Feb 26, 2009

Anakku pandai menari




Tetiba teringat lagu lama.... Aman Shah.
Anak ku pandai menari
Menari menghiburkan hati

Skang ni pantang dengar lagu je Cik Sabrina pun menarilah.
Tak kisah le sambil duduk ke, berdiri ke bergoyang2 dia.
Cute betul rupanya.

Dalam seminggu ni Sabrina dah bertambah selera makan.
Maybe sebab dah baik demam, appeton ngan susu prediasure
pun bagi. Kata Wati mmg nampak ketara perubahan seleranya.
Alhamdulillah lah.
Sebagai tambahan aku kasi jgk makan madu asli HPA.

Lagi satu dah pandai makan dgn kelima2 jari. So jumlah
nasik yg masuk kedalam mulut mestilah lebih banyak banding
ngan makan 2 jari je. Kalau ajak makan memang tak sabar dia
nak duduk kat high chair dia. Tak sabar sangat nak makan.
Harap perkembangan ni terus memberansangkan. Tak de la
lagi demam2 dekat2 nak timbang nanti. hehee..

Feb 24, 2009

Salad Epal versi melayu


Pagi ahad lepas aku sempat belajar cara buat salad dari
Nasi Lemak Kopi O. Rancangan kegemaran pagi2 minggu skang
ni. Dah lupe name resepinya.. tp aku panggil je la Salad Melayu
pasal ada letak cili padi. Hehehee..

Mmg sedap . Ada rasa manis,pedas dan masam epal.
Bole mkn mcm tu je makan ngan nasi pun boleh.
Abg kata kalo dia saket perut dia nak saman. Aku lak balas
kalo dia saman kena la letak jawatan memasak. Hahahaa..
tapi ok je makan.... sedap!!!.

Bahan2nya.
Sepotong dada ayam dipanggang
Sebiji epal potong ikut suka.
Sebiji tomato potong ikut suka
Bijan di sangai
Satu sudu besar madu
Sebiji limau kasturi
Cili padi atau cili merah ikut suka
Garam secukup rasa

Semua bahan dicampur adukkan sesedap rasa. Dinasihatkan
pakai sudu kayu or plastik sebab takut hilang lak khasiat madu.

Feb 18, 2009

Pengorbanan

Pelik rasanya mengadap komputer pada masa ini. Selalunya lepas
balik kerja mmg le tak de keje lain selain melayan Sabrina mama.
Hari ini jadual bertukar sket. Masa kerja still mcm biasa cumanya
sebab aku nak ikut kelas mingguan HPA mlm ni so Sabrina
masih di rmh Wati.

Actually aku plan nak ambek Sabrina lepas balik kerja tp Wati
takut nanti malam aku hantar menangis pulak dia. So dia
suggest aku tak payah ambek Sabrina dulu.
Ebm mmg ada aku bekalkan lebih dari biasa.
Walaupun terasa sedih sket, tp utk kebaikan terpaksa lah
berkorban sket. Moga2 semernya berjalan lancar.
Jgn marah mama yer manja mama..

**updated**

Kelas malam bermula lewat sejam dr jadual asalnya. Eiii angin
le jgk. Tapi pasal dah alang2 datang tunggu jgk lah. Kira dugaan
je la nih..
Tapi yg merisaukan Sabrina la, nanti lewat sgt pulak ambeknya.

Ingat nak balik awal dlm 10:45mlm tp rasa rugi pulak tak dgn
presentation sampai habis. Menarik sebab baik ilmu yg dicurahkan
psl marketing plan dah produk HPA.
Kol 11 aku msg Wati ckp lewat sket ambek Sabrina. Pastu Wati
reply tak pyh le ambik psl Sabrina dah tido. Esok pagi dia soh
aku hantar baju ngan ebm je.
Aduihhhh!!! tak sanggup le pulak aku nak berpisah semlm
ngan Sabrina.Dah la sehari suntuk tak jumpa anak mama ni.

Pkl 1130pm baru balik dkt kol 12 sampai rmh Wati. Diaorg
mmg tak tido lagi.. so tak le mengganggu. Sabrina aku angkat
je terus tersedar dan menangis kuat. Tapi sib baik kejap je la.
Terkejut kot tetiba je mamanya muncul .
Sayang anak mama.. ngantuk2 pun sempat gak dia melambai
kat ibu Wati. Sampai kat rmh nyusu2 terus sambung tido.
Alhamdulillah tak meragam ke apa..

Kopi radix, Radix koko, Teh herba, Madu asli, spirulina, kapsul roselle
dan coscinium plus.

Feb 17, 2009

Monthly check up


Cik Sabrina tgh sibuk tulis appointment. BZZZZ


Harini mama ambik cuti sebab nak bawak Sabrina ke klinik
gomen. Nak kena timbang dan ambek result poo poo dia.
Abang cuti so lega sket ada tukang bawa.

Bangun pagi sementara Sabrina tidur lagi, aku ngemas membasuh
dan sarapan ngan abg. Lemang pasar malam semalam plus buah
epal. Hehehee.. sedikit healthy.

Dekat pkl 9 baru Sabrina jaga, lewat sket pasal semalam tidur
dkt kol 11. Siap2 dkt kol 10 baru keluar ke klinik. Appointment
pkl 10;30 so kira awal sket lah. Sampai klinik org punya la ramai.
Aku ingat sure la lambat lagi, rupanya utk budak2 punya la
cpt. Dlm 30 minit dah siap timbang dan interview ngan nurse,
boleh balik. Result ujian poo poo dia belum keluar lg so tgg
next month baru tau.
Timbang kat klinik 8.0kg. Ok lah ada naik sket.

2,3 hari ni Sabrina byk minum je. Maybe sebab panas kot.
Bagi la air ke susu prediasure je mau je. Tapi makan sket2
je pasal dah kenyang air kot. Sampai sendawa2 kdg tu.

Lepas tu kitaorg ke stokis HPA klang. Aku baru je join HPA
minggu lepas sebabnya lepas kempen boikot brg2 Amerika
dan Israel aku tercari2 produk keluaran tempatan yg senang
di beli, halal, berpatutan di samping boleh kumpul point skali.
Lagipun byk keperluan harian ada dlm senarai produk HPA,
stokis pun dekat senang nak beli ape2.

Actually aku rasa ini kali ke3 aku nak melibatkan diri
secara serius dgn MLM nih. Dulu masa bujang dah cuba 2
jenis lama2 tak jgk dpt ke mana. Walaupun dah kawin ni masa
tu terhad, tp dgn adanya internet mungkin bukat setakat
pengguna je. Insyaallah dgn sokongan suami dan Sabrina,
hopefully bole le tambah sket income nanti.
Sabrina kena jagi model mama le nanti. hahahahaa..

sorry la termelalut lak.. hehehe..kot le ada yg terbaca
blog nih, terminat nak kongsi pulak bole la kontek2 yek.
ngeh ngeh ngehhhhh




Feb 16, 2009

Demam lagi...

3 bulan kebelakangan ini berturut2 pulak Sabrina demam.
Tiap bulan tumbuh gigi baru. Kali ni geraham bawah pulak.
Kesian dia.....

Sabrina start demam hari rabu lepas 11 feb. Kebetulan hari tu
mama cuti sempena japan holiday. Mmg tak de plan nak ke mana
pun. Abg MC sebab alergik dia tu.
So seharian layan Sabrina je la. Biasala dia sensitif bila demam nih.
Nak berdokong dan nyusu slalu.

Hari Khamis pun mama terpaksa cuti emergency sebab badan
Sabrina panas sangat. Tak sampai hati nak meninggalkan.
At least boleh nyususkan dia puas2. 2 hari ni Sabrina cuma
mau makan cheese je. Itupun sekeping. Tapi air mau pulak.
Nasik, roti, roti bakar, oat, biskut semer di reject.
Sakit benor giginye kot.
Nak dibawa ke klinik demamnya mcm nak kebah. Ubat bln
lepas pn ada lagi. So bagi tu je lah.

Hari jumaat mama keje. Tgh hari call dari ofis Wati kata Sabrina
dah mau makan walaupun tak byk. Lega lah jgk. Masa balik ambik
dia nangis2 pulak tak nak balik sebab nak main bola. Isk isk..
panjang akal dah.

Sabtu dan Ahad demam Sabrina tinggal sket2 je. Makan dah ok
cuma nasi tu kurang jgk. Nak lauk ngan sayur je.
Cuba kasi kacang pis suka jgk dia ratah. Mama buatkan sup
kentang, kacang pis dan hotdog mau jgk jalan. Lega lah..

Hari Ahad beli susu prediasure tin yg ke2. Plus Appeton syrup.
Hopefully seleranya bertambahlah. Walaupun ikut doktor kat
klinik panel tak de problem pun.
Yg kisahnya doktor kat klinik gomen le.. letih ngulang.

Feb 10, 2009

Sabrina setahun 5 bulan




Actually lagi 2 hari Sabrina genap setahun 5 bulan. Tapi sebab
takut nanti tak sempat pulak nak posting, so sementara ada
ruang ni .. hehehe.. posting je lah.

Lama rasa tak update pasal anak mama nih. Dah semakin bijak
dan pandai dia. Gigi dah sepuluh batang termasuh geraham tgh
kat belah atas. Agaknya pasal tu demam ari tu. Makan dah senang
sebab dia dah suka duduk kat high chair. So kalau bwk makan
kat luar pn tak de problem janji ada makanan dpn dia. Nasi tak
byk sgt dia nak mkn. Di suap tak mau, nak mkan sendiri. Tapi
pasal guna ibu jari ngan jari telunjuk je ambik makanan, sebutir2
je la yg masuk. Sekali sekala je boleh suap ngan sudu, itu pun kena
guna taktik jgk. Sayur ngan ikan mmg no problem lah.

Berat badan stakat ni belum lagi naik banyak. Last month 17/01
masih lagi 7.8kg. Atas nasihat doktor poo poo sudah dihantar ke
makmal utk check ada kuman ke tidak. Insyaallah tak de pape
sebab Sabrina mmg rendah je orgnya. Susu prediasure masih
diberi sekali sehari. Itupun kat rmh Wati je. Kalau hujung minggu
aku ada kat rmh , tak tentu jgk dia nak minum. Lagi suka susu
fresh mama je. Hehehe..

Skang Sabrina minat betul dgn buku. Kalau dapat buku terus
meniarap pastu leka la selak2 buku sambil kakinya tercodek2.
Mmm kalo opahnya tengok sure bising kate abang.
Petang2 kalau boleh aku bawak dia jalan2 keluar. Biar tak takut
sgt ngan jiran2. Ngan sebahagian budak nampaknya dia dah kenal
cuma kalau yg asyik sergah je takut jgk lah. Kadang2 tergolek
jgk dia sekali sekala. Adat nak membesar..
moga anak mama terus sihat , ceria, dgr kata selalu ye.





Feb 8, 2009

Balik kampung

Lamanya tak posting.. sibuk sgt rasanya hari2 kerja.
Ni nak simpan kenangan masa balik kampung hari raya cina
2 minggu lepas. Aku balik hari Ahad pagi 25hb lepas abg
balik keje night shif. CNY 26,27hb aku just ambik cuti hari isnin je
sebab nak jimat cuti, lg pun kesian dgn org yg keje, ramai bercuti.


Sebelum balik kpg aku mintak abg bawakkan ke Klang Parade.
Beli kek kat Secret Recipe. Dah lama berhajat nak jamu family
kek yg sedap. Kemarin ke Seksyen 7 ada la terjumpa kedai kek
org melayu yg sedap tp itu lain kali lah pulak.
Org kat kpg mmg menanti. Sebab dah inform awal2 kat Uda takut
dia balik Klang awal. Alhamdulillah semua suka.

Hari Isnin sempat ke kenduri kahwin saudara. Abg Moen pn
ada balik dari KS. Petang kat rmh mak mmg meriah. Tapi aku
nak balik awal sebab nak ke MidValley. Nak tengok pameran
produk org2 Islam. Sebelum balik singgah rmh mertua dulu. Mak
sibuk nak masakkan talam ubi pulak.. Kena jgk lah tunggu.
Sudahnya lepas asar baru bertolak. Alang2 dah plan pergi jgk lah
lagi pun anak sedara aku ikut sama. Boring pulak dia nanti.

Sampai MV excibition dah nak abes pun. Tak brapa bya info yg
dapat di ambil. Jualan pn dah boring2. Nasib baik ada pertunjukan
acrobatik dari China sempena CNY ni kat centerpoint so tak le
boring sangat cik Mira. Habis tu kitaorg makan kat PizzaHut
dan bekalkan satu utk Mira bwk balik.
Hantar Mira balik ke rmh, barulah balik Meru. Dekat 11 malam
baru sampai rmh. Penat mmg penat.. tp tul e.. nak sgt berjalan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails