Aug 29, 2010

Adik Nik Nur Madihah



Semalam aku sekeluar balik kpg sebab nak hantar mak Abg balik lepas
seminggu mak tidur kat rumah kak Awa. Malam tadi aku tidur di rmh mertua.
Pagi dlm pukul 10 baru balik ke rmh mak.
Khalisha meragam saja, agak sebab kepanasan kot. Mmg panas kat kpg lebih sket dr kat Meru
mungkin sebab rmh kpg lagi dekat dgn pantai. Jadi nak tidurkan Khalisha kalau tak dibuaikan tak sah.
Sambil membuai Khalisha aku belek2 buku Uda yg banyak. Terjumpa buku tentang adik NiK Nur
Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 . 19A1 1A2. Aku sangat2 kagum dan terasa amat malu sebab walaupun dikatakan daif , tapi sentiasa bersyukur dengan kehidupannya. Bapanya jgk walaupun seorang
yang tidak tinggi pelajarannya tetapi pada hakikatnya dia seorang yang tinggi akalnya. Sememangnya kejayaan dalam akedemik bukan kayu pengukur kejayaan dalam kehidupan. Orang yang benar2 berjaya ialah org yang dpt mengimbangkan kehidupan didunia dan di akhirat. Ada ilmu dunia ada juga ilmu akhirat.
Moto adik Nik, hablum minnallah habum minannas atau menjaga hubungan Allah dan manusia.
Juga amalan yang sentiasa di buatnya.
1. Puasa sunat Isnin Khamis
2. Solat dhuha
3. Qiamullail
4. Sentiasa meminta maaf dgn ibu bapa
5. Menghormati guru sentiasa bertanya khabar.

Semoga aku juga sentiasa menjadi orang2 yang bersyukur dengan nikmat Allah.

Stok susu Ramadhan - Khalisha 7 bulan


                                                Stok susu Khalisha setakat hari ini.



Khalisha sudah 7 bulan dgn berat terkini 4.5kg. Alhamdulillah.
Kalau dibandingkan dengan berat bulan lepas cuma naik 200gm.
Agak sedikit kenaikannya kali ini, sebab di pertengahan bulan
Khalisha demam seminggu dan kurang selera nak makan dan menyusu.
Skang sudah kembali normal.

Khalisha skang pantang nak baring sendiri. Kalau dulu rasa amat mudah,
lepas meyusu je biarkan dia baring sendiri tgk tv nanti dia tidur sendiri.
Tapi skang pantang kita baringkan walaupun sekejap, dah menangis sakan.
Memang agak mencabar saat ini.
Hanya Allah aje yang tahu kenkadang rasa tension tpi kena lah kawal
perasaan. Kalau Sabrina pulak mengada2 lagilah . Nakal jgk Kak ayong
ni. Tertumpah lah, terpijak , terketuk adik mcm macam ter.. kena angin
tak baik aku pn hilang sabar laju je tgn mencubit or pkl kakinya.
Kadang kesian jg, tapi kalau redha dia tak tau pulak benda tu salah.

Bebalik pada Khalisha, stok ebm utk Khalisha agak byk berkurangan.
sblm ini byk kali jg aku pum 2 kali shj kat opis. Atas alasan tak sempat.
Bila stok dah menyusut baru aku pastikan pum 3 kali. Dan pum juga
hujung minggu. Insyaallah masih mencukupi.
Khalisha perlukan sehari dlm 12oz sahaja. Aku tinggalkan dia dr jam
8 sampai 630 otg. Biasanya last menyusu pkl 730 or pkl 8.

Buat masa ni aku kekalkan ambil kopi radix, spirulina, koko radix
dengan harapan bdn aku dpt supply susu sebanyak demand Khalisha.
Insyaallah.

Selain tu doa kepada Allah tak putus agar anak2 mama menjadi
anak2 yang solehah, senang dididik, mendengar kata, sihat, pintar,
dijauhkan dari sebarang penyakit. Amin Ya Rabbal alamin....

Aug 23, 2010

Berbuka di kampung

Hari Ahad pagi lepas kemas2 rmh, kami sekeluarga balik kampung
sebab nak ambik mak Abg bawak ke rmh kak Awa di Taman Medan.
Bertolak dari rmh pukul 10pg, jalan smooth je Alhamdulillah
sampai kat rmh mak Abg pukul 12 tgh ari.
Sembang2 dgn mak, bg Sabrina dan Khalisha makan lepas tu baru
mintak abg hantar balik ke rmh mak sendiri pulak.

Asalnya nak pegi kejap aje, sebab nak temankan mak mertua berbuka.
Tapi bila tau Ucu Baah yg baru je balik dr Pahang ngan Wahid , abg
Alang pun ade jgk so tukar plan. Abg pun ok je , so dia je la yg balik
temankan mak dia berbuka. Insyaallah next time lah.
Tp Abg Alang tak jadi pun berbuka sama, dia balik berbuka rmh mertua.

Berbuka rmh mah biasanya banyak tukang belinya, so kitaorg cuma
masak mee goreng je main utk buka. Pastu mak buat kuih kacau
jagung yang sedap ( rasa lepas berbuka yerr :)) . Pas tu buat sup ayam ngan
kuah asam pedas utk diner dan sahur diaorg nanti.
Air , aku kopek 2 bijik kelapa muda yang Cik kasi. Tapi sayang kelompong je,
isi tak berapa tebal.
Sponsor berbuka :
 Wahid - murtabak, popiah goreng/basah
 Uda- air oren, laksa, kuih2
Cik - kuih muih
Acid - kuih

Senarai menu semalam mmg panjang dan banyak, tp dengan ahli keluarga
yang besar, 6 beradik campur anak2 dan pakcik makcik sekejap je.
Alhamdulillah rasa seronok sangat dpt buka sama.
Walaupun kejap je dapat balik rmh mak, tp puas hati sebab dpt berkumpul
dgn semua adik beradik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails