Ahad 9 mac... 630pg erin bangun nak nyusu. Lepas tu dia tido blk,
aku terus bgn mandi dan solat. Sebelum tu sempat dgr berita kat
tv skali ngan abah. Keputusan mengejutkan. Selain Kelantan,
Penang dan Kedah, BA turut menang besar di Perak dan Selangor.
Yg aku paling ingat bila diumumkan Khir Toyo menang di kawasan
nya tetapi hilang mandat membentuk kerajaan negeri. OOooo
keputusan yg menarik tu.
Lepas solat tak tidur dah, dok tgk berita lah. Mmg tak salah
aku dengar Selangor di menangi PKR. Alhamdulillah harap
kan berubah. Menteri2 yg terkenal mcm Sammy Vellu ngan
Sharizat pun kalah kali ni. Fuuhhh mengejutkan. Isteri dan
anak Anwar menang di parlimen masing2. Waaa kembali
mendengar suara anwar la nanti. Aku tak sabar nak balik rmh
sembang ngan family, tp mak dan adik bradik lain plan ke
kenduri di Perak, so share crita ngan abg dan mak mertua
je lah. MB selangor selepas ni Tan Sri Khalid dr PKR.
Moga2 perubahan positif berlaku nanti. Suara rakyat akan
sampai ke parlimen. Yg penting bila sesuatu keputusan di
buat ada yg bg pro dan krontra. Tak de lah setuju membuta
tuli dan rakyat kena terima je.
Kol 11 pegi kenduri kawen sepupu abg di Kg Nelayan. Abah
asalnya nak naik kereta tp pasal risau tgk aku tak siap2 kot
dia p kayuh basikal. isk isk isk.. risau aku org tua ni dah le
sakit jantung, bwk basikal tgh2 ari. Tp kdg2 mmg dia suka ikut
kepala sendiri so cuma harap tak de pape je lah.
Yg aku tak best ke kenduri skang ni sebab erin tak selesa.
Maklum la org ramai sure lah bising dan panas. Tapi kang tak
pegi tak elok lah pulak. Bersabar je lah. Sib baik erin skali
skala je memberontak. Bila disuakan nenen dia diam.
Mak seronok dpt jumpa
sedara mara yg dah lama tak dgr berita.
Pkl 4 uda call kata still otw balik dr perak. Mak tak jadi ikut aku.
Dia akan pergi ngan uda dan family. So aku lepas asar
bertolak balik. Singgah jgk rmh mak hantar kiriman mak
abg tp cuma adik2 je yg ade.
Jln mmg jem. Maklum le ramai yg balik ngundi. Magrib masih
di tjg karang. Ajak abg brenti mkn. Sambil rehatkan bdn.
8 lebih sambung perjalanan 930 mlm bru tiba di Meru.
ALhamdulillah.
No comments:
Post a Comment