Aug 2, 2008

Masalah penyusuan

Minggu pertama bln Ogos, minggu penyusuan sedunia. Kat majalah,
surat khabar byk fokus pasal kelebihan susu ibu. Bagusnya lah.
Kalau tahun lepas aku join aktiviti di PPUM dgn kak Aida tp thn ni
sebab susah nak angkut anak, membaca aje lah.

Pa & Ma Ogos penuh ngan cerita penyusuan. Aku mmg pesan kat
kawan2 yg menyusu supaya beli. Tak ketinggalan bestfriend zmn
bjg dulu. Cik Mas walaupun dah jarang menyusukan Luqman yg
baru 4 bln tapi berniat balik nak susukan lepas baca Pa & Ma.
Alhamdulilllah. Aku sgt2 lah seronok mendengarnya.
Cabarannya lebih sket sebab anak dah tau nak yg cpt je,
tp insyaallah jika rajin stimulate breast, susu bdn akan kembali.

Tips mengembalikan penyusuan yg terhenti.


1. Kerapkan pum 3 kali waktu siang, 4 kali waktu mlm.
2. Kerapkan direct feeding, jika baby marah berhenti skjap
offer susu lain. Bagi masa baby mamai.
3. Elakkan stress, ckpkan rehat.
4. Ambil cuti jika perlu utk direct feeding.
5. Guna SNS
6. Mendapatkan nasihat dari kaunselor penyusuan.



Mekanisme penyusuan

Baby menyusu ->mulut, gusi, lidah bayi menyentuh puting dan
areola ibu -> sentuhan itu menyebabkan signal dihantar ke otak
-> otak mengeluarkan hormon penyusuan -> hormon ini beredar
di dalam darah dan akhirnya kembali ke breast -> hormon ini
menggalakkan susu dihasilkan di dalam breast.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails