Oct 24, 2008

Berita terkini

Minggu ini aku keje shif malam bermula hari Rabu. Abg pulak shif
siang. Sure lah tak jumpa macam selalu.
Skang ni balik je ke rmh aku terus menyusukan Sabrina pastu terus
tidur. Tak mandikan dulu sebab nanti dah susah nak tido lak dia.
Pastu dia bangun baru aku bangun. Slalunya 2 jam la kalo tido
sama. Bgn tido aku mskkan bubur pastu kitaorg mandi. Senang sket
tak de la Sabrina melalak sensorang kena tinggal luar bilik air.

Petang dlm kol 2 dia mengantuk, aku pn dah solat terus nyusukan
dan tido skali. Dpat lah 2 jam lebih lelapkan mata. Ada beberapa hari
lagi keje malam. Sabar..

Pkl 6 aku hantar Sabrina dlm kereta dia terpoo poo lak. Sebab rasa kesian
kat Wati so aku basuhkan bila sampai sana. Dah tu Sabrina meragam lak
tak nak lepaskan aku, his his.. kena kasi upah susu lak. Dah kasi upah
lagi tak mau pulak lepas, masa letakkan dlm buai pun beria2 dia menarik
aku, dpt rantai dicapainya sekuat hati. Tup tup putuss..
Eii kuatnya lah cik Sabrina ni yek. Kena la mama baiki rantai nanti.
Agaknya kena ganti yg lagi besar kot.. hahahhaaa..

Otw ke keje dpt call dr member opis. Katanya dia dah one to one
meeting dgn DM. Kata DM dia akan tukarkan aku dan member ni ke
office hour. Aku mungkin start bulan 12. Seronoknya lah.
Sampai office buat keje sket dan solat magrib. Lepas magrib DM panggil.
Bagitau hal yg serupa. Katanya aku ditukarkan ke office hour mulai
bulan depan. Minggu depan pn shif siang sebab shif siang krg org.
Alasan aku ditukarkan selain dari permintaan aku sendiri, workload di
sebelah siang akan bertambah bila projek baru masuk.
Yg tak bestnya shif allowance aku kena tolak kos minyak dan tol
bertambah. Hopefully nanti basic salary naik. Tgk lah kalau ada rezeki.
Yang penting nanti malam sentiasa boleh tidur ngan Sabrina.

Btw, beberapa hari ini selepas aku menambah semula sessi pumping,
nampaknya hasil ebm kembali ke asal. Alhamdulillah moga masalah
tak berpanjangan. Yang penting masa pum kena jaga dan tak miss
pumping.

Oct 18, 2008

Cerita seminggu

Hari ni aku keje siang, kat opis lah ni. Tgh free sket, so ambik kesempatan
la update blog nih. Hehehe... kalo hari lain susah sket. Masa tak de,
kenkdg bila free pun privacy lak takde.

Minggu ni aku lain shif ngan abg. Aku start keje siang khamis.
Abg mlm so start malam khamis kitaorg dah tak jumpa. Benda penting2
aku sms je. Itu pn beberapa kali .
Abg tak pandai nak sms ngan borak lama2 kat phone so aku dah terbiasa
tak contact abg ngan phone. Jumpa esok baru la borak2.

Sabrina dah setahun sebulan seminggu. Hehehee.. masih merangkak lagi.
Gigi atas dah tambah lagi 2 so jadinya 6btg semua. 4 atas dua bawah.
Mulut bising bercakap tah ape2. Sesekali je berdiri sendiri tapi kejap je
sebab dia mcm takut terjatuh. Sepangjang berkerja ni aku cuma jumpa
mlm je ngan Sabrina. Subuh dah hantar ke rmh babysitter.
Skang Sabrina kalau menyusu skejap je dah abis. Sehari minum 4x3oz.
Hasil susu aku merundum sket skang. 3 kali pum kat ofis dapat 9oz je.
so kena pakai stok beku lah. Dah byk jgk krg stok beku.
So skang sblm pegi keje kol 5 tu aku pum jgk. Hari off day pun kena
pump balik. Sebelum stok beku jadi kronik.

Selasa lepas magrib kitaorg balik kpg. Ada urusan pasal arwah abah
nak diselesaikan hari rabu. Otw balik kitaorg dinner kat sg besar. Aku
tak msk kat rmh sbb ingat nak blk awal lagi. Kat rmh mkn maggi je.
hehehe..sakit peruttt masuk angin.
Aku tidur rmh mertua je sebab dah malam. Aku pn tak bgtau mak nak
balik kpg nanti tertunggu lak.

Rabu abg hantar aku ke rmh mak otw nak ke pekan dng mak mertua.
Kebetulan kak long pn ada. Kak uda nak ke pekan so aku join skali la.
Dah lama tak kuar ngan kakak2. Kitaorg ke pasar dan bank je.
Sempat gak singgah nursery bunga. Cantik2 geram tengok.
Tp belum masa nak beli lagi. Beli benih sayur je. Nak tanam sket kat
rmh. Hopefully bole la makan sayur sendiri. Bole juga test baja cacing
yg uda kasi.
Petang lepas asar baru balik rmh mertua. Lepas makan baru balik
Meru.

Oct 13, 2008

Gambar raya

Gambar2 raya. Malas nak explain satu2..
Tengok sendiri paham2 le kan. hehehee...























Oct 11, 2008

Beraya lagi

Isnin 6hb... Abg keje siang. Aku kat rmh membasuh mengemas uruskan
Sabrina mcm biasa. Tengah hari just msk ikan masak kicap. Mengabiskan
ikan yg dah duduk lama dlm peti.
Mlm ada pasar malam so time tu baru nak beli lauk dan sayur2.
Abg balik awal sikit sebab penat katanya. Asyik drive aje kot hujung
minggu lepas.

Malam abg p pasar sensorang. Balik je bawak sayur abg bgtau jiran2
tgh beraya. So ajak join skali sbb segan la nak p lain kali. So tak jadi
la dinner kat rmh. Makan kat rmh jiran2. Diaorg rpnya siang tadi
mmg ada plan dah so dah siap lah masak2. Aku je tak tau pasal dok
lepak dlm rmh je. Rmh aku tertutup la pasal tak de ape sgt nak hidang.
Liza kata mlm esok baru nak datang.

Selasa 7hb.. mengingatkan jiran2 nak datang so aku dok kat dapur
je la satu hari ni. Pagi2 lepas basuh baju, kemas rmh msk kek coklat
kukus. Kali ni guna tepung kek yg kak ijan bagi. Senang je just tambah
telur 3 bijik, secawan minyak dan susu cair. Sambil tunggu kek msk
sempat le aku mandikan, bg Sabrina makan. Pastu kek msk p klinik
ambik injection. Then balik singgah beli bhn utk kuah kacang dan
ketupat segera. Sebelah petang aku sibuk ngan operasi buat kuah kcg.
Sabrina kadang mood ok mau main sendiri kadang sibuk nak berdiri2
kat kita. Sabo je la.. penat je. Dia pulak tidur sekejap2 jek..
Penat2 masak kuah kacang, bila dah siap rasa masin sgt. Mak eihh..
Aku cuba tambah asam, gula, tumisan cili tak kurang sgt.

Malam aku sibuk2 la kemas2 dapur. Abg balik rmh dia kata jiran2
ramai yg keluar termasuk yg kata nak datang. Aku yg keletihan
memasak blur je. Ok jgk la tak dtang pasal rasa tak larat nak layan.
Lg pun kuah kacang tak brapa jadi.. buat mkn sendiri je la.

Jumaat 10hb.. dah 2 ari aku bwk bekal kuah kacang dan ketupat ke
opis. Tapi kuah kacang sendiri bwk skali jek. Abg beli kuah kacang
lain pasal tak larat nak layan masin. hahaha.. Tak pe la weekend nanti
baru aku adjust balik. La ni msk dlm peti dulu. Skang ni asyik sampai
lewat je kat rmh. Kemas botol2 susu, masak bubur Sabrina je larat.
Smlm sempat lagi beraya 2 buah rmh jiran. Rmh sendiri pn ada jgk
yg datang. Sib baik ada kek dan dodol so itu main menu la selain
biskut2 yg tak seberapa tu.

Mlm ni pulak dijamu satu kat rmh jiran dpn. Mak aii diaorg ni semer
buat special menu. Aku berpikir2 gak nak buat open house. Tapi kena
carik tukang masak la.. nanti la bincang2 dulu ngan abg.

Oct 9, 2008

Hari raya 2008

Syawal tahun ni di giliran rmh mertua pulak sebab tahun lepas aku
berpantang dan beraya kat rmh mak. Mak mertua tak de masak
sgt sebab kakak2 ipar yg biasa tolong masak balik mlm raya.
Diaorg semer ready masak rendang kat rmh sendiri sebab abg ipar
masing tak dpt cuti awal.
So kat rmh mertua cuma buat ketupat je lah. Tapi itupun lambat sgt
nak siap sbb yg menolongnya, aku ngan kak Yaya masing2 ada anak
kecik, so kejap2 terganggu la kerja. Aku pulak sempat balik berbuka
kat rmh mak. Sehari suntuk menolong, mlm raya baru siap
ketupat itu pun dgn bantuan kakak2 ipar yg baru balik kmpung.
Mcm biasa kena kutuk la.. hahahaa...

Hari raya kat rmh mertua rasa tak semeriah rmh sendiri. Biasala kan..
Kat situ lepas mandi manda, makan mane yg sempat, yg lelaki je
p surau. Kalau kat rmh mak aku semer bgn pagi2, solat subuh, sarapan
sama2 dan pergi masjid sama2 kecuali yg uzur dan ada anak keciklah.
Kiranya kat rmh mertua rilek2 je lah, makan je kerja aku pasal tak ada
apa nak disiapkan.

Lepas abg balik surau baru lah gambar sama2. Tgh hari balik rmh mak aku.
Lepak2 sekejap p pulak rmh Cik Tapa pasal nak tolong menghidang utk
org baraan. Barulah terasa suasana raya.

Oct 6, 2008

Menjelang raya





Isnin 29 oktober..Ikut hisab, tinggal 2 hari lagi puasa. Aku mcm biasa
hari ni off. Tapi pasal ptg ni nak balik kpg pagi2 la dah buat persiapan.
Lepas sahur aku tak tidur sebab nak buat kek sebelum sabrina jaga.
Plannya nak buat kek coklat dah lobak. Semuanya di kukus sebab
tak beli oven lagi. Lagi pun baru percubaan pertama.


Abg hari ni kerja. Tu pasal aku kena masak awal2 takut Sabrina kacau.
Kek pertama aku buat kek coklat. Elok jadinya. Seronok betul rasa.
Masa tu 9pg. Aku terpk nak buat sebijik lagi so tak payah lah berbahagi
antara rmh mak aku ngan mertua. Semua bahan ada kecuali serbuk
koko je. Teringat lak babysitter, Wati tunjukkan stok koko dia yg
byk hari tu. So dgn tak malunya aku call dia cakap nak beli. Hehehe
sib baik Wati sporting dia nak bagi aje.


Kebetulan Sabrina dah jaga so aku mandikan dan bagi makan. Kol 10
p rmh Wati. Balik tu sambung buat kek coklat lagi sebijik. Kali ni
ambik masa sket pasal melayan Sabrina yg sibuk nak kacau.
Kol 1 siap. Pastu buat pulak kek lobak merah, tak berapa cantik
jadiknya. Kek tu turun lepas masak. Berat sangt kot.


Kol 4 abg sampai rmh aku baru je siap buat kek. Rmh tak sempat
kemas pun. Baju2 pun tak masuk beg lagik. Haiya.. bz betul kat
dapur. Kerja2 menjaga Sabrina aku serah kat abg. Aku goreng mee
utk berbuka kat rmh kak Yaya. Kak Yaya nak tumpang balik kpg
mlm ni. Dah siap masak kemas2 dapur, mandi solat, kemas baju
dan barang nak bwk balik.
Pukul 6 lebih baru kuar rmh. Pasal rasa tak sempat nak berbuka
kat rmh kak Yaya so aku suggest kat abg beli air buat bekal. Tapi
abg kata tak yah. Masuk highway abg mmg pecut la ke Damansara.
Tapi on the way tu jam la pulak. Sudahnya berbuka dgn air liur
je la dulu. Sabo je la.. Tapi sampai gak kat rmh kak Yaya sebelum pkl 8.
Lepas berbuka baru lah bertolak balik kampung ke rmh mertua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails