Oct 18, 2008

Cerita seminggu

Hari ni aku keje siang, kat opis lah ni. Tgh free sket, so ambik kesempatan
la update blog nih. Hehehe... kalo hari lain susah sket. Masa tak de,
kenkdg bila free pun privacy lak takde.

Minggu ni aku lain shif ngan abg. Aku start keje siang khamis.
Abg mlm so start malam khamis kitaorg dah tak jumpa. Benda penting2
aku sms je. Itu pn beberapa kali .
Abg tak pandai nak sms ngan borak lama2 kat phone so aku dah terbiasa
tak contact abg ngan phone. Jumpa esok baru la borak2.

Sabrina dah setahun sebulan seminggu. Hehehee.. masih merangkak lagi.
Gigi atas dah tambah lagi 2 so jadinya 6btg semua. 4 atas dua bawah.
Mulut bising bercakap tah ape2. Sesekali je berdiri sendiri tapi kejap je
sebab dia mcm takut terjatuh. Sepangjang berkerja ni aku cuma jumpa
mlm je ngan Sabrina. Subuh dah hantar ke rmh babysitter.
Skang Sabrina kalau menyusu skejap je dah abis. Sehari minum 4x3oz.
Hasil susu aku merundum sket skang. 3 kali pum kat ofis dapat 9oz je.
so kena pakai stok beku lah. Dah byk jgk krg stok beku.
So skang sblm pegi keje kol 5 tu aku pum jgk. Hari off day pun kena
pump balik. Sebelum stok beku jadi kronik.

Selasa lepas magrib kitaorg balik kpg. Ada urusan pasal arwah abah
nak diselesaikan hari rabu. Otw balik kitaorg dinner kat sg besar. Aku
tak msk kat rmh sbb ingat nak blk awal lagi. Kat rmh mkn maggi je.
hehehe..sakit peruttt masuk angin.
Aku tidur rmh mertua je sebab dah malam. Aku pn tak bgtau mak nak
balik kpg nanti tertunggu lak.

Rabu abg hantar aku ke rmh mak otw nak ke pekan dng mak mertua.
Kebetulan kak long pn ada. Kak uda nak ke pekan so aku join skali la.
Dah lama tak kuar ngan kakak2. Kitaorg ke pasar dan bank je.
Sempat gak singgah nursery bunga. Cantik2 geram tengok.
Tp belum masa nak beli lagi. Beli benih sayur je. Nak tanam sket kat
rmh. Hopefully bole la makan sayur sendiri. Bole juga test baja cacing
yg uda kasi.
Petang lepas asar baru balik rmh mertua. Lepas makan baru balik
Meru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails