Mar 31, 2009

Reunion RPKJ-14

Sabtu 28hb..hari yg ditunggu2 bulan nih. Pasal nak buat reunion
kat Desa Waterpark ngan member sama batch kat RPKJ 95-97.
Mak eiiih.. kalo kira2 dah lebih 10 tahun kitaorg tinggalkan UM.
Sure la masing2 dah beranak pinak.

Macam aku tulis kat posting sebelum ni, abang tak dapat nak join
sebab ada urusan lain. So awal2 lagi aku dan mintak mak dtg
temankan. Ye la.. tak kan aku nak bawak Sabrina sensorang. Dah
le tak mau dok dalam car seat. Silap jgk la sebab tak biasakan
dari awal. Sib baik bukan selalu jalan jauh.

Aku plan nak kuar pkl 9 lebih, buat itu ni dekat pukul 10 baru siap.
Pagi tu aku janji nak berkonvoi ngan Ifah, tapi pasal dah lama tak
drive sendiri kat federal dah terlepas simpang ke SA. So cancel la
nak berkonvoi. Carik sendiri je la jawabnya. Sib baik senang je nak
ke sana. Ada la tersilap simpang sket tapi tak le sampai sesat.
Sabrina dalam kereta kejap2 je nak ngan neneknya. Kadang
meragam gak nak nyusu. Psl dan nangis sangat susukan jgk
la sambil drive. Hiiii.. sabo je la.

Pkl 11 aku sampai kat Desa Waterpark. Dah ramai jgk yg hadir.
Organizer Noora , Ina dan Koki bersama family masing dah siap
menanti. Ambik tiket masuk pastu p lepak kat dalam dgn
kenkawan lain. Yang dah tiba antaranya Ani, Intan, Turin, Izan,
Zali, Jiji (kohai), Ailin, Astri, Jigo, Cincho dan ramai lagi.
Naa, Cinter, Rosdi, Geri, Enjin dan beberapa org lagi menyusul
kemudian. Tak dapat nak sebut semua sebab ramai sangat.
Simpang pun kejap2 je. Sebab masing2 sibuk nak layan anak.
Biasa la.. tapi mmg rasa happy sangat2 dapat jumpa kenkawan
lama.

Dalam pkl 2 aku bersiap balik sebab dah keboringan. Mak nak
sangat p rmh sepupu ngan akak dia kat Jln Klang Lama.
Kebetulan mmg dekat je ngan Desa Waterpark so bawak lah.
Biar seronok sket lepas teman kan aku.

Kol 3 sampai kat Seri Sentosa. Mak ulong, akak mak je yg ada
kat rmh. Sepupu mak tak ada. Lepas makan mee goreng ngan
kueh mak Ulong buat, kitaorg pun beransur balik.
Kejap je sebab tak reti nak sembang panjan2 ngan mak ulong
ni. Mak pn tak rapat sangat sebab masa kecik dok asing2.
Tapi still berjumpa ok lah.

Dah sampai Meru, hujan lebat pulak. Aku singgah ke Tesco pulak
sebab mak teringin sangat nak pegi.Dah beberapa kali mak dtg
Meru tapi asyik tak sempat je. Aku mmg dah lama tak ke Tesco
lepas kempen boikot brang USA ari tu. Tapi sebab mak berhajat
sangat bawak aje lah. Bukan nak membeli sgt pun. Just jalan2 je.
Aku pulak yg shopping .. tp cuma tissue ngan air je.. hahaha..
Mak cuma beli sepeket carrot je sebab itu je yg dia rasa murah.
HIhihihiii. Kiranya dah tercapai la hajatnye kali nih.

Macam2 cerita

Rasa macam2 cerita nak update kat blog nih, tp bila dtg rajin
tu, pc kat rmh pulak buat hal. Network problem sejak weekend.
Rasanya lepas hujan lebat dan petir ari tu. Rmh sebelah pun tak
boleh jgk guna internet. Haiya.. kena abg technician la buat keje
nih. Kat opis ada masanye sibuk sgt.. sampai kadang nak minum
pn tak sempat. Sabor je lah..

Jumaat 27hb...Dtg keje rasa happy sangat sebab mak aku ada kat
rmh. Aku ajak mak datang sebab nak mintak teman ke reunion
dgn kawan RPKJ-14 keesokan harinya kat Desa Waterpark.
Abang tak dapat ikut sebab keje, pastu petang nak tolong org
kenduri pulak.
Aku rasa dah lama sangat tak jalan2 ngan mak so tu yang
excited sangat. Maklum la masa zaman bujang dulu ke sana
kemari ngan mak, bila dah kawen susahlah sket kan balik
kampung pun sebulan skali je, tak sempat bershopping.

Kat opis, Kak Aida, teman seperjuangan dlm berpumping
akan resign. Last week pun sorang member pumping dah
pindah jgk. Selain Kak Aida, Su kawan baik kitaorg pulak
akak bercuti utk bersalin tak lama lagi.
Huhuhuhu.. rasanya tinggal aku sensorang je kat sini.
Sabishi betulll.. moga2 di kuatkan hati lah.
Tak boleh nak citer lebih2 sangat kang ade pulak ngan
tersedu-sedah. hehehehee..
Sabo2.. hidup perlu diteruskan.
Hopefully Kak Aida gembira kat sana nanti. Serasi ngan
kerja baru. Ada peluang bole le aku menyusul. Hahhaha..

Lepas member keje balik solat jumaat, aku ngan kak Aida
p lunch kat PBD. Kitaorg mkn kat chinese restaurant.
Ok jgk lah. Mkn sayur banyak.
Pastu pergi post office claim duit road tax. Sib baik ada
member yang ingatkan kalo tidak.. eiiii rugi .
Lega sket dapat duit. Rasa sesak sket lepas melabur
kat diamond club bebaru ni. Tak pe lah insyaallah ada
pulangannya nanti.

Masa nak balik dari PBD terjumpa 3 org officemate. Masa
tu hari dah start ujan, nampak diaorg bawak payung, ingat
nak tumpang..tp diaorg buat bo layan je.Eiiii pelik.. Tapi diaorg
bawak KFC ngan kek..tak lain tak bukan nak buat suprise la ni.

Balik ke office tak lama lepas duduk, mmg ada suprise party
untuk kak Aida. Siap potong kek secret recipe lagi. Bagus
betul la diaorg ni . Manager yg sponsor rupanya.
Ye lah kak Aida dah lama kat sini mmg patut la di hargai.
Moga berjumpa lagi nanti.

Mar 25, 2009

Selera bertambah.

Skang ni mcm malas sket nak update blog. Masa terhad sket
kat rmh. Kat opis pun baru ari ni rasa lega sket. Kalau tidak
balik macam tercungap2 je kepenatan. Hehehe..
Macam berat benor la keje, padahal dok depan pc jek.
Kalo le aku kena berpanas berhujan, pengsan agaknya.

Melalut pulat. Actually nak citer perkembangan Sabrina
anak mama tu. Alhamdulillah lepas dia kluar wad, nampak sgt
selera makan dia bertambah. Dulu2 makan 4,5 suap je sudah. Ini
mkn banyak makan nya. Pastu antara masa makan mmg nak
ngunyah je keje dia. So kena make sure ada biskut la utk dia. Kalo
tidak haru biru.. mau le mengacau aje.
Lepas kluar hospital, berat Sabrina kembali 7.7kg. Hopefully lepas
ni kembali ok balik lah.

Hari ahad lepas ada belikan Sabrina kereta mainan. Kasi dia
sibuk sket, so tak de la asyik nak kacau mama buat keje je.
Tapi tak jugak, kalau mama or ayahnya tak ade dekat2
dia buat kecoh jgk . Orang kata kena cepat2 kasi kawan.
Hihihi.. kalau ada rezeki adalah. Insyaallah.

** gambar akan di-update kemudian*

Mar 21, 2009

Bersantai


Lunch di Italianies. Tuna dan White Sauce spagetti, calamari
salad dan tomato soup.


Khamis 19hb.. Sudah lama tak keluar dgn kenkawan. Jadi
bila kak aida ajak makan2 ni OU, jadi kami ajak
juga 3 org yg berkerja berdekatan . Kak aida mmg sedang
menghabiskan cuti, aku pulak ambik half day sebab teringin
dah bershopping la konon.

Berkumpul di Italianies jam 1 tgh hari. Kami order 3 set lunch
set kongsi 5 org. Makan2 dan sembang mmg best sebab dah
lama tak berkongsi cerita. Biasalah pasal keje dan anak2.
Borak2 sampai pukul 3 baru kami berpisah. Lepas aku solat
bersama Kak Aida dan adik2nya kami jg berpisah.

Aku mmg berniat nak membeli barang untuk diri sendiri.
Nampak pulak tulisan 'SALE' di sana sini, eiii.. berbintang2
rasa mata. Hahaha.. Jadi bujang sekejap so pusing sakan la
sampai letih kaki. Untuk hadiah diri sendiri la ni aku beli
seluar slack, blouse, sandal dan bedak compact. Lepas
ni 2,3 bulan tak le bershopping lagi. huhuhuhu..

Mar 18, 2009

Sabrina msk wad








Minggu lepas khamis-ahad Sabrina di masukkan kan ke SMC
sebab muntah2 dan cirit birit. Asalnya hari rabu Sabrina demam
biasa dan aku still pergi kerja. Tengah malam berikutnya tiba2
dia muntah kat katil. Pastu berterusan tiap kali menyusu dan
kasi air masak dan kadang tak bagi apa pun muntah.

Ajak abg ke klinik tp nak tunggu pagi pulak.
Muntah Sabrina tak jugk kurang sampai ke pagi. Tension betul.
Bawak ke panel klinik doktor suggest utk msk wad sebelum dia
dehidrated. Mmg aku setuju sangat pasal kesian tgk tak ada apa
dapat mask dalam mulutnya.
So 3 malam berikutnya aku menunggu Sabrina di SMC Shah Alam.
Masuk air sebotol ambik masa dlm sehari setengah.
Lebihnya cuma monitor muntah dan ciritnya.

Hari kedua aku pulak kena muntah2. Mmg teruk betul rasanya sebab
selera langsung tak ada. Macam tu la yg Sabrina rasa kot. Tp pasal
dia kecik lagi, tak bole la nak paksa2 makan mcam kita nih.
Hari tu Sabrina dah boleh main2 dengan jiran kat katil sebelah.
Aku pulak yg tak larat sgt nak jaga dia. Baring je kejenya.

Doktor kata mungkin sebab msuk kuman dalam perutnya.
Puncanya tak tau lah dari mana. Jangkit dari ayahnya ke
sebab abang pn dah byk ari cirit birit. Lagipun ikut doktor
skang hospital penuh dgn penyakit nih. So kebersihan tu
mmg penting sgt. Hopefully tak berulang lah lagi..

Mar 4, 2009

Al Arif Farm







Kakak ke2 yg ku panggil Uda (Kak Yah) dah hampir setengah
tahun berpindah ke kpg dgn anak2nya sebab nak menjadi
penternak cacing. Alhadulillah berkat kerajinannya usaha
kak Uda dan suaminya menampakkan hasil.
Cacing, air cacing, baja cacing sudah boleh dijual.
Selain cacing, uda jg menanam cili untuk mengaplikasikan
baja cacingnya.
Orang kata skang ni Pertanian Itu Perniagaan.

Mar 2, 2009

Weekend d kampung

Dah dekat sebulan tak balik kpg rasanya. Bagi aku yg kerap
jumpa family mmg la lama sgt rasanya. Mak pulak bulan lepas
tak de dtg jalan2 ke klang. Eiii sabishikatta.
Hari jumaat lepas, pulang dari keje aku uruskan Sabrina.
Tak masak pun sebab plan nak mkan kat luar je. Lagi pun
mengharapkan abg cuti je esok. hehehe..

Lepas magrib abg balik keje dia kata esoknya Sabtu keje.
Tapi aku pujuk2 le soh cuti je..hehehee.. at least bole 2 mlm
kat kpg, semalam rmh mak dia semlam kat rmh mak aku.
So fair n lovely la kan.
Sib baik my darling lembut hati, terus call member keje dia
n inform nak cuti esoknya.
Lepas isya kitaorg dah siap2 kemas rmh. Habis aku angkut baju
kotor yg dah seminggu tak basuh. Maklum la mesin semi-manual
hari kerje aku jrg dpt membasuh. Dah malas sebenonya nak
bangun semata2 basuh baju. heheehe..
Kitaorg singgah dinner kat Meru, kol 11 sampai rmh mertua.
Mmg dia seronok sgt le cucunya balik.
Sempat Sabrina main ngan opah dia kejap sebelum sambung tido.

Lepas subuh aku terus cuci baju. Banyak nye la.. 4 round baru siap.
Mesin basuh mak mertua pn semi-auto jugak. Letih jgk le dibuatnye.
Sambil tu melayan Sabrina yg terjaga awal. Punyala suka dia dpt
jalan2 kat luar rmh. Isk isk..

Tgh hari aku keluar jap ke pekan Sabak.
On the way p pekan aku singgah rmh mak, ajak mak aku join
ke pekan skali. Mak aku bab jalan2 mmg le suka. Hehehe...
Mak mertua suroh beli anak pokok longan ngan rambutan. Ni nak mengabis kan masa
kat tanah la ni. Aku pulak beli anak pokok limau purut ngan bunga.
hehehe. biar berseri sket rmh nanti.



Ni le rupenya pokok2 yg ditanam abang. Aku tolong beli je
sebab tak sempat nak tanam. Hehehe..
Pokok jenjarum, limau purut, krismas, cili.
Pokok2 orkid tu hasil semaian arwah bapa mertua.

Balik dr pekan hantar mak aku balik rmh, balik ke rmh mertua semula.
Kak Ijan dan family dah sampai. Masak pun dah nak siap. Aku dapat
tolong2 basuh2 pinggan , kacau kuah je sebab semer dah siap.
Lepas makan melayan mata ngan Sabrina. Dia mmg dah ngantuk
sangat sebab terjaga awal ari ni.

Kol 4 baru jaga, kebetulan kak ijan nak pegi berurut. So aku
pun join le skali, maklum le badan pun dah senang sakit2.
Hehehe... umur dah meningkat. Kena beringat lah.
Dekat magrib baru balik rmh. Lepas makan, tunggu magrib
baru le balik rmh mak aku pulak.
Hari ahad dihabiskan kat rmh mak. Aktiviti masak2 je lah.

Lepas asar balik semula ke Meru. Sempat ambil tanah,
baja cacing ngan anak pokok cili dari Uda. Kononnya nak
bercucuk tanam le sket kat rmh. Hope hidup le pokok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails