Aug 14, 2009

Salam takziah utk keluarga Ustaz Asri

Berita kematian mmg menyedihkan terutamanya melibatkan org2
yg berbakti pada agama dan masyarakat. Semalam tgh hari dpt tau
dari member ofis Ustaz Asri Rabbani kembali ke rahmatullah.
Innalillah hi wailaihirojiun..
Daripada-Nya kita datang kepada-Nya kita kembali.

Sedih juga rasanya bila baca berita2 di laman internet. Ustaz
pengsan di RTM dan meninggal dlm perjalan ke Hospital Pantai.
Dekat sahaja sebenarnya.
Bila dengar ucapan2 takziah di radio IKIM bertambah2 pulak
sedih sebab kebanyakan yg datang mmg dikalangan org2 yg
ada hubungan langsung dgn Ustaz Asri. Antaranya pengurus
rmh anak yatim, AJK surau dan masjid dan anggota Rabbani
sendiri. Rasa byk betul sumbangan dia pada kita.
Jasa dan pengorbanannya pasti dikenang.

1 Ogos hari tu pertama kali dengar suara Ustaz Asri secara live
di konsert Antara Dunia. Masa tu mak dan adik dari kampung pun
datang join sekali. Mmg merdu sangat suaranya.
Adik ustaz asri pun ustaz juga, pernah beri tazkirah masa kursus
PBC anjuran HPA , muka dan bdnnya suara. Teringat pulak
mesti Ustaz tu pun tgh bersedih masa nih.

Mak pernah jumpa ustaz sekeluarga di Puchong. Kesiannya
pada anak2nya jadi yatim di usia muda. Sama lah kita..
Tapi hidup org yg dikenali dan byk berbakti ni mgkn lebih
mudah. Cuma kesedihan pasti sama saja.
tapi Insyaallah ustaz ni ramai kenalan pasti ramai yg akan
membantu. Moga2 isteri dah anak2 yg ditinggalkan dilindungi
Allah selalu hendaknya.
Semoga arwah Ustaz Asri digolongkan bersama para Solihin.

Begitu juga buat arwah ayah yg sentiasa dalam ingatan...
berpuluh tahun ditinggalkan masih terasa bagai semalam.
Semoga amal anak2mu yg ditinggalkan ini memberi kebahagiaan.
Amin Ya Rabbal alamin.

Pergi tak kembali - Rabbani

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Juga buat arwah ayah yg sentiasa dalam ingatan. Semoga tergolong

dikalangan org2 yg berIman.

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails