Semalam khamis aku terbangun awal. Maybe sebab sebelah
malam tak sibuk sangat. Sabrina lepas magrib aku susukan
sambil baring terus tertidur. Agaknya letih menangis pun
ye kot. Lepas balik dari rmh Wati aku ajak masuk rmh dia tak
nak. Sibuk nak jalan kat luar lagi. Bila di paksa masuk menangis
sakan. Pasal aku letih tak terpujuk, dah alang2 menangis
pulak tu dia cuma menangis kat sofa je, so aku mandi .
Mandi pun kalau abg tak ada ala kadar je.. janji basah
dan bersabun cukup.
Lepas susukan Sabrina tertidur baru la solat dan makan.
Pastu tgk tv. Kol 10 Sabrina bangun nak nyusu baru aku
tidur skali. Pukul 5 terjaga , Sabrina pn lena so hisashiburi ni
aku pum susu. Sambil tu basuh baju sekali.
Hasil pum dapat la 1 oz. Alhamdulillah. Harap2 dapat le
buat balik stok susu dalam sebotol. Buat cover2 kot ada
masa terdesak kemudian hari.
Pegi keje dgn senang hati . Keje banyak jgk tapi tak stress
sebab bekerja dengan org yg boleh buat kerja.
Aku lunch dulu baru pum susu. Skang ni makin lewat
sebab kalau awal2 pun tak de sangat. Abes makan konon2
nak pum le kat surau, tgk aku tak bawak handle pump.
Kalot kejap. Dah le geng yg duna pum avent off shif.
Nak pinjam pum spectra member payah pulak nak p basuh2
makan byk masa. Lepas solat aku cuba perah dgn tangan
dapat le 1/2oz 20 minit. Jadilah. Tak larat nak cuba lagi.
Balik ofis keje banyakkk sangat. Aku pulak tinggal sorang
sebab sorang lagi p makan. Kepala dok pk nak buat apa.
Last2 mail pada kenkawan bf kat hp ni, walaupun tak kenal
la sape.. Tunggu dah dkt kol 5 baru ada org offer. Tapi
dia pulak keje kat UOA. Jauh le pulak nak jalan.
Masa pulak tak ada. So aku decide pum kat rmh je la.
Sepanjang balik doa sangat2 moga tak de kelenjar susu yg
blok. Takut jgk teringatkan pengalaman member keje yg
kena operate sebab tu. Sakit jgk b sebab dah penuh.
Aku terus balik rmh dulu utk pum sebab kalau ambik
Sabrina tak dan le nak buat keje. Kebetulan abg pulak tak
pergi keje lagi, so urusan ambik Sabrina mintak tolong abg je.
So aku tumpu kat urusan pum susu. Hihihi.. keje besar
Alhamdulillah tak de pulak rasa sakit2 lepas pum. Hasil pum
ikut jumlah semasa 4oz. Lega .. Agaknya sebab Sabrina dah
besar so kurang le sket problem kot.
No comments:
Post a Comment