Oct 9, 2009

Sabrina 2 tahun


Dah lebih sebulan tak update blog nih. Sejak ramadhan krg mood dan
tak berkesempatan nak layan internet. Sibuk dgn pelbagai urusan.
Tambah lg kat ofis keje dah bertambah, langsung tak sempat nak
layan internet walaupun mmg keje ngadap pc je.
Agak meletihkan tapi masih boleh bertahan.
Alhamdulillah 12 Sept lepas, Sabrina genap 2 tahun. Sekarang ni
dah macam2 nak dicakapkannye. Ape je org cakap dia ikut.
Kelakar je. Tapi yang nak kena sabor pasal merajuk pun dah makin
advance. Tak nak je sesuatu, kalau kita hulur jgk benda tu kat dia
mmg dia lempar lah jauh2. Pastu kalau tak ikut cakap mmg
berguling2 lah dia. Dulu2 tak tau pun. Kalau pergi dah pandai
rambang mata, nak itu ini, mmg letih kalau bawak dia jenjalan.
Dalam keadaan skang pn kena lagi berlari2. Tapi tak lah selalu.
Kandungan mama, setakat ni alhamdulillah. Boleh diakatakan tak
de alahan dan tak de morning sickness. So tak pernah lah MC
semata2 sebab tak larat melainkan masa bleeding dulu aje.
So tak lah terganggu keje. Cuma balik mmg penat lah sket.
Tidur pn selalunya awal tu yg jarang ngadap komput
2 minggu lepas dah start daftar pregnacy kat klinik Meru.
Kali ni ada niat nak bersalin kat swasta pulak, tapi in case ade
problem so orang kata baik buat buku merah jg.
Tapi yg lecehnya sebab ada sejarah diabetes dulu, so kali ni
kena minum air gula. Minggu lepas gula result merah pulak.
Sebenarnya aku lebih 0.1 ke dari paras normal. hahahahaha...
Konpem la kate nurse ade diabetes, so start kena check darah
BSP yg 4 kali sehari tu setiap 2 minggu. Pastu kena scan setiap
bulan bermula minggu lepas, maknanya setiap hjg bulan tak
cuma ari jumaat je. Check perut hari lain pulak, tgh bulan.
Adoiii tensen masa mula2 tu. Jadual yg sungguh menyusahkan
org. Rasanya lepas ni check kat swasta je la. Klinik Huda kat rmh
tu tak de la mahal pn rasanya. Janji ade rekod sekali dua kat
klinik kerajaan ok kot.
Skang ni baru masuk 4 bln.. panjang lagi masa.
Harap tak de masalah kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails