Apr 25, 2009

Pesta Buku 2009



Sabtu 18 April
Beberapa tahun kebelakangan ini aku mmg tak pernah gagal
menhadirkan diri ke pesta buku di PWTC. Tahun ini pesta
buku diadakan dari 17 April sampai 26 April.Masa bujang2
dulu pergi dgn kenkawan. Lepas kawin aku mula pergi ngan
kak Uda dan anak2 dia pulak. Sebab masa tu diaorang dok
kat Klang lagi.

Tahun ni walaupun Uda dah dok kat kpg, tp sebab anak2 pun
semangat nak p pesta buku, sanggup dia datang ke Klang.
Bertambah meriah adik aku Wahid, cik Tapa, mak pun joinsekali.
Diaorg semua dari kampung sampai kat rmh aku hampir asar.
Ingatkan tak jadi datang sedih la jugak.
Terlambat sebab ada kenduri.
Abang tak dapat join sebab kerja malam.
Biasanya aku banyak tertumpu pada majalah. Tapi kali ni
berlainan siket la. Dah matang kan. So pilihan pada buku2
motivasi dan keagamaan. Mane yg rasa menarik aku beli.
Nak menghabiskannya mungkin ambil masa, tp insyaallah
buku2 tu sampai bila2pun isinya berguna. Ewahhhh..

Senarai buku yg aku beli :
1. Rahsia bisnes orang Jepun - Ann Wan Seng
2. Tip2 cemerlang drpd Al-Quran - Dr Danial
3. Anakku hebat anakku soleh- Ustaz Zahazan
4. Majalan I
5. Majalah Rasa
6. Majalah Nur



Lepas magrib baru habis pilih buku. Lepas masing2 bersolat,
kitaorg terus gerak ke Pahang . Menuju ke rmh Ucu kat
Felda Sg Sertik. Dah lama tak jumpa Ucu.
Sampai kat sana dah kol 10 malam. Penat tapi seronok.
Masing2 sibuk ngan buku2 yg di beli.

Ahad pagi kitaorang berjalan kat pasar pagi di Bentong.
Ni kiranya acara wajib la. Lagi pun nak bawak Ucu beli barang2
dapur sekali. Pak Usu yg terkena strok 3 thn dah bertambah
sihat. Dalam rmh dah tak perlu tongkat, cakap2nya pun
makin jelas. Alhadulillah.
Kagum tgk kesabaran Ucu mejaga Pak Usu sensorang
selama ni. Moga2 di beri balasan yg baik. Insyaallah.
Petang lepas zohor kami betolak balik. Dalam perjalanan
tu sempat singgah kat kolam air panas kat Bentong.
Mak nak sangat berendam sebab badannya kena gatal2
beberapa hari ni.
Mmg ramai org hari Ahad. Mcam2 bangsa. Tapi yg tak bestnya
sgt lah kotor. Sampah merata2 kolam pulak tak bercuci.
Mentang2 lah free tak terurus. Malu betul lah rasanya.
Patutnya PBT kena la ambil berat tpt awam cam ni.
Kalo kat jepun mesti terjaga. Tambah malang lagi tong sampah
pun tak ada. Jadi kalo yg tak bertanggungjawab tu main buang
je la sampai sesuka hati..
Kena komplen ni. ..






















Apr 17, 2009

Taihen datta

Semalam khamis aku terbangun awal. Maybe sebab sebelah
malam tak sibuk sangat. Sabrina lepas magrib aku susukan
sambil baring terus tertidur. Agaknya letih menangis pun
ye kot. Lepas balik dari rmh Wati aku ajak masuk rmh dia tak
nak. Sibuk nak jalan kat luar lagi. Bila di paksa masuk menangis
sakan. Pasal aku letih tak terpujuk, dah alang2 menangis
pulak tu dia cuma menangis kat sofa je, so aku mandi .
Mandi pun kalau abg tak ada ala kadar je.. janji basah
dan bersabun cukup.

Lepas susukan Sabrina tertidur baru la solat dan makan.
Pastu tgk tv. Kol 10 Sabrina bangun nak nyusu baru aku
tidur skali. Pukul 5 terjaga , Sabrina pn lena so hisashiburi ni
aku pum susu. Sambil tu basuh baju sekali.
Hasil pum dapat la 1 oz. Alhamdulillah. Harap2 dapat le
buat balik stok susu dalam sebotol. Buat cover2 kot ada
masa terdesak kemudian hari.

Pegi keje dgn senang hati . Keje banyak jgk tapi tak stress
sebab bekerja dengan org yg boleh buat kerja.
Aku lunch dulu baru pum susu. Skang ni makin lewat
sebab kalau awal2 pun tak de sangat. Abes makan konon2
nak pum le kat surau, tgk aku tak bawak handle pump.
Kalot kejap. Dah le geng yg duna pum avent off shif.
Nak pinjam pum spectra member payah pulak nak p basuh2
makan byk masa. Lepas solat aku cuba perah dgn tangan
dapat le 1/2oz 20 minit. Jadilah. Tak larat nak cuba lagi.

Balik ofis keje banyakkk sangat. Aku pulak tinggal sorang
sebab sorang lagi p makan. Kepala dok pk nak buat apa.
Last2 mail pada kenkawan bf kat hp ni, walaupun tak kenal
la sape.. Tunggu dah dkt kol 5 baru ada org offer. Tapi
dia pulak keje kat UOA. Jauh le pulak nak jalan.
Masa pulak tak ada. So aku decide pum kat rmh je la.

Sepanjang balik doa sangat2 moga tak de kelenjar susu yg
blok. Takut jgk teringatkan pengalaman member keje yg
kena operate sebab tu. Sakit jgk b sebab dah penuh.
Aku terus balik rmh dulu utk pum sebab kalau ambik
Sabrina tak dan le nak buat keje. Kebetulan abg pulak tak
pergi keje lagi, so urusan ambik Sabrina mintak tolong abg je.
So aku tumpu kat urusan pum susu. Hihihi.. keje besar
Alhamdulillah tak de pulak rasa sakit2 lepas pum. Hasil pum
ikut jumlah semasa 4oz. Lega .. Agaknya sebab Sabrina dah
besar so kurang le sket problem kot.

Apr 15, 2009

Suamiku

13 April Isnin...Keje bole dikatakan free sebab selain aku ada 2
org lg yg keje shif siang yg buat account yg sama. Lepas seminggu
yg sibuk mmg sronok sgt skali skala rasa free. Sempat la baca
blog dan forum yg dah lama tak masuk. hihihii..

Pkl 530 sharp aku dah kuar opis walaupun dtg lambat. Tak sabar2
nak balik. kekek.. aku call abg, belum pegi keje lagi. Katanya maybe
pegi lambat sebab hari nak hujan. Makin seronok la sebab bole
la sama2 g pasar malam.
Leganya jalan tak jem sgt 630 dah ambik Sabrina. Sampai rmh
abg ada lagi tak bersiap.. hehehe.. mmg sah tak buat OT la tu.

Sabrina suka sgt la nampak ayahnya, bole jalan2 lama kat luar.
Aku masuk rmh, tgk bilik ke2 dah kemas dan lapang. Amboiii..
rupanya suamiku ini mengemas rmh. Gembiranya hati tgk
rmh makin lapang. Minggu lepas masa abg MC sebab alergic
dia ubah susun atur perabot kat living room.
Trima kasih trima kasih ye bang. Nak harapkan aku nak ubah
itu ini mmg tak terbuat la kot. Seronok sangat2 rasanya.

Apr 10, 2009

Seminggu yang sibuk

Panjangnye rasanye minggu ni . Sibuk sangat kat ofis sampai
balik rmh dah kepenatan, mmg tak larat nak online.
Alhamdulillah tiba juga hari jumaat. Leganya rasa hari ini kurang
sket sibuknya. Sempat lah jgk aku curi masa berposting.
Rindu rasa nak menulis.

Minggu ni hasil ebm untuk Sabrina semakin menyusut. Aku dpt
bekalkan 4oz hasil dari 2 kali pum. Tapi dah malas nak menstress
kan diri, dah cukup letih rasanya dgn keje tambah stress lain lagi
uikk.. mau tak kuar susu pulak. Nauzubillah.
Kalau Sabrina masih lagi exclusive bf, sure aku akan lebih kerap
pumping utk tambah demand. Skang ni tak lah kena mcm tu.
Skang nak tambah sessi pun tak berdaya dah.. hehehe..
teruk benor mendengornya.

Aku mcm ada fobia nak pum slalu sebab dah 2 minggu ada crack
sebab Sabrina tergigit masa tidur. Pastu tu kiri kanan B melecet
pulak. Eiii ms mula2 mmg le pedih sgt. Sabo je lah.
Masalah melecet ni aku tak pasti ape punca nya. Sebab berulang2.
Apa yg aku buat sapu bepanthen je lah. Tak lama lagi
hilanglah dia. Insyaallah. Pernah jgk aku rujuk pada doktor,
katanya itu problem biasa utk ibu yg bf.
Dugaanlah org kata.. cabaran bf ni macam2.

Sabrina dari hari kemarin demam. Kata Wati maybe berjangkit
dgn budak lain. Tak syok la pulak, sebab sejak Wati jaga 3 org
budak baru umur 9-2thn senang pulak Sabrina demam.
Alhamdulillah mlm tadi dah baik. Demamnya kali ni pun tak
panas sgt. Kat rmh aku cuma kasi ubat sekali aje. Itu pun
punyala susahnya. Dah pandai meludah2 tak mau telan
ubat.. eiii.. mencabor betul.

Apr 3, 2009

Last stok ebm








Akhirnya stok beku ebm(expressed breast milk) utk Sabrina
habis juga. Lepas ni kena hantar apa yang yang ada aja la. Kalau
ikut hasil pum skang 5-6oz skang, mungkin aku akan hantar
1 atau 2 botol sehari berselang seli. Skang ni Sabrina minum
dah banyak sket sebotol kena letak 4oz. Anak mama dah besar...

Aku skang dah redha je brapa yang dapat. Nak buat sessi
pum kat rmh tersangat lah malasnye. Eii teruk betul la..
Maklum la skang dah ada backup ngan Prediasure.
Ada lagi 5 bln Sabrina nak 2 tahun. Rasanya aku nak kenalkan
susu lain pada dia. Tapi cuma kat rmh babysitter je la.
Kat rmh Sabrina mesti pilih susu mama jgk. hehehe..
Cuma sometime rasa tak keringgg sangat perit jgk lah
esspecially mlm. Malam Sabrina still lagi kerap menyusu
dlm 3,4 kali terjaga utk nyusu. Insyaallah ada lagi rezeki
anak mama nih...

Apr 1, 2009

Gambar Reunion RPKJ-14


Keluarga besar.. RPKJ 14



Lumba dalam ari. Semangat memasing main air!



Antara girls tachi yg hadir.



Mak buyung pun turun gak!!




Mak dan cucunya .. bergambo tengah panas!!



Manja je Sabrina ngan auntie Ina. Ngantuk benor rupenya.


Kawan seperjuangan di RPKJ. Zaman dah berubah..
dunia makin majuuuu.. hihihihi





Para peserta main air sedang mendengar taklimat acara.
p/s: Sebahagian gambo sumbangan Izan. arigatou!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails