Aug 23, 2009

Ramadhan al mubarak

Alhamdulillah hari ini hari ke2 kami umat Islam di Malaysia
khususnya menyambut ramadhan.
Abg keluar dr hospital petang Jumaat lepas pembedahan
membuang tonsil. Jadi ada la kawan menyambut permulaaan
puasa. Tapi memandang abg belum boleh bergerak kuat jadi
pergerakan agak terbatas. Harap dengan keberkatan bulan
ini kami terhindar dari penyakit dan ditambahkan dgn Iman.

Kalau ikut bulan Islam, Sabrina sudah pun 2 tahun. Tahun ni agak
mencabar sbb aku sedang mengandung dah terpaksa menyediakan
keperluan makanan Sabrina di siang hari. Tahun lepas cuma masak
bubur aje, skang ni dah mkn nasik kena la ada lauk2 sket walaupun
ringkas. Hehehe.. bertambah pengalaman sebagai ibu.

Alhamdulillah dlm 2 hari puasa ni tak ada alahan yg teruk. Berbanding
masa puasa ganti bulan Syaaban lepas, aku senang loya. Lega
terasa mudah aje. Moga2 dapat berpuasa penuh tahun ini.
Insyaallah.

Aug 17, 2009

Mak pergi umrah

Ahad 25 Syaaban 16 Ogos .. Mak selamat berangkat ke Tanah
Suci untuk mengerjakan umrah kali ke 3. Alhamdulillah kami
adik bradik dpt menunaikan hasrat mak nak berpuasa di
Makkah. Insyaallah diizinkan Allah mak dpt merasa seminggu
pertama Ramadhan di Makkah.

Penerbangan mak pukul 11 pagi jadi kami dari kampung
bertolak lepas sholat subuh. Alhamdulillah perjalanan tak
ada aral. Moga2 mak selamat disana kini dan selamat
kembali pada 29 ogos nanti.







Aug 14, 2009

Salam takziah utk keluarga Ustaz Asri

Berita kematian mmg menyedihkan terutamanya melibatkan org2
yg berbakti pada agama dan masyarakat. Semalam tgh hari dpt tau
dari member ofis Ustaz Asri Rabbani kembali ke rahmatullah.
Innalillah hi wailaihirojiun..
Daripada-Nya kita datang kepada-Nya kita kembali.

Sedih juga rasanya bila baca berita2 di laman internet. Ustaz
pengsan di RTM dan meninggal dlm perjalan ke Hospital Pantai.
Dekat sahaja sebenarnya.
Bila dengar ucapan2 takziah di radio IKIM bertambah2 pulak
sedih sebab kebanyakan yg datang mmg dikalangan org2 yg
ada hubungan langsung dgn Ustaz Asri. Antaranya pengurus
rmh anak yatim, AJK surau dan masjid dan anggota Rabbani
sendiri. Rasa byk betul sumbangan dia pada kita.
Jasa dan pengorbanannya pasti dikenang.

1 Ogos hari tu pertama kali dengar suara Ustaz Asri secara live
di konsert Antara Dunia. Masa tu mak dan adik dari kampung pun
datang join sekali. Mmg merdu sangat suaranya.
Adik ustaz asri pun ustaz juga, pernah beri tazkirah masa kursus
PBC anjuran HPA , muka dan bdnnya suara. Teringat pulak
mesti Ustaz tu pun tgh bersedih masa nih.

Mak pernah jumpa ustaz sekeluarga di Puchong. Kesiannya
pada anak2nya jadi yatim di usia muda. Sama lah kita..
Tapi hidup org yg dikenali dan byk berbakti ni mgkn lebih
mudah. Cuma kesedihan pasti sama saja.
tapi Insyaallah ustaz ni ramai kenalan pasti ramai yg akan
membantu. Moga2 isteri dah anak2 yg ditinggalkan dilindungi
Allah selalu hendaknya.
Semoga arwah Ustaz Asri digolongkan bersama para Solihin.

Begitu juga buat arwah ayah yg sentiasa dalam ingatan...
berpuluh tahun ditinggalkan masih terasa bagai semalam.
Semoga amal anak2mu yg ditinggalkan ini memberi kebahagiaan.
Amin Ya Rabbal alamin.

Pergi tak kembali - Rabbani

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Juga buat arwah ayah yg sentiasa dalam ingatan. Semoga tergolong

dikalangan org2 yg berIman.

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Aug 11, 2009

Hari2 yg menakutkan

Sekarang ni wabak selsema babi makin menakutkan. Setakat hari
ni dah 32 kematian. Seram sungguh dengar, tak sangka akan jadi
sedasyat ini. Tapi sampai skang pun tak terasa sgt usaha proaktif
kerajaan menangani isu ini melainkan kempen2 sahaja.

Kalau pergi hospital atau klinik swasta barulah nampak kebimbangan
sebab yg batuk akan diberi topeng tutup mulut. Tapi kalau di
hospital kerajaan cuma setakat had lawatan sahaja, tp org yg datang
tak ada di periksa pun. Ini pengalaman masa ke hospital Klang Sabtu
lepas. Ingat nak melawat akak sepupu abang, tp rupanya dah keluar.
Sampai hospital tak ade sape pun memantau kesihatan kita.
Berbeza pulak ngan KPJ Selangor, sudah beberapa minggu kalau
kita nak masuk mmg di check samaada demam, batuk atau selsema.
Nampak sgt di Malaysia ni kita kena bayar utk dapt perkhidmatan
yg baik. Walaupun kita bayar cukai, kita tiada hak di hospital kerajaan.
Paling teruk sebab kerja swasta kena bayar lebih pulak kat hospital
kerajaan. Dah le kena byr cukai beribu2. Tak adil sungguh rasanya.

Hmmm.. nampaknya tersasar dari topik.
Actullay hari ni free je kat opis, tak de keje nak buat. Anak murid
ada training induction ngan HP so, relek2 je lah. Petang ada
meeting plus training barulah sibuk sket.

Minggu dpn 19 Ogos abang dijadualkan operation di KPJ Selangor
utk buang tonsil. Kesian sebab dah dekat seminggu sakit tekak,
demam dan batuk. Harap lepas operation nanti problemnya tak
de dah. Moga2 selamat semuanya.

Aug 7, 2009

Salam Jumaat

Salam Jumaat utk semua.
Hehehee.. meniru radio IKIM.

Hari ni terasa nak update blog pulak. Sebelum sibuk training org
baru. Minggu ni keje tak lah brapa sibuk, lebih pada bg training
dan di training. Hahahaa.. time di training sempat tidur kalau
bg training tahan je la mengantuk.

Alhamdulillah minggu ni sihat walafiat. Bleeding still ada sikit 2
ari lepas. Mungkin sbb laju sgt jalannye. So kena beringat selalu.
Kadang terlupa je nak control jalan tu. Maklum le dulu biasa
berlari2. hehehe.. stail jepun konon. Perasannn..

Kemarin tertengok berita pasal seminar kelebihan solat dari
sudut sains. Ikut kajian , para saintis kat Malaysia ni, masa kita
rukuk, didapati titik ketenangan tu tinggi. Dan kajian lain
setiap pergerakan mmg ada kebaikan terutama utk wanita
masa sujud tu boleh menguatkan rahim. Subhanallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails