Jul 24, 2010

MInggu demam

d caption
 


Gambar terkini Nur Sabrina dan Nur Khalisha.


Dalam seminggu ini, anak2 tidak berapa sihat. Minggu yang mencabar lah
kalau anak tak sihat ni. Mula2 Sabrina demam di ikuti dengan batuk dan 
selsema. Berjangkit dari kenkawan kat rmh Wati. Lepas tu Khalisha pulak
menunjukkan tanda nak batuk. Mmm sabar je lah. Abang pulak kerja malam..
dah dua tiga malam rasa tak ckp tidur melayan karenah Sabrina yg meragam
tengah2 malam. Tak selesa lah kot. Tapi kadang2 hilang sabar juga kalau
ape saje yg kita buat tak kena. Memang jadi mama ni bab urus anak2
mmg mencabar. Moga2 Allah memudahkan segala urusan.
Aminnnnnn

Jul 21, 2010

Pendidikan seks

Tajuk posting kali ni agak berat. huhu..
Sebenarnya  aku share tentang erti 'pendidikan seks' di dalam Islam
dari pengisisan program Tanyalah Ustaz di tv9.
Penyampainya ustaz Rohidzir Rais http://al-zuhaily.blogspot.com/2010/07/
Dari kacamata agama, pendidikan seks bermakna mengajar anak2
tentang persoalan aurat, memilih pakaian, makanan, dll yg dpt
menghindarkan kita dr perkara2 yg salah.

Antara yg aku ingat, tentang cara untuk mengajar anak2 menutup
aurat, ibu bapa perlu jg aurat dahulu walaupun semasa di rumah.
Pemilihan pakaian anak2 juga harus sesuai. Andainya pakaian
yg kita pilih tidak disukai, biarkan sahaja. Biar anak2 marah sekarang
bukannya di kemudian hari.

Satu lagi pemilihan makanan jg penting. Makanan yg halal membawa
kepada hati yg suci. Dapat menyediakan sediri makanan adalah
yg terbaik kerana kita sendiri yg memilih bahan.
Tentang sumber makanan sekarang byk pilihan utk memilih produk
muslim jadi mengapa tidak kita berbelanja barang dapu dengan
barangan buatan muslim.
Alhamdulillah aku kenal dengan HPA. Jadi seboleh2 barangan dapur
aku beli di stokis HPA. Kerana aku yakin Insyaallah pemprosesan
barang2 HPA ngan mementingkan aspek kebersihan dan sebagainya.

Jul 9, 2010

Anak-anak

Syukur kepada Allah sampai juga ke penghulu segala hari,
hari Jumaat. Lebih istimewa hari ini 27 Rejab antara  hari2 yg sangat
elok utk kita menambah amalan.
Semalam dengan hari ini Insyaallah aku berpuasa sunat.
Setakat ni tak ada effect pada ebm. Yang penting kena pastikan
sahur dgn makanan berat iaitu nasi.
Kalau tidak lepas pum mmg rasa letih la dulu. Bagus juga sesekali
berpuasa ni, jadi lebih bersedia utk Ramadhan nanti.

Khalisha dah hampir seminggu pandai meniarap. Tapi kepala
tak pandai angkat lagi. Mungkin 2,3 hari lagi dah boleh. Nampak
perkembangannya lebih cepat dari Sabrina. Mungkin sebab
badannya lebih ringan.
Sekarang sudah 5 bln setengah.. mungkin ada 4kg.
Penyusuan bagus. Sekali minum skang boleh sampai 3oz. Tapi
stok ebm pulak agak susut. Sebabnya mungkin aku kurang pum
di rumah. Takut stok terus merundum, dah 2 hari aku bangun
perah pagi2. Dulu masa Sabrina sebelum tidur dgn pagi mmg aku
akan pum susu, sekarang agak malas sket.. hihi.. tak boleh
diteruskan. Skang ni malas nak pakai pum kalau di rumah,  aku prefer
pakai tangan je sebab malas nak basuh pum. Sedikit sebanyak skill
hand expression bertambah lah. Yakin juga kalau tak de pum.

Sabrina sudah totally tak menyusu badan. Minggu ini dia ok je.
Tidur pun senang tak de meragam macam seminggu sebelum ni.
Alhamdulillah. Sebenarnya bukan satu kebanggaan memberhentikan
anak menyusu, tapi rasanya sudah sampai masanya utk Sabrina berhenti
setelah 2 tahun setengah menyusukannya.
Mulutnya makin bising. Kadang tak terlarat nak layan.
Tapi bahayanya dia dah pandai nak angkat adik. Dah 3 kali dia
angkat Khalisha agak jauh. Fuhhh.. berderau darah mama!!
Mentang2 lah Khalisha tu ringan sangat senang2 je dia angkat.
Khalisha pulak tak menangis langsung jd kadang aku tak perasan.
Orang kata pantang lepa Sabrina ni. Kena lebih bagi perhatian.

Sukanye tengok Khalisha tidur nyenyak cam ni. Aman je rasa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails