Showing posts with label Sulaman manik. Show all posts
Showing posts with label Sulaman manik. Show all posts

Jul 4, 2010

Sulaman manik

Dalam kesibukan kerja, kat rmh kena ada masa utk diri sendiri jgk.
Skang ni sekurang2nya sejam sebelum tidur dan setengah jam
sebelum p kerja, sambil dengar astro oasis aku peruntuk kan masa
utk sulam baju or buat sample.
Rasa macam dapat kepuasan dpt buat sesuatu yg cantik.
Syukur Alhamdulillah.

Sample manik semakin bertambah.





 Siap juga akhirnya manik tabur utk baju raya tahun nih. hiihihi..
 Puas hati!!. ALhamdulillah.

Jun 20, 2010

Sulaman

Dah nampak le kepelbagaian paten sulaman lepas 3 minggu kelas.
Hehe.. ni makin semangat tgk kerlipan manik2 :))



Projek pertama sessi ini. Manik satu layer jeer

Projek kedua dlm pembikinan. Manik tabur utk bj raya.
ni dah seminggu lebih ngadap nih...


Jun 18, 2010

Kejutan

Masih lagi sibuk di pejabat. Jarang sgt dpt masuk internet di sebabkan
byk sgt assessment. Plannye byk nak siapkannye berhari2.
Cuma nak share, beberapa hari lepas dapat berita dari manager
kami Zul yg dia nak resign masa nak abes meeting.
Terkedu tak terkata aku ngan Hazizi. Zul kata hopefully motivation
tak down, tp mmg tak dpt elaklah. Disebabkan o byk sgt benda baru
yg aku blajar bawah dia terasa down jgk. Lemah je masa balik
kerje. Moga ada hikmahnya.
Selagi kita bernama pekerja org akan datang dan pergi.
Lepas ni penggantinya org chigoku, dan akan masuk member
lama kami Hasmi. Moga2 semuanya success.

Dlm kehidupan harian minggu ni ok je. Abg keje siang so malam
ada la masa bersama kat rmh. So mcm biasa hampir setiap hari aku
masak. Simple2 pun tpi org kata air tangan sendiri tu lebih berkat.
Khalisha minggu lepas demam 4 ari. Nasib baik tak melarat.
Pembelajaran baru Dr kata budak bwah 4 bulan tak boleh ks ubat
demam. Walaupun Khalisha hampir 5 bulan tp kena antibodinya
ikut umur sebenarnya 2 bulan lebih. Satu pengajaran tu..

Kat rmh astro dan internet rosak dari minggu lepas disebabkan
petir. Sib baik brang letrik lain semuanya ok.
Jadinya beberapa hari tak tgk tv la. Tapi sebabkan tu byk juga la
jahitan manik yg aku dpt siapkan. Hihih.. skang ni tgk sibuk jahit
manik tabur kat baju sendiri. Baju kedua nak jahit manik ni lepas
mula aktif kembali. Kelas pun dapat jgk pergi. Skang dah lebih 15
patern yg aku belajar.. sukanya tengok kerlipan manik2 nih.
Insyaallah nanti aku update gambarnya.

May 23, 2010

Aktiviti baru

Dua minggu lepas aku dah memulakan aktiviti baharu.
Chewahhh.. ayat baharu tu. kih kih kih..
Sebenarnya dok pikir2 apelah skil yang aku ada yg boleh guna
utk tambah2 pendapatan kalau dah tak de rezeki dlm pekerjaan.
Tetiba teringat pasal sulaman. Aku dah penah berlajar sulaman
manik sebelum kawin. Tapi cuma sulaman asas. Itupun sekejap je
dipraktikkan.
Menjahit pun dah boleh tapi bila dah kawin
dah pindah Meru tak de kemudahan menjahit aktiviti tu terhenti.
Baju skang ni semer serah kat kak uda sebab dia pun ambik upah.

Balik pada cerita manik tadi, aku bukak balik tool box byk nye lagi
manik yg tak guna. Terus start asah bakat balik.
Dah byk step yg lupa. Google kat internet byknye fesyen2 terkini
yg cantikkk sgt. Terus mintak izin abg nak pergi kelas manik.
Asalnya nak pergi tpt Lin kat Anggerik Mall. Walaupun jauh
tapi sebab kenal rasa ansin. Tapi bila terjumpa satu kedai manik
tak jauh dr rmh, terus ubah fikiran.
Setakat ni aku dpt pergi sabtu je sebab ahad tutup.
Hopefully raya nanti dah boleh jahit fesyen bunga tabur ke
crumble ker..huhu. Tak sabar betul!!



Hasil sulaman manik lepas 2kelas. Sulaman asas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails