Panjangnye rasanye minggu ni . Sibuk sangat kat ofis sampai
balik rmh dah kepenatan, mmg tak larat nak online.
Alhamdulillah tiba juga hari jumaat. Leganya rasa hari ini kurang
sket sibuknya. Sempat lah jgk aku curi masa berposting.
Rindu rasa nak menulis.
Minggu ni hasil ebm untuk Sabrina semakin menyusut. Aku dpt
bekalkan 4oz hasil dari 2 kali pum. Tapi dah malas nak menstress
kan diri, dah cukup letih rasanya dgn keje tambah stress lain lagi
uikk.. mau tak kuar susu pulak. Nauzubillah.
Kalau Sabrina masih lagi exclusive bf, sure aku akan lebih kerap
pumping utk tambah demand. Skang ni tak lah kena mcm tu.
Skang nak tambah sessi pun tak berdaya dah.. hehehe..
teruk benor mendengornya.
Aku mcm ada fobia nak pum slalu sebab dah 2 minggu ada crack
sebab Sabrina tergigit masa tidur. Pastu tu kiri kanan B melecet
pulak. Eiii ms mula2 mmg le pedih sgt. Sabo je lah.
Masalah melecet ni aku tak pasti ape punca nya. Sebab berulang2.
Apa yg aku buat sapu bepanthen je lah. Tak lama lagi
hilanglah dia. Insyaallah. Pernah jgk aku rujuk pada doktor,
katanya itu problem biasa utk ibu yg bf.
Dugaanlah org kata.. cabaran bf ni macam2.
Sabrina dari hari kemarin demam. Kata Wati maybe berjangkit
dgn budak lain. Tak syok la pulak, sebab sejak Wati jaga 3 org
budak baru umur 9-2thn senang pulak Sabrina demam.
Alhamdulillah mlm tadi dah baik. Demamnya kali ni pun tak
panas sgt. Kat rmh aku cuma kasi ubat sekali aje. Itu pun
punyala susahnya. Dah pandai meludah2 tak mau telan
ubat.. eiii.. mencabor betul.
No comments:
Post a Comment