Aug 31, 2008

Belum sembuh lagi

Khamis 28hb.. seperti biasa aktiviti aku blk dari shif mlm agak terhad.
Walaupun hari ini pembukaan Tesco Setia Alam, dgn keletihan
dan tanpa driver, tidur saja lah bila Sabrina tidur.

Sabrina masih kerap merengek bila ditinggalkan. Agaknya masih
tertinggal sisa2 kepenatan selepas demam. Sebab tu bad mood je.
Kesian tgk dia bdn pun dah susut.
Petang pkl 5 abg dah sampai rmh. Sampai awal dr biasa. Rupanya pegi
baiki kereta. Lega tgk abg balik, boleh lah tolong jaga Sabrina sementara
aku bersiap nak p kerje nanti.

Lepas mandikan Sabrina mcm biasa aku nak urut dia. Masa tu baru aku
perasan ada bintik2 timbul di bhgn dpn dan belakang badannya.
Terkejut jgk sebab tak pernah jadi mcm ni.
So cpt aku bwk ke panel klinik dekat rmh. Doktor kata mungkin tak ada
apa, tp sebab takut pulak kena denggi dia srh p check darah pulak.
Aku terpaksa ambik emergency leave sebab ambik masa nak selesaikan
check up Sabrina.

Pkl 930mlm baru keluar result darah Sabrina. Alhamdulillah doktor
kata bkn denggi tp cuma campak biasa. Sabrina tak perlu msk wad.
Lega sket.

Hari Jumaat mlm aku sambung cuti sehari lagi memandangkan Sabrina
masih meragam. Tak sampai hati nak tinggalkan pada Wati. Takut
menyusahkan pulak dia nanti.

Melalui emak dan kawan2 aku dpt petua utk campak iaitu diberi minum
dan dimandikan dgn air kelapa. Setakat hari ni abg masih tak sempat
cari lagi. Tapi Sabrina nampaknya dah aktif kembali, mkan pun dah
mcm biasa. Bintik2nya dah nampak krg. Orang kata ambil masa
seminggu dua utk sembuh. Harap tak lah selama itu.

Aug 28, 2008

Penyusuan: Hand expression

Slalu keje malam ni aku sure ngantuk , tp kali ni ok la pulak. Sebabnya
time yg aku slalu tido tu aku berjaga sebab nak perah susu.
Hehehe.. slalu ambek masa dlm 20-30min tapi kali ni terlebih lak.
Puncanya sebelah breast aku terpaksa perah tangan sebab terluka.

Sebenarnya, bahagian areola di kiri kulitnya agak sensitif dan nipis.
Kalau aku terlalu kerap pump dia akan melecet. Dan cuba jgk sapukan
krim tapi blm jumpa yg berkesan. Tapi aku tak lak serius sgt mencari
krim yg seswai, lg suka guna air susu saja sebab sah2 tak de kesan
sampingan utk Sabrina.
Minggu ini disebabkan Sabrina demam, dia asyik ngan ngempeng aje.
Aku cuba jg kurangkan sket bagi yg kiri tapi kesian pulak Sabrina
hisap yg kosong, tambahan lagi aku tak selesa.
Masa mula menyusukan mmg lah perit sgt, tp lepas tu ok. So boleh
lagi lah aku bersabar.

Hari ini sessi pump yg pertama di opis, berlaku sesuatu yg mengejutkan.
Mcm biasa aku pump dulu yg kanan dpt la 2oz. Bila beralih yg kiri tak
semena2 darah bercampur susu memancut keluar. Terkejut aku tgk
darah bertakung dlm pump. Isk isk isk.. terkedu kejap.
Sib baik sempat menyelamatkan susu yg dah dipump.
Bila aku check nipple, rupanya pangkalnya ada yg terluka. Selama ni
tak perasan pun. Mungkin petang tadi baru kena gigit. Bila aku cuba
hand express susu keluar tanpa masalah. So terus aku decide utk
perah tangah aja sebab kalau dibiarkan breast bengkak lak nanti.

Sib baiklah pernah jg blajar2 perah tgn sebelum ni. Tapi tak menjadi
sgt pun. Dlm ms 20 minit aku cuma dpt 1oz. Tak pe lah..
Pkl 2 pagi, aku buat sessi yg kedua. Kali ni aku mula dgn perah tgn
di breast kiri. Alhamdulillah hasilnya lebih baik. Aku dpt 2oz dlm
masa 25min. Tp tengkuk sakit lah. hehehe.. Lepas tu sambung pump,
pump yg kanan, kemudian perah lagi yg kiri. Walaupun aku rasa tak
brasa kosong sepenuhnya tp at least krg lah sket beratnya.
Salute sungguh pada mommies yg hanya perah tangan saja.
Harap2 esok masalah aku dah ok.

Rujukan
http://www.lactationinstitute.org/MANUALEX.html

Aug 27, 2008

Demam lagi






Hari ini aku keje malam. Awal2 msk keje sibuk lah sikit tapi nasib
baik tak berpanjangan.

Ahad 24 Jun.. Abg balik keje mcm biasa 745 pg. Aku dah siap basuh
sket baju dan kemas dapur. Sarapan tak masak sebab plan nak blk
kpg. Bila abg balik, kata nak balik kpg ptg pulak sebab ada janji nak
jumpa member cyber. So tukar plan lah..
Aku sambung lagi basuh baju sementara tunggu abg beli sarapan.
Nak masak lambat pulak.
Mak telefon bgtau keje2 nak pasal bumbung kat rmh sewa nak dibuat
hari ni. Mak nak pegi kenduri kat port klang ari ni. Sebab aku still ada
di Meru, so aku pun ckp nak join lah.

Sabrina aku tidurkan semula lepas mandi dan sarapan sedikit biskut.
Pkl 12 dia bangun bdn terasa panas. Demam lah pulak. Kat luar hujan
mula trn. Tak lama pas tu mak sampai dgn Wahid,kak long dan anak2.
Dlm demam aku bwk jg Sabrina ke kenduri.
Blk dr kenduri pergi ke rmh pak Usu di Sri Andalas. Wahid nak check
komputer yg kabarnya rosak lagi.
Pkl 5 ptg baru balik ke Meru. Bdn Sabrina makin panas. Mak pesan srh
lumurkan kepalanya dgn asam jawa. Lepas tu letak dgn tuala basah.
Sabrina tak suka benda2 tu, so kena buat ms menyusukan dia je lah.
Selera mkn mula menurun lepas tu asyik merengek je.

Tgh mlm suhu makin tinggi, ada dlm 38" Aku letakkan jgk cool fever sheet.
Sib baik dah standby lepas kena dmm awal bln tadi.
Pg isnin abg tak kerja sbb nak bwk Sabrina ke klinik. Kali ni pergi klinik
panel je. Sib baik lah jumpa yg dekat. Doktornya bagus. Sabrina di beri
ubat di punggung sebab suhunya lebih 38". Doktor bekalkan jg 3 biji utk
kegunaan di rmh, disamping ubat cecair.

Sabrina satu hari mmg tak lalu makan. Asyik baring je dan merengek
kalau tak dpt mengempeng. So aku mmg tak dpt sgt nak buat keje rmh.
Masak pun sekadar goreng mee aje.
Tgh mlm suhu naik tinggi lebih 39". Sabrina mmg tak lena tidur kalau
tak ngempeng. Abg masukkan sebiji ubat di punggung. Pastu aku
tanggalkan baju, letakkan tuala bsh di ketiak. Cara ni cpt jgk nak trn
kan suhu bdn. Baru dpat petua dari kawan abg mlm ni.

Hari selasa Sabrina msh lagi demam. Abg tak keje lagi sebab kesian
aku tak boleh tinggalkan langsung Sabrina. Demamnya masih tinggi tapi
hari ni cuma kasi ubat cecair je.
Menjelang petang barulah demam nampak surut dan Sabrina boleh
main2. Sesekali dia ketawa bila di layan. Terasa rindu sgt dengar
Sabrina ketawa. Lega rasanya Sabrina dah beransur pulih.

Aug 23, 2008

Sabrina dan ayah

Hari ini sabtu aku keje siang. Pagi tadi datang agak lewat sebab menunggu
abg pulang dr shif malam. Wati bercuti sebab ada kenduri di kampung.
Nasib baik lah abg shif lain.

Aku bangun 5.30 pagi, besahur ringan dengan oat+holick dan 2 kpg
roti. Lepas tu masakkan bubur utk Sabrina baru mandi dan solat.
Insyaallah hari ni aku akan habiskan puasa ganti sebab berpantangkan
Sabrina. 30 hari.. moga2 dapat disudahkan.

Lepas abg pulang dr keje 7.40pg aku bertolak ke opis.
Keje 3 hari ni sgt free dibandingkan hari2 sebelum ni. Alhamdulillah.
Hilang lah rasa tensionnya.
Sampai opis pagi tadi sempat ber"ym" sekejap dgn abg. Dia dah siap
mandikan Sabrina dan kasi mkn lepas tu katanya nak tidurkan pulak.
Abg kata masa kasi makan, Sabrina tertepis mangkuk, tumpah siket.
Lepas tu dia kata "dap!" Agaknya dia nak bagitau dia dah kenyang
tapi bubur tu sedap kot. heheheehehe.. apa apa je la.
Moga2 Sabrina baik2 je dgn ayah.
12:16 tgh hari

Sebelah ptg aku kuar p midvalley dgn Su. Ada Parenthood Fair.
Banyak sungguh offer2 menarik brg2 baby. Tapi pasal wang terhad
aku cuma beli makanan baby dan Playtex disposible liner.
Dlm kol 5 aku sampai kat opis, ada ym dari abang. Abg pesan soh
balik cepat sebab cam biasa Sabrina tak nak nyusu kat rmh.
Abg kata sebotol terpaksa dibuang sebab terbiar lama cuma
sebotol yg diminum itu pun dah kol 4 ptg.
Mmmm bijak betul anak mama ni. Sib baik makan mau.

Aug 22, 2008

MAHA 2008 20/08/2008





Sebagaimana biasa setiap tahun berlansung pameran berkaitan
pertanian dan perternakan atau MAHA di Serdang. Tahun ni first time
aku pergi, sebab menemankan Uda dan Cik.

Btw, Uda sejak minggu lepas sudah pun berpindah ke kpg sebab nak
serius dgn penternakan cacingnya.
Pukul 930 rombongan dr kpg sampai sebuah kereta. Selain Uda anak2
dan Cik, Mak, Kak Long dan anak2 nya pun datang. 4 dewasa, 5 budak
bak kata Cik bkn penuh tapi tepu.
So terpaksalah aku bwk kereta jgk. Yg merisaukan perjalanan jauh
sure Sabrina nak nyusu, tp terpaksa jgk lah.

Mak dan anak2 saudara semer naik kreta aku. Sib baik Sabrina pun
mau jgk dgn mak. Perjalanan pergi mencabar jgk sebab tak tau jln,
berpandukan signboard je. Tersesat lah sampai ke Putrajaya.
Sib baik jumpa dgn org yg tunjuk jln betul, selamat sampai.

Kawasan Maha mmg luas sgt. Mula kami habiskan masa kat dewan
pameran utama. Tgk produk2 info2 pertanian dan perniagaan.
Rasa2 makanan, beli jus roselle. Sabrina kadang2 ok duduk dlm
stroller, kdg tak mau. Layan jgk lah. Kadang nyusukan je sambil
berdiri sebab tak sempat carik tpt duduk. Sib baik aku pakai baju
nyusu so tak lah ketara sgt. Ada jgk yg memandang pelik tapi
buat slamba je pasal aku yakin tak de yg terdedah.

Lepas menghabiskan masa beberapa jam di dewan, kami
ke laman sayur, laman ternakan. Byk lagi tpt yg tak dpt dilawati
tapi disebabkan kesuntukan masa , kehabisan tenaga kami balik
sblm magrib. Sempat jgk memborong pokok cili dan tomato
sblm balik. Langkah awal jadi petani moden. heheheee..

** gambar akan menyusul kemudian

Aug 16, 2008

Cabaran menyusu


Pum avent manual yg byk berjasa


Bekal Sabrina ke rmh babysitter. Bubur dah ebm yg siap
diisi dlm botol.


Benda wajib diangkut di hari bekerja, pump, bekal ebm,
beg baju dan handbag.




Kebelakangan ini byk jg bertemu dgn kawan2 yg sdg pregnant dan
jg baru melahirkan baby. Alhamdulillah masing2 bersemangat utk
menyusukan baby. Sedikit sebanyak aku cuba kongsikan ilmu2 yg
dikumpul dari teman2 di Si.com dan dr web2 bf yg lain.
Ramai mungkin percaya hanya dgn niat/naluri keibuan tu ckp utk bf
anak, tp sebenarnya ilmu pun teramat lah pentingnya memandangkan
cabaran penyusuan ada dlm pelbagai bentuk dan tidak mustahil ada yg
kecundang utk meneruskan penyusuan bila tak berjaya menghadapi
cabaran2 itu.

Antara cabaran yg biasa aku dengar dr kawan2
1. Susu tak keluar
>> Adalah biasa susu tidak keluar diawal melahirkan. Biasanya bermula
hari ke3 baru susu keluar dgn lancar. 3 hari pertama mungkin hanya
kolostrum yg beberapa titik, tp ia sudah cukup utk mengenyangkan
perut baby yg sebesar sebutir kacang. Baby adalah breaspump terbaik
pastinya hasilnya sedutannya lebih byk dr yg kita lihat.
2. Susu kurang, baby cepat lapar
>>Susu ibu adalah makanan terbaik utk baby. Memenuhi segala
keperluan baby utk 6 bln pertama. Ia senang dihadamkan dan
diserap oleh badan kerana itu baby cepat lapar semula. Jgn susah hati
nikmati masa2 yg indah semasa menyusukan baby, jgn nafikan haknya
utk mendapatkan yg terbaik. Pergantungan pada susu formula hanya
akan mengurangkan pengeluaran susu ibu dan mungkin pada baby
sendiri.
3. Baby menyusu terlalu lama 1-2jam
>>Baby sebenarnya ingin sentiasa berada didalam pelukan ibunya
maklumlah dah 9 bln di dlm kandungan. Jgn stress, ubah position
penyusuan agar sentiasa selesa. Gunakan bantal penyusuan atau
belajar menyusu sambil baring.
4. Nipple pendek/tenggelam
>>Hisapan yg betul adalah mulut baby berada didalam areaola bukan
nya di nipple. Jika terlalu terganggu dgn keadaan nipple boleh gunakan
alat bantuan khas utk masalah ini. Kekerapan pump juga boleh
membantu menimbulkan nipple.
5. Bengkak susu
>>Kerapkan menyusu bayi sekurang2nya 2 jam sekali diwaktu siang
dan 3 jam di waktu malam atau bila2 masa baby perlukan tanpa had.
Sekiranya baby tertidur cuba kejutkan dgn menyentuh dgn lembut
pipi, dagu, tapak kaki dll.
Sekiranya baby masih kenyang, pumplah boleh lah digunakan utk
training atau utk stok. Penggunaan pump yg berkualiti jg membantu
menggalakkan ibu utk mengepum. Jgn takut utk melabur pump yg
bagus seperti avent, spectra, medela dan ameda.
6. Kurang sokongan dari keluarga
>>Semasa mengandung lagi elokkan sama2 berkongsi kebaikan
susu ibu dgn keluarga terutama suami. Kumpulkan artikel2 ,
majalah berkaitan agar dapat dibaca bersama. Tunjukkan
kesungguhan kepada suami agar dia benar2 memahami hasrat
ibu utk menyusukan baby dgn susu ibu sepenuhnya.
Sekiranya sudah melahirkan dan masih kurang sokongan, hubungilah
rakan2 utk mendapatkan sokongan. Insyaallah setelah ibu berjaya
menyusukan anak sepenuhnya, pasti hasilnya dapat dilihat oleh
mereka. Sentiasa berfikiran positif.

Banyak lagi mungkin cabaran yg tak tersenarai, yg boleh mengundang
stress pada si ibu dan seterusnya menggagalkan usaha utk memberi
si manja susu ibu yg penuh khasiat itu.
Alhamdulillah aku bersyukur sgt sebab diperkenalkan dgn rakan
tentang website Si.com ketika mengandungkan Sabrina 2 bulan. Jadi
mmg byk sgt tips yg aku blajar, pengalaman yg dikutip dari ibu yg
berjaya menyusukan baby mereka, tidak ketinggalan pengajaran dr
mereka yg kurang berjaya. Kejayaan ibu2 yg dpt menyusukan anak
masing sehingga 2 tahun, dan kejayaan ibu2 yg dpt menyambung
semula penyusuan secara direct atau tidak, kejayaan ibu2 susuan
memang memberi motivasi utk menyusukan Sabrina.

(mcm tulis artikel tp bahasa rojak.hahahaha)

Aug 15, 2008

Sabrina




Sabrina sudah pun menjangkau 11 bulan. Alhamdulillah. Gigi sudah
tambah lagi 2, kali ni sebelah atas. Perangainya macam biasalah
nak kita layan dia je. Kalau nak menyusu tu mmg tak bole sabar.
Skang ni mama selalu kena jemput dah hantar Sabrina kat rmh
bapak Wati. Jauhlah sket. Slalunya mmg dia tak mau duduk dlm
baby seat, sebabnya dia tak sabar nak nyusu.
Pasal mamanya pun tak tahan dengar Sabrina menangis sakan,
memandaikan diri lah drive sambil nyusukan Sabrina.
Sib baik la kereta auto, jalan pun tak sibuk sebab jalan dalam.

Skang ni Sabrina dah kurang nak nyusu ebm yg mamanya bekalkan.
4/5 botol hantar biasanya yg luak dlm 3 botol aje. Kalau abes 4
botol tu slalunya ada yg terbuang sebab lama sgt.
Maybe sebab dah besar dah pandai bezakan rasa.

Pasal menu makanan tak berubah sgt. Cuma sesekali tambahkan
sayur yg lain. Ada jugak buat mashed potato , makan lah jgk sikit2.
Apa yg mama dgn ayah makan mmg lah dia minat sgt. Kdg nasi
yg kita makan tu beiya dia nak. Buat syarat bg lah jgk dia merasa.
Kalau tidak tak mau diam.

Aug 14, 2008

Demam lagi

Minggu lepas hari rabu, Sabrina hilang selera makan. Pelik jgk dia asyik
tepis2 makanan. Nak kata ubah masakan tak de pulak.
Hari ni kena p timbang berat Sabrina. Cuma naik 100gm dr bln lepas.
Berat kali ni 6.7kg. Mmg genetik kecik kot anak mama.

Malam tu Abg p keje, Sabrina mula panas badan. Tak berapa pasti
pulak suhunya sebab termometer yg ada bkn digital mcm tak accurate
je. Aku letak towel basah ngan lumurkan kepalanya dgn air asam jawa
bila dia dah tido. Nampak lega sket. Menjelang pagi bdn dia dah biasa
so aku pegi keje shif pagi.

Pulang dari keje, Wati kata Sabrina tak de selera nak makan. Susu pun
tak nak minum. Tapi demam tak ada.
Aku peratikan gusi atasnya bengkak, pastu ada sikit
warna putih. Rasanya gigi atasnya nak tumbuh. Tgh mlm aku terjga
bila Sabrina asyik bergayut je, lepas tu bila terlepas merenget.
Bdnnya pulak panas sgt. Aku cuba letak towel basah tp mcm tak krg
pulak. Baby cool fever tak jumpa pulak. Agaknya dah abes. Geram lak
dgn diri sendiri pasal careless tak check stok.
Pkl 3 pagi aku call abg yg tgh keje, abg suggest kasi ubat demam.
Sabrina dah le tak suka, aku bagi pulak pagi2 melalak sakan la dia.
Kesian pulak. Tapi alhamdulillah panasnya beransur krg, baru lah dia
bole tidur lena. Kesiannya pagi kol 630 dah terjaga psl mama nak
hantar ke rmh babysitter.

Hari minggu gigi Sabrina mula nampak. Makan pun dah boleh mcm
biasa. Alhamdulillah demam cuma 2 hari aje. Baik demam Sabrina
pulun menyusu mcm biasa. Sesekali dia test giginya masa menyusu,
adooiii.. punya la sakit. Tapi sib baik ade blajar petua utk lepaskan
gigitan baby nih. Picit hidung!!! haaa.. baru le dia lepas. hehehe.

Aug 5, 2008

Hujung minggu








Sabtu 2 ogos.. aku cadangnya nak cuti sebab Wati tak dpt jg Sabrina.
Tapi dah ada member yg dah apply dulu so aku batalkan. Nak mintak
shif lain ganti kesian pulak sebab skang ni bz sgt dgn training.
Nasib baik abg sudi nak cuti utk jg Sabrina.
Sekarang kerje mmg meletihkan, terlalu byk account yg masuk sampai
kadang2 nak rehat pun tak ada masa. Pumping time pun kdg2 lari.
Tak sabar nak tunggu bonus nih.. hehehe..

Kalau abg jaga biasanya Sabrina tak mau menyusu sgt. Tak biasa kot.
Nasib baik mkn mau pulak. Jadi aku tinggalkan 2.5 oz 4 botol 3oz sebotol
utk spare. Pukul 3 abg call kata Sabrina tak mau menyusu dari pagi.
Bila abg suakan botol je dia marah, siap tepis lagi. Nampak abg nak
panaskan susu pun dia tunjuk marah. Issk iskk. pandai betul budak ni.
Aku cdgkan abg pakai sudu , abg kata tak jln jgk. Aku bedoa je lah
Sabrina ok. Nak balik awal sgt tak boleh sebab cuma keje 2 org.
630 lepak kak aida solat dan pum barulah aku cabut balik.

Sampai rmh, Sabrina dah tunggu . Dengar je aku bagi salam dia dah
merangkak laju. Sian betul dia haus sgt. Slalu aku pum dulu, kali ni aku
skip. Biarlah sabrina susu puas2. Lagipun lepas ni cuti so direct fdg
puas2.
Sebelah mlm ada mkn2 kat lorng aku. Menu mcm biasa ayam bkr
dan nasi himpit. Jiran2 ada yg tumpang sambut harijadi anak so
ada la kek jgk. Aku just dtg mkan je, tak la lama sgt. Sabrina pun
asyik nak nyusu je, maklum lah nak ganti satu hari punya bekal.

Isnin 4 ogos. Isnin minggu ni masih kira hjg minggu bg aku sebab abg
keje mlm. Jadi siang ada la di rmh. Semalam ahad abg keje, tak dpt keluar
ke mana. Jadi hari ni la gantinye.
Lepas buat keje rmh, tgh hari kitaorg keluar ke Jusco Bukit Tinggi.
Abg beli kasut sukan, aku beli sandal. Sambil tu tgk gak la mainan
budak tp tak de yg berkenan lak. Jusco ni bestnya nursing roomnya
cantik sgt. Sampai sabrina pun teruja. Nyusu kejap je pastu sibuk nak
panjat2 lak. Sudahnya nyusu tak puas, sambil pilih kasut nak susu
lagi. Sib baik kerusi dimana2. Abg pun tolong cover. Senang bukak
bekal.. hehehehe..
Sebelum balik kitaorg menjamu tekak di pizza hut. Alhamdulillah.

Gambar2





Gambar-gambar bersama anak2 saudara di kampung.
Sambil kutip buah rambutan sempat gak nak berposing.








Aug 2, 2008

Masalah penyusuan

Minggu pertama bln Ogos, minggu penyusuan sedunia. Kat majalah,
surat khabar byk fokus pasal kelebihan susu ibu. Bagusnya lah.
Kalau tahun lepas aku join aktiviti di PPUM dgn kak Aida tp thn ni
sebab susah nak angkut anak, membaca aje lah.

Pa & Ma Ogos penuh ngan cerita penyusuan. Aku mmg pesan kat
kawan2 yg menyusu supaya beli. Tak ketinggalan bestfriend zmn
bjg dulu. Cik Mas walaupun dah jarang menyusukan Luqman yg
baru 4 bln tapi berniat balik nak susukan lepas baca Pa & Ma.
Alhamdulilllah. Aku sgt2 lah seronok mendengarnya.
Cabarannya lebih sket sebab anak dah tau nak yg cpt je,
tp insyaallah jika rajin stimulate breast, susu bdn akan kembali.

Tips mengembalikan penyusuan yg terhenti.


1. Kerapkan pum 3 kali waktu siang, 4 kali waktu mlm.
2. Kerapkan direct feeding, jika baby marah berhenti skjap
offer susu lain. Bagi masa baby mamai.
3. Elakkan stress, ckpkan rehat.
4. Ambil cuti jika perlu utk direct feeding.
5. Guna SNS
6. Mendapatkan nasihat dari kaunselor penyusuan.



Mekanisme penyusuan

Baby menyusu ->mulut, gusi, lidah bayi menyentuh puting dan
areola ibu -> sentuhan itu menyebabkan signal dihantar ke otak
-> otak mengeluarkan hormon penyusuan -> hormon ini beredar
di dalam darah dan akhirnya kembali ke breast -> hormon ini
menggalakkan susu dihasilkan di dalam breast.

Balik kampung

Sabtu 26hb.. balik dr shif mlm terus bersiap utk blk kpg. Abg pun shif
mlm jgk, sama2 lah letih. Tapi nak tidur mmg tak boleh lah sebab
mlmnya ada kenduri arwah di kampung.

10pg lepas mandi, sarapan, kemas brg baru bertolak blk kpg.
Sampai rmh mertua 12 tgh hr. Kak Mah ngan Kak Awa sibuk buat
prepare brg2 msk. Hebat betul 2 org ni.. mmg expert lah. relek jek.
Kak Nurul tak balik dengarnya p bercuti kat Pulau Bertam.
hehehe.. nampaknya aku la sorang menantu perempuan kali nih.
Sib baik la tak kena buli sgt. Menolong pun tak dpt sgt sebab Sabrina
nak berkepit je dgn mamanya. Sama jgk lah Sabrina blm mau dgn
org lagi. Blk kali ni musim durian dgn rambutan. Dapat lah rasa sket.
Sabrina pun sibuk nak dibagi rasa. Eeiii seram aku tengok. Sib baik
cuma sket je, lepas tu di reject.

Menu kenduri ayam kampung masak kicap, gulai kari ikan, sayur campur
goreng, sambal petai dan udang, tembikai. Pastu ada serawa durian
ngan pulut utk pencuci mulut. Mmg best lah.
Org perempuan sikit je yg datang. Mak aku dtg ngan uda sekeluarga.
Kak long tak dtg sebab anaknya demam.

Ahad 27hb.... Pagi2 Sabrina dah bangun bila aku bgn.. Hii tak bagi
can langsung aku nak tunjuk rajin kat rmh mertua. Hehehehe..
Layan anak je la kejenya. Kol 10 aku cabut balik rmh mak sendiri.
Otw balik sempat singgah rmh aku jumpa penyewa yg nak keluar.
Kebetulan isterinya baru ada baby 4 bulan so topik penyusuan keluar
lah jgk. Wani keje cikgu so katanya sebab anaknya tak mau susu perah
terpaksa bagi fm sedikit. Tapi sebab dia carik pengasuh yg dekat
sekolah, jd boleh lah dia p direct feeding bila time rehat. Aku syorkan
jgk guna cara lain utk kasi susu perah (ebm) mcm picagari or sudu
so tak perlu bergantung pada fm. Hope baby mau lah.

Lunch tak masak pun sebab byk
lauk yg mak abg bekalkan. Uda cuma kukus ikan siakap je.
Mak masak nasi. Dlm pada tu badan Sabrina kejap panas kejap
sejuk. Aku lumurkan dgn air asam jawa satu badan.
Panas2 pun still aktif lagi.
Panas durian ke.. Nak ditidurkan dia tak mau, padahal rupa
mengantuk sgt. Dlm kol 2 Sabrina muntah dgn byknya sampai
aku pun kena bersalin baju. Lepas muntah baru la dia nampak lega
dan badan pun kurang panas.

Sebelah petang pegi teman uda kait rambutan kan rmh Cik pastu
nak jumpa Ucu yg balik dari Pahang . Tapi Ucu tak de so kait rambutan
je. Rambutan dah tak byk sebab ada org dah ambik dulu. Jadik la
dpt gak merasa. Pastu p rmh mak ngah pulak. Ucu ada kat sana.
Puas jgk la memusing rmh saudara kali ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails