Aug 16, 2008
Cabaran menyusu
Pum avent manual yg byk berjasa
Bekal Sabrina ke rmh babysitter. Bubur dah ebm yg siap
diisi dlm botol.
Benda wajib diangkut di hari bekerja, pump, bekal ebm,
beg baju dan handbag.
Kebelakangan ini byk jg bertemu dgn kawan2 yg sdg pregnant dan
jg baru melahirkan baby. Alhamdulillah masing2 bersemangat utk
menyusukan baby. Sedikit sebanyak aku cuba kongsikan ilmu2 yg
dikumpul dari teman2 di Si.com dan dr web2 bf yg lain.
Ramai mungkin percaya hanya dgn niat/naluri keibuan tu ckp utk bf
anak, tp sebenarnya ilmu pun teramat lah pentingnya memandangkan
cabaran penyusuan ada dlm pelbagai bentuk dan tidak mustahil ada yg
kecundang utk meneruskan penyusuan bila tak berjaya menghadapi
cabaran2 itu.
Antara cabaran yg biasa aku dengar dr kawan2
1. Susu tak keluar
>> Adalah biasa susu tidak keluar diawal melahirkan. Biasanya bermula
hari ke3 baru susu keluar dgn lancar. 3 hari pertama mungkin hanya
kolostrum yg beberapa titik, tp ia sudah cukup utk mengenyangkan
perut baby yg sebesar sebutir kacang. Baby adalah breaspump terbaik
pastinya hasilnya sedutannya lebih byk dr yg kita lihat.
2. Susu kurang, baby cepat lapar
>>Susu ibu adalah makanan terbaik utk baby. Memenuhi segala
keperluan baby utk 6 bln pertama. Ia senang dihadamkan dan
diserap oleh badan kerana itu baby cepat lapar semula. Jgn susah hati
nikmati masa2 yg indah semasa menyusukan baby, jgn nafikan haknya
utk mendapatkan yg terbaik. Pergantungan pada susu formula hanya
akan mengurangkan pengeluaran susu ibu dan mungkin pada baby
sendiri.
3. Baby menyusu terlalu lama 1-2jam
>>Baby sebenarnya ingin sentiasa berada didalam pelukan ibunya
maklumlah dah 9 bln di dlm kandungan. Jgn stress, ubah position
penyusuan agar sentiasa selesa. Gunakan bantal penyusuan atau
belajar menyusu sambil baring.
4. Nipple pendek/tenggelam
>>Hisapan yg betul adalah mulut baby berada didalam areaola bukan
nya di nipple. Jika terlalu terganggu dgn keadaan nipple boleh gunakan
alat bantuan khas utk masalah ini. Kekerapan pump juga boleh
membantu menimbulkan nipple.
5. Bengkak susu
>>Kerapkan menyusu bayi sekurang2nya 2 jam sekali diwaktu siang
dan 3 jam di waktu malam atau bila2 masa baby perlukan tanpa had.
Sekiranya baby tertidur cuba kejutkan dgn menyentuh dgn lembut
pipi, dagu, tapak kaki dll.
Sekiranya baby masih kenyang, pumplah boleh lah digunakan utk
training atau utk stok. Penggunaan pump yg berkualiti jg membantu
menggalakkan ibu utk mengepum. Jgn takut utk melabur pump yg
bagus seperti avent, spectra, medela dan ameda.
6. Kurang sokongan dari keluarga
>>Semasa mengandung lagi elokkan sama2 berkongsi kebaikan
susu ibu dgn keluarga terutama suami. Kumpulkan artikel2 ,
majalah berkaitan agar dapat dibaca bersama. Tunjukkan
kesungguhan kepada suami agar dia benar2 memahami hasrat
ibu utk menyusukan baby dgn susu ibu sepenuhnya.
Sekiranya sudah melahirkan dan masih kurang sokongan, hubungilah
rakan2 utk mendapatkan sokongan. Insyaallah setelah ibu berjaya
menyusukan anak sepenuhnya, pasti hasilnya dapat dilihat oleh
mereka. Sentiasa berfikiran positif.
Banyak lagi mungkin cabaran yg tak tersenarai, yg boleh mengundang
stress pada si ibu dan seterusnya menggagalkan usaha utk memberi
si manja susu ibu yg penuh khasiat itu.
Alhamdulillah aku bersyukur sgt sebab diperkenalkan dgn rakan
tentang website Si.com ketika mengandungkan Sabrina 2 bulan. Jadi
mmg byk sgt tips yg aku blajar, pengalaman yg dikutip dari ibu yg
berjaya menyusukan baby mereka, tidak ketinggalan pengajaran dr
mereka yg kurang berjaya. Kejayaan ibu2 yg dpt menyusukan anak
masing sehingga 2 tahun, dan kejayaan ibu2 yg dpt menyambung
semula penyusuan secara direct atau tidak, kejayaan ibu2 susuan
memang memberi motivasi utk menyusukan Sabrina.
(mcm tulis artikel tp bahasa rojak.hahahaha)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment