May 27, 2008

Persediaan


Erin bershopping. 1st time dok dlm troli tu..



Ahad 25 mei... Habis sudah keje malam utk minggu ni. Letih betul.
Kol 7pg balik, beli kuih utk sarapan. Sampai kat rmh abg dah ready
nak pegi keje, ada maintanance katanya. Lepas jamah seketul karipap
abg terus p keje. Aku mandi, pum susu, kemas botol2 tido jap.
Kol 10 ambek erin.
Kali ni lama jgk bersembang ngan kak ema, psl persiapan kenduri
dan persediaan dia nak bersalin. Kak ema dijangka bersalin
pertengahan bln 8. Tak lama lagi, babysitter blm dpt lagi. Hmmm..
Btw, aku dan abang merancang nak buat kenduri aqiqah utk erin.
Yelah sepanjang duduk rmh skang ni, tak ada lagi buat majlis ape2.
Ada rezeki lebih ni baik la kenduri kan utk anak. Dapat jamu org
skali. Seronok berkongsi rezeki ni, tp tu la masak memasak tak
pandai sgt.. hehehe kena harap kat mak, sedara mara dan jiran2
kat sini la. Mak aku dah pesan dtg 2 ari awal.

Kol 2 abg dah balik. Aku baru je bgn tido. Dapat la rest 2 jam.
Erin pun terjaga. Dah lama dia tak jumpa ayahnya. seronok dia.
Abg terus je stat keje memasang air-corn kat bilik utama.
Erin jaga bole la dia buat keje2 menggerudi. Sib baik abg tau bab2
elektrikal ni, jimat. Sementara abg bekerja, aku gorengkan mee.
Buat alas perut. Magrib baru le keje pasang aircorn siap. Huhuhu
sejuk le malam nih.


Isnin 26 mei.. abg keje mlm so siang ada la kat rmh. Kepenatan
dek keje2 semalam. Aku dari pagi dok mengemas dapur sambil
basuh baju. Tapi keje aku ni brenti2 la, pasal dok layan erin skali.
Dia pun dok merengek jek kalo tak de aku, sudahnya tunggu dia
tido baru le aman. Abg kol 9 baru bangun mengemas luar rmh.
Aku mmg tak sempat le nak nolong.

Tgh ari just masak ala kadar je. Lepas zohor kitaorg ke kedai 99
kat Setia Alam. Beli barang2 kering utk kenduri. Pastu p pekan
meru lak tambah mane yg tak ade. Alhamdulillah separuh barang
dah terbeli. Balik tu singgah pasal malam beli sup power, apam
balik, sayur dan ikan. Erin elok lak tak meragam nak tido ke apa.
Masuk kereta nak balik rmh baru nyusu dan tido.

May 22, 2008

Shif malam

Khamis 22 mei.. Aku keje shif malam minggu ni bermula semlam.
Skang mmg tak happy nak keje malam. Rasa kesian pulak tinggalkan
erin pasal dia mlm2 nyusu terus tido. Kalo jaga mlm pun tak nyah
tunggu lama kalo nak nyusu merengek jek terus leh kasi susu.

Manager bising pasal punctuality, mmg aku kategori yg lewat la tapi
tak de la melampau sgt. Yg jadi isu sebab ada yg lewat 2,3 jam.
Mmg le tak patut dan menggangu orang lain. Kena cuba lah dtg cpt,
tapi tak semangat betul nak shif lagi, melainkan shif siang je.
So dengan slambenye semlam aku tulis e-mail ke manager bagitau
situationaku, dah keinginan aku nak keje office hour. Harap ada respon
yg baikdari dia. Kebetulan abg pun online dr rmh semlm (abg shif siang),
abg pun setuju sgt kalau aku keje normal.

Mlm ni dtg keje tak ada lagi reply dr manager sebab dia out of office.
Paling cepat pun dia balas esok, or bila dia idea. Hehehe..
kalo tak kena carik keje lain la gamaknye. mmmm.. interview mmg le
tak suka, tp kalo terpaksa lantak le.

May 19, 2008

Erin 8 bulan







Erin sudah pun menjangkau 8 bulan 12 mei lepas. Tapi sebab
sibuk tak sempat nak tangkap gambar.
Skang ni erin dah pandai merangkak dan sibuk nak berdiri
pulak. Pantang ada tempat berpaut mula la nak berdiri.
Mula2 biasa la tergolek2, tp dua tiga ari ni nampak confident je.
Rasa bersalah gak bila tgk dia terjatuh, tapi kdg diluar kawalan.
Sib baik le anak mama ni kuat.
Alhamdulillah kesihatan erin pun setakat hari ni memuaskan.
Berat terbaru 6.4kg tinggi 66cm. Berat tak byk bertambah tp
sebab erin ceria, sihat dan aktif so tak de lah dibimbangkan.
Erin masih makan 2 kali sehari. Menu yang sama.
Bubur nasi + carrot + kentang + ikan bilis yg dilecek dan ditapis.
Ada sesekali aku letak ayam rebus, tp erin lg suka ikan. Skang
kalo makan laju jek. Kuantiti aku tambah sket je sebab tak nak erin
krg nyusu. Erin jg sedikit sensitif 2,3 minggu ni. Pantang aku hilang
dr mata mula la dia merengek, sambil merangkak carik aku.
Kdg ayahnya ada pun dia tak mau. Nak carik mama jugak.
Agaknya dia takut aku tinggalkan lama2 mcm p kerja kot.
Nak main pn pun kat keliling mama je. Manja betul.
Susah sket nak buat keje time erin jaga, mcm balik ke masa di
2,3 bulan la pulak. Tapi harap sementara je la.
Apapun moga anak mama ni terus sihat , ceria, bijak , sabar.. amin.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails