Isnin 6hb... Abg keje siang. Aku kat rmh membasuh mengemas uruskan
Sabrina mcm biasa. Tengah hari just msk ikan masak kicap. Mengabiskan
ikan yg dah duduk lama dlm peti.
Mlm ada pasar malam so time tu baru nak beli lauk dan sayur2.
Abg balik awal sikit sebab penat katanya. Asyik drive aje kot hujung
minggu lepas.
Malam abg p pasar sensorang. Balik je bawak sayur abg bgtau jiran2
tgh beraya. So ajak join skali sbb segan la nak p lain kali. So tak jadi
la dinner kat rmh. Makan kat rmh jiran2. Diaorg rpnya siang tadi
mmg ada plan dah so dah siap lah masak2. Aku je tak tau pasal dok
lepak dlm rmh je. Rmh aku tertutup la pasal tak de ape sgt nak hidang.
Liza kata mlm esok baru nak datang.
Selasa 7hb.. mengingatkan jiran2 nak datang so aku dok kat dapur
je la satu hari ni. Pagi2 lepas basuh baju, kemas rmh msk kek coklat
kukus. Kali ni guna tepung kek yg kak ijan bagi. Senang je just tambah
telur 3 bijik, secawan minyak dan susu cair. Sambil tunggu kek msk
sempat le aku mandikan, bg Sabrina makan. Pastu kek msk p klinik
ambik injection. Then balik singgah beli bhn utk kuah kacang dan
ketupat segera. Sebelah petang aku sibuk ngan operasi buat kuah kcg.
Sabrina kadang mood ok mau main sendiri kadang sibuk nak berdiri2
kat kita. Sabo je la.. penat je. Dia pulak tidur sekejap2 jek..
Penat2 masak kuah kacang, bila dah siap rasa masin sgt. Mak eihh..
Aku cuba tambah asam, gula, tumisan cili tak kurang sgt.
Malam aku sibuk2 la kemas2 dapur. Abg balik rmh dia kata jiran2
ramai yg keluar termasuk yg kata nak datang. Aku yg keletihan
memasak blur je. Ok jgk la tak dtang pasal rasa tak larat nak layan.
Lg pun kuah kacang tak brapa jadi.. buat mkn sendiri je la.
Jumaat 10hb.. dah 2 ari aku bwk bekal kuah kacang dan ketupat ke
opis. Tapi kuah kacang sendiri bwk skali jek. Abg beli kuah kacang
lain pasal tak larat nak layan masin. hahaha.. Tak pe la weekend nanti
baru aku adjust balik. La ni msk dlm peti dulu. Skang ni asyik sampai
lewat je kat rmh. Kemas botol2 susu, masak bubur Sabrina je larat.
Smlm sempat lagi beraya 2 buah rmh jiran. Rmh sendiri pn ada jgk
yg datang. Sib baik ada kek dan dodol so itu main menu la selain
biskut2 yg tak seberapa tu.
Mlm ni pulak dijamu satu kat rmh jiran dpn. Mak aii diaorg ni semer
buat special menu. Aku berpikir2 gak nak buat open house. Tapi kena
carik tukang masak la.. nanti la bincang2 dulu ngan abg.
No comments:
Post a Comment