7hb Disember. Isnin
Salam Aidiladha utk semua. Moga semuanya dirahmati Allah.
Tahun ni kami sambut raya haji di Meru je sebab kami join korban
di taman. Ni 1st time beraya bertiga je . Aku tak tau nak masak ape.
heheh.. mcm hari2 biasa je.
Pagi2 jiran kami kak Salbiah dan Liza hantar makanan . Kak Salbiah
kasi ketupat, sayur campur, ayam masak merah , cucur udang.
Liza pulak kasi soto dan rendang. Masa tu baru je kitaorang nak
bersarapan dgn biskut dan kerepet. Hehehe.. rezeki2..
Tapi segannye pasal takde ape nak di balas.
Cuaca dari pagi asyik hujan je. Aku plan nak jgk p tengok2 org
berkorban, tp keadaan tak mengizinkan. Boring jgk duduk kat rmh
je tgk tv. Membasuh aku dah selesaikan pagi2 tp jemur je kat
dapur. Mengharapkan hari akan panas petangnya.
Tgh hari abg tak balik lagi dr melapah lembu. Tahun di korban
2 ekor. Maybe org tak ramai kot.
Aku call mak dan mertua dikampung. Mak abg kata nak datang ikut
kak Ijan. Cepat2 aku masak puding jagung. Sib baik la bahan semua
ada. Hasilnya lembik sket tapi masih boleh di potong. Boleh lah..
Lepas zohor baru abg balik. Daging dpt 4 kilo semer bahagian ada.
Aku reti masak rendang masak hitam je..itu pn kena confirm resepi
dgn mak. Bahan2 byk yg tak ada, kena kerah abg p kedai lak.
Nyesal lak tak beli awal2 semalam. Hihihi.. sebab semalam mcm
tak confiden jek nak masak.
Baru habis kecut daging mak mertua dan family kak ijan sampai.
Mak pn ada bekalkan ketupat dan rendang. So hidangkan balik le
kat diaorg. Plus puding aku buat tu. Puding tu aku bekalkan jgk
utk kak ijan nak kak Awa. Mak akan tidur rmh kak Awa mlm nih.
Operasi memasak rendang bersambung lepas Isyak. Sebab abg
lupa nak beli cili giling. Pulak tu Sabrina asyik nak meragam je..
Mengantuk tp tak mau tidur.. Ada sekali baran jgk jadi mama.
Sabar.. sabar..
Salams, Wah apa kabar? biasalah jd manusia biasa mmg ada tahap kesabaran masing.. biasalah tu..
ReplyDeleteok take care