Minggu ini aku keje shif malam bermula hari Rabu. Abg pulak shif
siang. Sure lah tak jumpa macam selalu.
Skang ni balik je ke rmh aku terus menyusukan Sabrina pastu terus
tidur. Tak mandikan dulu sebab nanti dah susah nak tido lak dia.
Pastu dia bangun baru aku bangun. Slalunya 2 jam la kalo tido
sama. Bgn tido aku mskkan bubur pastu kitaorg mandi. Senang sket
tak de la Sabrina melalak sensorang kena tinggal luar bilik air.
Petang dlm kol 2 dia mengantuk, aku pn dah solat terus nyusukan
dan tido skali. Dpat lah 2 jam lebih lelapkan mata. Ada beberapa hari
lagi keje malam. Sabar..
Pkl 6 aku hantar Sabrina dlm kereta dia terpoo poo lak. Sebab rasa kesian
kat Wati so aku basuhkan bila sampai sana. Dah tu Sabrina meragam lak
tak nak lepaskan aku, his his.. kena kasi upah susu lak. Dah kasi upah
lagi tak mau pulak lepas, masa letakkan dlm buai pun beria2 dia menarik
aku, dpt rantai dicapainya sekuat hati. Tup tup putuss..
Eii kuatnya lah cik Sabrina ni yek. Kena la mama baiki rantai nanti.
Agaknya kena ganti yg lagi besar kot.. hahahhaaa..
Otw ke keje dpt call dr member opis. Katanya dia dah one to one
meeting dgn DM. Kata DM dia akan tukarkan aku dan member ni ke
office hour. Aku mungkin start bulan 12. Seronoknya lah.
Sampai office buat keje sket dan solat magrib. Lepas magrib DM panggil.
Bagitau hal yg serupa. Katanya aku ditukarkan ke office hour mulai
bulan depan. Minggu depan pn shif siang sebab shif siang krg org.
Alasan aku ditukarkan selain dari permintaan aku sendiri, workload di
sebelah siang akan bertambah bila projek baru masuk.
Yg tak bestnya shif allowance aku kena tolak kos minyak dan tol
bertambah. Hopefully nanti basic salary naik. Tgk lah kalau ada rezeki.
Yang penting nanti malam sentiasa boleh tidur ngan Sabrina.
Btw, beberapa hari ini selepas aku menambah semula sessi pumping,
nampaknya hasil ebm kembali ke asal. Alhamdulillah moga masalah
tak berpanjangan. Yang penting masa pum kena jaga dan tak miss
pumping.
No comments:
Post a Comment