Sekarang ni wabak selsema babi makin menakutkan. Setakat hari
ni dah 32 kematian. Seram sungguh dengar, tak sangka akan jadi
sedasyat ini. Tapi sampai skang pun tak terasa sgt usaha proaktif
kerajaan menangani isu ini melainkan kempen2 sahaja.
Kalau pergi hospital atau klinik swasta barulah nampak kebimbangan
sebab yg batuk akan diberi topeng tutup mulut. Tapi kalau di
hospital kerajaan cuma setakat had lawatan sahaja, tp org yg datang
tak ada di periksa pun. Ini pengalaman masa ke hospital Klang Sabtu
lepas. Ingat nak melawat akak sepupu abang, tp rupanya dah keluar.
Sampai hospital tak ade sape pun memantau kesihatan kita.
Berbeza pulak ngan KPJ Selangor, sudah beberapa minggu kalau
kita nak masuk mmg di check samaada demam, batuk atau selsema.
Nampak sgt di Malaysia ni kita kena bayar utk dapt perkhidmatan
yg baik. Walaupun kita bayar cukai, kita tiada hak di hospital kerajaan.
Paling teruk sebab kerja swasta kena bayar lebih pulak kat hospital
kerajaan. Dah le kena byr cukai beribu2. Tak adil sungguh rasanya.
Hmmm.. nampaknya tersasar dari topik.
Actullay hari ni free je kat opis, tak de keje nak buat. Anak murid
ada training induction ngan HP so, relek2 je lah. Petang ada
meeting plus training barulah sibuk sket.
Minggu dpn 19 Ogos abang dijadualkan operation di KPJ Selangor
utk buang tonsil. Kesian sebab dah dekat seminggu sakit tekak,
demam dan batuk. Harap lepas operation nanti problemnya tak
de dah. Moga2 selamat semuanya.
No comments:
Post a Comment