Jumaat 22hb dec.. Petang masa ambik Sabrina kat rmh Wati,
dia baringje. Sambil tu Wati urut2 kaki dia.. eeii bagus betullah.
Kata Wati Sabrina petang sejak petang ni. Mmg badannya
panas sket. Dia suggest bwkp berurut maybe badan dah sakit2
katanya. Memang dah byk kali dia suruh, hihihi.. lepas isya
abg pn ada kat rmh, aku ajak la dia ngan Wati p rmh Mak Usu
urut Sabrina..eiii kesian.. kesian. Hopefully makin kuat lah.
Sabtu dan Ahad aku tak kemana. Just melayan Sabrina kat
rmh. Mcm biasa kalo demam meragam la dia nak berdokong
je kalau dalam rmh. Pulak tu pantang di tinggal menangis
sampai diteran2nya suara. Eiii kadang geram pn ada. Sabo jela.
Kalo aku lalu mmg buat keje rmh, masak membasuh dukung
Sabrina. Tapi kalo keadaan tak mengizinkan kena gak letak
bawah. Rasanya sure org kata anak aku dok menangiss je.
Sib baik la kawasan ni mmg budak2 tengah membesar so tak
le pelik sangat.
Dalam pada tu plan nak masak tomyam dan sup daging korban
dapat jgk dilaksanakan. Dapat jgk la sedekah kat jiran2. Cuma
sup tu ingatkan nak buat sup tulang, rpnya tulang sket jek,
sudahnya jd sup daging jgk.
Hari Isnin 22 hb aku p kerja walaupun Sabrina ada demam sket.
Rasanya dia kalau ada kawan2 tak lah meragam sgt. Sayang
cuti pun. Sure jadi minus sebab force leave ujung tahun ni.
Aku bekalkan 2 jenis ubat demam yg dpt kat klinik panel
semalam.
Ms lunch time kat opis aku p singgah beli 2 ptg kek secret
recepi. Tamak.. tamak.. hihihi..
Balik dari kerja Sabrina tak demam sgt tapi aku still kasi
jgk ubat demam. Abang keje malam tp ms aku balik
dia ada lagi, legalah sket bole tgkkan Sabrina sementara
aku mandi dan solat. Sambil tu layan kek. Mmm.. sedappp.
Tapi sabrina pun makan jgk walaupun tak le byk sgt. Dia
tak suka sgt benda lembik2 nih kalau kerepek ke mau
berulang2 jgk jadinya.
Abg dah p keje baru aku teringat hari ni anniversary kami
yg ke2. CIssss "sekkaku" aku dah beli kek. Abg pn tak kata apa.
Selasa 23hb..aku cuti sebab japan holiday. Hari ni pun nak bwk
p sabrina timbang kat klinik meru. hari ni Sabrina tak demam
dah. Lega la mood dah ok. tapi sure berat krg kot.
Abg balik kerja baru kami ke klinik. Pasal anniversary tu abg
just kata "a'ah". Ingat la rasanya tp tak le ape nak buat.
Jangan le harap yg bukan2. hahahaha...Berat sabrina 7.8kg. Naik 400gm dr last month. Tapi still bwh
line kuning so kena continue mkn syrup vitamin pastu dtg
timbang lagi next month. Eiiii tu la yg malas.. cuti lagi.
Kena "gambaru" jaga makan sabrina.
Btw, kata wati sabrina dah boleh habiskan 3 botol susu
minggu lepas. Bergerak la sket stok yang ada. Lega dengar..
No comments:
Post a Comment