.
Abg mmg setuju sebab harga wira pn makin hari makin menjunam.
Sebelum kena pakai sampai lapuk baik la aku tukar cepat2.
Abg rajin betul la p round2 used car. Akhirnya dpt jgk jumpa yg
berkenan di hati, harga tukar beli kereta, keadaan kereta pn bagus
so pejam mata tukar je lah. Risiko sentiasa ada dlm apa2 hal pn kan.

Hari Sabtu lepas abg abes shif malam, terus pulang ke kpg. Otw
balik tu sempat gak singgah kedai potong, carik CD player baru utk
wiraku. Abg syg sgt kat player skang so nak tukar before jual.
Sudahnya lepas zohor baru sampai kpg. Singgah dulu rmh mertua.
Jiran mertua nak kenduri kawen esok, so abg dan mak p la menolong.
Aku main2 je ngan Sabrina kat rmh. Lagipn hujan tu yg malas nak pegi.
Sebelum magrib baru abg hantar ke rmh mak aku.
Lepas dinner abg balik rmh mak dia, sebab mak mertua tinggal
sorang je. Aku ngan Sabrina tidur berdua je la.. hehehe lama Sabrina
tak tidur rmh neneknya.

Hari Ahad, lepas p kenduri jiran abg, berkonvoi pulak ngan kereta
Wahid dan abg Alang ke Port Klang.P kenduri kawin sedara belah
arwah ayah lak. Sampai dah agak petang tp ramai lagi sedara kat
sana. Lauk pn mcm so lepak sampai asar baru le balik. Otw balik
tu abg terlanggar lak lubang, pecah rim kereta abg. Isk isk.. kesian.
Berhenti jap tukar tayar baru teruskan perjalanan.
Kesian abg mcm2 problem lak skang ni. Moga sabar menghadapi
dugaan nih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails