Dec 30, 2010

Hampir ke tahun baru 2011

Tadi baru je balik rumah uda kat Kg Jawa dgn mak. Mak datang rmh
dgn Yem tgh ari semalam. Aku pun menumpang sekali . Aku dan anak2
balik kpg dgn abg dan mak mertua Sabtu lepas. Sebab aku cuti seminggu
minggu ni, so aku stay sampai hari rabu kat kpg. Lama tak bermanja
ngan mak. Haahhaa. sebenarnya tak dpt byk sembang pun kalau di rmh.
Bz dgn anak2. Mak pulak byk program.

Mak sibuk pun dgn majlis ilmu. Bestnya sekarang kami saling berkongsi
ilmu2 yg didengar di majlis2 ilmu, tv radio dll. Bila kita menghayati Islam
makin byk kemanisan yg di rasa.
Syukur kepada Allah kerana aku yg pernah menzalimi diri ku masih dilimpahi
kasih dan syg.

Mak kata nak balik esok pg. Tapi td lalu masjid Meru terpandang kain
rentang sambutan tahun baru masehi.Menarik. Insyaalah nak ajak abg
ke masjid malam esok.

FORUM "MERAIH KEBERKATAN DI TAHUN BARU"
Panelis: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ust Anhar Ophir
Moderator: Ustaz Sukki Othman
KONSERT MINI MU'ADZ & KUMPULAN RABITHAH

Lepas magrib ni nak bwk mak dinner kat restoran cina muslim
kat Klang Sentral. Harap2 mak suka menu kat situ.
Insyaallah. Semoga keluarga kami sentiasa di limpahi
keberkatan. Aminnn..

Dec 19, 2010

Selamat tahun baru Hijrah

Salam Maal Hijrah.
Hari ni genap 13 Muharram. Sudah 13 hari memasuki tahun Hijah 1432.
Semoga kehidupan kami sekeluarga lebih di berkati.

Sebulan kebelakangan ini keje2 di ofis mmg banyak. Dengan urusan
perpindahan pd bulan Januari nanti, banyak sgt dokumen2 yg nak kena
siapkan. Tambah lagi ada pulak pihak2 yang minta pembaikan process
operation jadi kena pulak buat manual2 baru. Semuanya menuntut masa.
Jadi mmg skrang bukan masa utk melayan internet sangat.
FB pun dah jarang2 dpat online.
Apapun urusan rumahtangga alhamdulillah semuanya baik.

Sebulan lepas kak ijan dah dua anaknya Aqil dan Anis menumpang di rumah
sebab masalah rmhnya. Semalam sudah pun keluarkan semua barang2
walaupun agak berat hati. Harap2 keluarga mereka juga di beri keberkatan
oleh Allah. Ada jgk lah aku berkongsi tips supaya suami lebih senang berubah
kena bykkan solat tahajjud. Insyaallah.
Aku juga melihat perubahan2 yg baik pada suamiku. Jadi semakin bertambah
yakin setiap yg Allah perintahkan kita buat ada hikmahnya.

Nov 15, 2010

Mid november

Assalamualaikum w.b.t.
Pejam celik pejam celik dah masuk separuh bulan November.
Lusa dah nak sambut raya haji, thn depan Awal Muharram lepas tu
tukar kalendar yunani pulak 2011. Cepat je masa berlalu.
Subhanallah.

Aktiviti luar awal november ni tak ade lah sgt. Hari biasa keje,
hujung minggu hari ahad pegi beli barang dapur dgn abg.
Hari sabtu separuh hari sambung belajar jahit manik bwak anak2.
Skang ni dah upah Tasya anak Elin untuk jg Khalisha. Sehari rm2.
hehehe.. jadik la.. biar dia tau kena keje utk dpt duit. Tapi Tasya pun
mmg rajin layan Khalisha sblm2 ni cuma kesian sbb dia kena pegang
Khalisha sepanjang hari sebab tu terpikir nak bagi upah.
Sedekah utk budak2 mmg seronok rasanya.

Hari Jumaat ari tu aje hisashiburi ni pegi memanjakan diri kat spa.
Tujuan utamanya nak berurut sebab dah sakit belakang dan bahu yg lama.
Maklum lah kalau menyusu badan ni menunduk aje. Supply susu pun
agak merundum jadi hope dpt kembalikan kuantiti ebm lepas2 ni.
Spa yg aku pegi spa Arabica spa kat seksyen 9. Tpt ni Gee yg suggest
sbb dia dah selalu pegi sebelum ni.
Ingat kan keluar ofis cpt dpt lah sampai rmh awal, tapi dah buat mcm2
rawatan sudahnya lewat juga sampai.
Sib baik lah wati tak kata apa. Tapi apapun, sgt berpuasa hati dgn servis
kat spa tu. Facial pn best sbb ada urut2 kepala dan bahu.
Lepas ni sure menyinggah kot.

Oct 30, 2010

Jengok blog kembali

Assalamualaikum utk diri sendiri dan sesiapa yg membaca posting ini.
Hihihihi..
Hari ni bangun pagi2 nak menyiapkan tempahan manik.
Actually baru first tempahan utk touch up baju.. hehehe.. seronok sgt sbb dah beberapa hari
buat dan nak siap. Tinggal final touch up je.
Dulu2 pernah ambik tempahan setakat fesyen satu layer aje.
Insyaallah lepas2 ni nak challenge ambik yg lebih susah. best best..
Dok tunggu baju sendiri siap jahit, so boleh promo kat bj sendiri dulu. hihi!!

Rasanya dah 2 minggu tak update blog. Bizi benor dgn keje.
Dengan aggreement untuk project baru, interview yg tak sudah2, internal
dan external meeting yg kena attend & present, documents yg kena prepare,
plus people management lagi.. lotih. Malam2 sure tetido awal, pagi2 bangun
nak jahit manik pulak. Penuh schedule.
Tapi alhamdulillah disibukkan dengan benda2 yang bermanfaat.
Suka pada perubahan schedule skang, at least lebih kerap dpt solat tahajjud
di pagi2 hari, baca Al-quran. Tenang...
" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"

Anak2 juga Alhamdulillah.
Sabrina petahnya bercakap.
Kalau bab menyanyi lagi maher zain la dia pilih. Insyaallah, insyallah..
siap bertepuk-tepuk mcm masa showcase Maher itu hari. hihi.
Solat mmg dia suka ikut. Sebelum solat mesti dia azan dulu.
Sabrina  dah paham jadual keje mamanya so dah tak de
masalah nak hantar ke rmh pengasuh. Siap boleh pesan kat mamanya,
" Mama jangan nangis2 yer, ina nak pegi school "
kekekeke.. sabor je la.
Kemarin masa berselisih dgn abg yg baru balik shift malam.
Lepas salam2 and masuk kereta dia pesan kat ayah,
" Awak tu jangan nangis2 yer"  hahahhahaha
So ayahnye balas
" Awak tu yang jangan ngada2"
Sabrina balas .. " OK!!"
Seronoknya tengok anak2 tengah membesar ni.

Khalisha berat terkini timbang minggu lepas utk 9 bln,  5.1kg.
Walaupun mmg tak banyak naiknya, hanya 300gm dlm masa 2 bln
tapi dia nampak sihat. Ada lah 2 hari selsema tapi cuma waktu pagi je2.
Demam2 pun setakat ni dah lama tak ada. Alhamdulillah.
Moga2 Allah terus lindungi anak2 ku dari sebarang penyakit, sentiasa
sihat ceria, bijak, hati yg mudah utk di bentuk, di berikan Iman dan dpt
menjaga mama dan ayah di hari tua nanti. Aminn.. doa yg tak pernah
tinggal Insyaallah.

Kali ni tak dpt upload gambar sebab camera entah hilang kemana2.
Masih menunggu hint dari Sabrina.
Kejap katanya campak atas katil la, kat luar la, bawah bantal la.. semua
tak jumpa lagik. Harap2 panjang le umur camera tu. huhuhu..

Oct 9, 2010

Konsert Maher Zain - akan datang...


Sudah beberapa hari Maher Zain datang ke Malaysia. Mula2  aku dengar beritanya
di TV9 minggu lepas yang mengatakan dia akan muncul ni Nasik Lemak Kopi 0
pd hari esok 10 oktober.
Selepas daripada tu di radio Ikim mmg byk lah di war2kan . Sempat juga aku dengar
temuramah dgn nya di rancangan Mesra Bersama Anis.
Dalam hati dok pk juga mcm mane nak dapatkan tiket2nya. Sayang sekali aku tak tau lebih
awal sebab minggu lepas tiketnya dah sold out.

Tapi Alhamdulilla 2 hari lepas, Kak Aida kata dia ada lebih 2 tiket. Alhamdulillah.
Tempat konsert pn tak jauh cuma di Shah Alam je.
So ape lagi terus book la. Dah dibayarpun semalam.
Hehehe.. Insyaallah dpt le dengar Maher Zain nyanyi live nanti.

Penyusuan - hand expression

Syawal dah pun berlalu. Tapi sayang sekali tahun ini tak dpt
menyudahkan puasa enam disebabkan hormon yang tak menentu.
Tak apalah dah ketentuan Allah.
Dah mmg di ketahui kalau brestfeeding sememangnya hormon bdn
jadi tak menentu.

Minggu lepas pum Ameda buat hal pulak. Sebenarnya lebih selesa dengan
suction avent tapi sebab aku pinjamkan pada kak long yang bakal menunaikan haji jadi
buat sementara ni pakai Ameda la konon. Tapi 3 hari pakai Ameda meragam pulak.
Sementara nak tunggu abg dptkan spare part kenalah guna tangan.
Nasib baik dah banyak kali juga perah guna tangan jadi tak dah rasa tension.

Hari pertama mmg tak biasa lagi.. setiap kali session cuma dpt 2oz. Jumlah
sehari cuma lebih krg 7oz.
Kalau dgn pum biasanya total akan dpt samapi 12-15oz.
Disebabkan Khalisha dah krg menyusu jadi tak lah merisaukan.
Hari kedua betambah ke 3oz. dah Hari ke 3 ade yg dpt sampai 4oz satu sessi.
Alhamdulillah. rasa senang jugak guna tangan. Tak payah basuh pum.
hihihiih..tapi lambat tu mmg tak boleh dinafikan la.
Apapun aku bersyukur dpt lagi menyusukan Khalisha sepenuhnya.
Harap harap dpt disempurnakan sehingga 2 tahun kelak.

Oct 1, 2010

Rumah terbuka 2010

Alhamdulillah pada Ahad lepas, dapat juga jemput saudara mara, kawan2 dan jiran
ke rumah. Kononnya rmh terbuka la.. hehehe..
Menunya
1. Nasi lemak
lauk ayam berempah dgn telur rebus.
2. Laksa
3. Lontong dgn kuah kacang dan kuah lodeh ( menu mak)
4. Dadih coklat dan mangga
5. Kek coklat
6. Buah tembikai

Kak Mah ( kakak abang) dgn Mak dan anak2 kak long dah berkampung
kat rmh sejak hari sabtu lagi. Kebetulan hari sabtu sampai hari ahad,
mak mertua, kak long dan mak ngah pergi kursus haji perdana kat
stadium shah alam ( insyaallah 11 oct ke Makkah), jadi adik beradik
abang nak jumpa la mak diaorg sekali.

Antara kenkawan yg datang
1. Batch14- Rusma, Zarina, Izan, Naa, Anie, Ujen sekeluarga
2. Batch 13- Kak Ruhaida dan kak Isma sekeluarga
3. Officemate - Hazizi, Fauzi, Jeya
4. Ex-jhrs - Farid, Nizar, Konaka

Sabrina dan Khairi anak kak long

Ex-officemate, Konaka dgn anak kembarnya. Wifenya kurang sihat..

Dewi anak kak Yaya

Kak Ijan ( kak abg) ngan Mak mertua. Mak kepenatan balik dr kursus.


Tolong pangku anak Ujen, Qismina. Slalu pangku baby kecik je.. hehehe.. semangat dia.


Ja, Umi, Sofea dan Fauzi




Anie dtg dengan opah dan maknya.

Kak Awa ngan anak2nya



Kak Mah - tukang masak utama. Makan rambutan cik kasi.


Antara tetamu yang hadir..


Dapat gak sabrina gambo same..kekeke


Sabrina ngan anak kak Mah, Mira.

Kakak2 iparku.. org kuat di dapur.

Sep 20, 2010

Rumah terbuka - Ume

Tgh hari semalam berkujung ke Putra Heght rmh terbuka Noora @ Ume.
Memang best sebab kawan2 ramai pastu dijamu pulak mee bandung
dengan spagetti air tangan Noora.
Antara yang sempat jumpa Zalie, Izan, Rusma, Ujen.





Aidilfitri 2010 - Janda Baik

Hari ke dua raya kali ni pertama kali ikut pergi beraya ke rmh Cik kat Janda Baik, Pahang.

Sebelum ni dah pernah pergi tapi untuk beraya pertama kali. Best kat rmh cik sebab betul2 suasana kampung lagi. Keliling rmh penuh dgn pokok buah-buahan, ada kolam ikan, reban ayam, itik ayam belanda.. pendek kata macam mini zoo pulak. hehehe.





                                            Cik Wok, Mak mertua, anak kak long, Kak Mah, anak usu.


                                                            Dgn isteri Itam


 

Aidilfitri 2010 - rmh mertua

Gambar2 pagi raya kedua di rmh mertua.




Opah dah cucu2.



                                            Sabrina -3 thn, Dewi 4 thn, Anis 5 thn.

Aidilfitri 2010

Aidilfitri mmg setiap tahun pasti meriah.
Alhadulillah masih dapat beraya kat Malaysia dgn sanak saudara dan kenkawan.
Sesekali teringat gak zaman2 Jepun.. ehhh.. zaman beraya kat Jepun dulu.
Walaupun tak semeriah kat sini tapi kenagan yg terindah jugak la.

Baik tengok gambo dari celoteh panjang ek..
Ringkasnya aku balik kekampung sehari sebelum 1 syawal hari rabu mlm khamis
8 sept dan kembali ke Meru 5 Syawal .

Kat bawah ni gambar2 1 syawal kat rmh mak sendiri.

Sarapan sebelum ke masjid untuk solat sunat.




Mak dah cucu2. Anak uda dan anak kak long.


Keluarga pak usu dan anak2.


Sep 5, 2010

Berbuka di briyani King

Hari Sabtu abg balik dari shift malam, abg kata mlm nanti tak keja.
So boleh lah beli baju raya anak.
Pagi siap2 kemas rumah. Dalam pukul 4 baru kluar rmh lepas
Khalisha bangun tidur. Mula2 singgah ambil kuih raya yang di order
kat kedai Elin.
Asalnya nak ke Jusco, tp bila Elin kata baju budak ada offer kat The Store,
terus kitaorg ubah haluan ke Klang.
Tapi tak menarik sgt pun. Tak banyak pilihan dan kawasannya sempit.
Susah kalau bawak anak kecik2 nih.

Pukul 530 kluar dari The Store. Mulanya abg ajak ke Jusco, tapi sebab
nak berbuka kat Briyani King, takut tak sempat pulak. Jadi kitaorg terus
ke Seksyen 9, solat asar di surau situ gilir2. Lepas tu pergi carik maybank pulak.
Ulang alik dah dekat 645 pegi la Briyani King. Orang dah sampai duduk kat luar.
Mula plan nak duduk je kat luar tapi hujan turun la pulak. So kitaorg kluar je
dari area situ.
Ingat nak p makan briyani kat seksyen 7 tapi alang2 le pulak sure penuh jgk.
So abg ajak tunggu je lepas magrib. Berbuka dalam kereta dgn air dan kuih yg
abg beli kat kedai mamak. Lepas tu solat magrib kat surau seksyen 9 balik.
Baru lah kembali kat Nasi Briyani King.
Menu Briyani ayam dan daging. Alhamdulillah Khalisha tak byk meragam.
Sabrina pun byk makan nya. Sampai jugak hajat...

Aug 29, 2010

Adik Nik Nur Madihah



Semalam aku sekeluar balik kpg sebab nak hantar mak Abg balik lepas
seminggu mak tidur kat rumah kak Awa. Malam tadi aku tidur di rmh mertua.
Pagi dlm pukul 10 baru balik ke rmh mak.
Khalisha meragam saja, agak sebab kepanasan kot. Mmg panas kat kpg lebih sket dr kat Meru
mungkin sebab rmh kpg lagi dekat dgn pantai. Jadi nak tidurkan Khalisha kalau tak dibuaikan tak sah.
Sambil membuai Khalisha aku belek2 buku Uda yg banyak. Terjumpa buku tentang adik NiK Nur
Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 . 19A1 1A2. Aku sangat2 kagum dan terasa amat malu sebab walaupun dikatakan daif , tapi sentiasa bersyukur dengan kehidupannya. Bapanya jgk walaupun seorang
yang tidak tinggi pelajarannya tetapi pada hakikatnya dia seorang yang tinggi akalnya. Sememangnya kejayaan dalam akedemik bukan kayu pengukur kejayaan dalam kehidupan. Orang yang benar2 berjaya ialah org yang dpt mengimbangkan kehidupan didunia dan di akhirat. Ada ilmu dunia ada juga ilmu akhirat.
Moto adik Nik, hablum minnallah habum minannas atau menjaga hubungan Allah dan manusia.
Juga amalan yang sentiasa di buatnya.
1. Puasa sunat Isnin Khamis
2. Solat dhuha
3. Qiamullail
4. Sentiasa meminta maaf dgn ibu bapa
5. Menghormati guru sentiasa bertanya khabar.

Semoga aku juga sentiasa menjadi orang2 yang bersyukur dengan nikmat Allah.

Stok susu Ramadhan - Khalisha 7 bulan


                                                Stok susu Khalisha setakat hari ini.



Khalisha sudah 7 bulan dgn berat terkini 4.5kg. Alhamdulillah.
Kalau dibandingkan dengan berat bulan lepas cuma naik 200gm.
Agak sedikit kenaikannya kali ini, sebab di pertengahan bulan
Khalisha demam seminggu dan kurang selera nak makan dan menyusu.
Skang sudah kembali normal.

Khalisha skang pantang nak baring sendiri. Kalau dulu rasa amat mudah,
lepas meyusu je biarkan dia baring sendiri tgk tv nanti dia tidur sendiri.
Tapi skang pantang kita baringkan walaupun sekejap, dah menangis sakan.
Memang agak mencabar saat ini.
Hanya Allah aje yang tahu kenkadang rasa tension tpi kena lah kawal
perasaan. Kalau Sabrina pulak mengada2 lagilah . Nakal jgk Kak ayong
ni. Tertumpah lah, terpijak , terketuk adik mcm macam ter.. kena angin
tak baik aku pn hilang sabar laju je tgn mencubit or pkl kakinya.
Kadang kesian jg, tapi kalau redha dia tak tau pulak benda tu salah.

Bebalik pada Khalisha, stok ebm utk Khalisha agak byk berkurangan.
sblm ini byk kali jg aku pum 2 kali shj kat opis. Atas alasan tak sempat.
Bila stok dah menyusut baru aku pastikan pum 3 kali. Dan pum juga
hujung minggu. Insyaallah masih mencukupi.
Khalisha perlukan sehari dlm 12oz sahaja. Aku tinggalkan dia dr jam
8 sampai 630 otg. Biasanya last menyusu pkl 730 or pkl 8.

Buat masa ni aku kekalkan ambil kopi radix, spirulina, koko radix
dengan harapan bdn aku dpt supply susu sebanyak demand Khalisha.
Insyaallah.

Selain tu doa kepada Allah tak putus agar anak2 mama menjadi
anak2 yang solehah, senang dididik, mendengar kata, sihat, pintar,
dijauhkan dari sebarang penyakit. Amin Ya Rabbal alamin....

Aug 23, 2010

Berbuka di kampung

Hari Ahad pagi lepas kemas2 rmh, kami sekeluarga balik kampung
sebab nak ambik mak Abg bawak ke rmh kak Awa di Taman Medan.
Bertolak dari rmh pukul 10pg, jalan smooth je Alhamdulillah
sampai kat rmh mak Abg pukul 12 tgh ari.
Sembang2 dgn mak, bg Sabrina dan Khalisha makan lepas tu baru
mintak abg hantar balik ke rmh mak sendiri pulak.

Asalnya nak pegi kejap aje, sebab nak temankan mak mertua berbuka.
Tapi bila tau Ucu Baah yg baru je balik dr Pahang ngan Wahid , abg
Alang pun ade jgk so tukar plan. Abg pun ok je , so dia je la yg balik
temankan mak dia berbuka. Insyaallah next time lah.
Tp Abg Alang tak jadi pun berbuka sama, dia balik berbuka rmh mertua.

Berbuka rmh mah biasanya banyak tukang belinya, so kitaorg cuma
masak mee goreng je main utk buka. Pastu mak buat kuih kacau
jagung yang sedap ( rasa lepas berbuka yerr :)) . Pas tu buat sup ayam ngan
kuah asam pedas utk diner dan sahur diaorg nanti.
Air , aku kopek 2 bijik kelapa muda yang Cik kasi. Tapi sayang kelompong je,
isi tak berapa tebal.
Sponsor berbuka :
 Wahid - murtabak, popiah goreng/basah
 Uda- air oren, laksa, kuih2
Cik - kuih muih
Acid - kuih

Senarai menu semalam mmg panjang dan banyak, tp dengan ahli keluarga
yang besar, 6 beradik campur anak2 dan pakcik makcik sekejap je.
Alhamdulillah rasa seronok sangat dpt buka sama.
Walaupun kejap je dapat balik rmh mak, tp puas hati sebab dpt berkumpul
dgn semua adik beradik.

Aug 15, 2010

Nur Sabrina

Sabrina bulan depan akan menyambut ulang tahun ke 3.
Alhamdulillah anak sulung mama semakin bijak, cerdik, petah dan sihat.
Harap terus begitu. Terus terang hatinya menerima pembelajaran baru.
Sekarang ni kalau petang mesti nak main beskal depan rmh.
Kalau dulu mesti tak bersuara kalau kluar rmh, tapi skang kemain
lagi memarahkan budak,''.;',




Aug 7, 2010

Palestin - Maher Zain

Sekarang ni tengah suka sangat dengar lagu2 dari Maher Zain yang
popular di UK . Bukan aje sebab suaranya sedap, liriknya best, org nya
pun hencem. hehehe..
Antara lagu nya yang boleh menitiskan air mata tentunya lagu tentang
nasih orang2 Palestin. Sekarang ini makin bersemangat untuk berbuat
sesuatu untuk diaorang. Mungkin menyertai badan2 NGO bila masa
mengizinkan . Buat sementara ini apa yg terdaya besedekah wang ringgit
dah doa setiap lepas sholat. Bukan saja utk org palestin, tapi utk umat Islam
yang teraniaya di Mindanao, Acheh, Rohingya, China, semoga Allah
membantu mereka melepaskan diri dari penganiayaan.
Aminnnn..
Sesungguhnya Doa itu Senjata bagi orang Mukmin.


Lyrics to Palestine Will Be Free :


Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart

Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Dugaan sekejap

Kalau ada yang baca posting sebelum ni tajuknya "Minggu Demam".
Aku ingatkan seminggu je menjaga anak demam, rupanya demam Khalisha
tak baik sampai lah 2 hari lepas.
Dari Allah datangnya penyakit Allah jua yang Maha Menyembuhkan.

Hari Sabtu minggu lepas abg ajak balik kampung. Masa tu demam Sabrina
dah ok, Khalisha tinggal batuk dan selsema. So ajak abg p buat rawatan
kat Klinik Dr Salleh kat kpg. Rawatan Sonotron. Kata doktor tujuannya utk
melancarkan peredaran darah. Caranya dengan menghalakan satu alat yang
memancarkan gelombang macro ke tempat yg nak di rawat. Macam Khalisha
di halakan ke hidung dan tekak.
Aku cuba je sebab dia tak menggunakan ubat. Sebaliknya aku yg kena mkn
sedikit ubat dgn di suruh ambil vitamin utk menambah kualiti darah since
Khalisha menyusu badan. Menarik penarangan doktor tu.

Petang Ahad masa aku di rumah mak, kepala Khalisha dah mula rasa panas.
Lepas Isyak kitaorg balik ke Meru badan Khalisha dah panas. Apa yg aku buat
cuma lap kan dengan towel basah. Khalisha masih selesa tidur.
Hari Isnin walaupun Khalisha panas, sebab ada tugasan aku still kerja walaupun
rasa tak sedap hati. Alhanmdulillah dapat balik cpt.
Hari Selasa bawak Khalisha ke KPJ Sel utk check darah. Dari pagi sampai
ke petang menunggu je kejenya. Sebabkan anak bersabar jgk lah.
Hasil ujian darah, Khalisha dijangkiti virus. Tapi masih boleh di kawal jadi
doktor bekalkan antibiotik selain ubat demam, batuk dan selsema.

Hari rabu, ingatkan nak pegi keje elok je nak bersiap Khalisha menangis
tak berhenti. Nasib baik abg ada sebab abg cuti malam sebelumnya.
Ambik masa jgk nak berentikan menangis, rupenya Khalisha kembung.
Meragam aje lah sepanjang pagi sampai lah ke tengah hari.
Lepas zohor baru la lega bole baring kat bawah.
Nak masak pun dah malas so ajak abg ke Pizza Hut n beli barang dapur
kat 99 dengan kedai HPA meru.

Hari Khamis, masa nak pergi kerja nampak muka Khalisha merah padam.
Badan dah tak panas batuk pun nampak kurang. Tapi aku biarkan aje
kot merah sementara.
Balik dari keje wati kata ruam naik satu badan.
Eiiiiikkkkk.. dah rasa lomah dah. Apa lagi lah agaknya. Tak mungkin campak
pulak. Apapun mlm tu aku bgtau mak dan abg yg keje.
Abg pesan jgn bagi ubat dan sapu losyen.
Mak pulak kata biarkan aje kalau campak biar semua keluar.
So aku just sapu sket losyen kat muka Khalisha nak tengok kot ada
perubahan.

Hari Jumaat muka Khalisha dah macam biasa. Tak merah2 lagi.
Merah panas kot.. lega. Just pesan dgn wati jangan kasi ubat batuk dan selsema.
Takut dia tak tahan ubat tu. Lagipun Khalisha dah tak teruk.
Balik dari keje wati bgtau Khalisha ok je tak meragam.
Barulah lega rasanya..

Disaat2 macam ni kalau ikutkan hati mmg rasa lemah je. Sib baik lah ada
beli buku pasal " Terapi Ayat Suci" , Dalam buku tu adalah kasi tips tentang
ayat penyembuh. Antaranya baca Surah Fatihah ulang 7x, ayat Kursi, tiga Qul,
Al baqarah 285, 286.  Ayat-ayat suci ni mampu membetulkan sel-sel yang
rosak dlm tubuh manusia termasuklah kanser.
Wallahualam..

Jul 24, 2010

MInggu demam

d caption
 


Gambar terkini Nur Sabrina dan Nur Khalisha.


Dalam seminggu ini, anak2 tidak berapa sihat. Minggu yang mencabar lah
kalau anak tak sihat ni. Mula2 Sabrina demam di ikuti dengan batuk dan 
selsema. Berjangkit dari kenkawan kat rmh Wati. Lepas tu Khalisha pulak
menunjukkan tanda nak batuk. Mmm sabar je lah. Abang pulak kerja malam..
dah dua tiga malam rasa tak ckp tidur melayan karenah Sabrina yg meragam
tengah2 malam. Tak selesa lah kot. Tapi kadang2 hilang sabar juga kalau
ape saje yg kita buat tak kena. Memang jadi mama ni bab urus anak2
mmg mencabar. Moga2 Allah memudahkan segala urusan.
Aminnnnnn

Jul 21, 2010

Pendidikan seks

Tajuk posting kali ni agak berat. huhu..
Sebenarnya  aku share tentang erti 'pendidikan seks' di dalam Islam
dari pengisisan program Tanyalah Ustaz di tv9.
Penyampainya ustaz Rohidzir Rais http://al-zuhaily.blogspot.com/2010/07/
Dari kacamata agama, pendidikan seks bermakna mengajar anak2
tentang persoalan aurat, memilih pakaian, makanan, dll yg dpt
menghindarkan kita dr perkara2 yg salah.

Antara yg aku ingat, tentang cara untuk mengajar anak2 menutup
aurat, ibu bapa perlu jg aurat dahulu walaupun semasa di rumah.
Pemilihan pakaian anak2 juga harus sesuai. Andainya pakaian
yg kita pilih tidak disukai, biarkan sahaja. Biar anak2 marah sekarang
bukannya di kemudian hari.

Satu lagi pemilihan makanan jg penting. Makanan yg halal membawa
kepada hati yg suci. Dapat menyediakan sediri makanan adalah
yg terbaik kerana kita sendiri yg memilih bahan.
Tentang sumber makanan sekarang byk pilihan utk memilih produk
muslim jadi mengapa tidak kita berbelanja barang dapu dengan
barangan buatan muslim.
Alhamdulillah aku kenal dengan HPA. Jadi seboleh2 barangan dapur
aku beli di stokis HPA. Kerana aku yakin Insyaallah pemprosesan
barang2 HPA ngan mementingkan aspek kebersihan dan sebagainya.

Jul 9, 2010

Anak-anak

Syukur kepada Allah sampai juga ke penghulu segala hari,
hari Jumaat. Lebih istimewa hari ini 27 Rejab antara  hari2 yg sangat
elok utk kita menambah amalan.
Semalam dengan hari ini Insyaallah aku berpuasa sunat.
Setakat ni tak ada effect pada ebm. Yang penting kena pastikan
sahur dgn makanan berat iaitu nasi.
Kalau tidak lepas pum mmg rasa letih la dulu. Bagus juga sesekali
berpuasa ni, jadi lebih bersedia utk Ramadhan nanti.

Khalisha dah hampir seminggu pandai meniarap. Tapi kepala
tak pandai angkat lagi. Mungkin 2,3 hari lagi dah boleh. Nampak
perkembangannya lebih cepat dari Sabrina. Mungkin sebab
badannya lebih ringan.
Sekarang sudah 5 bln setengah.. mungkin ada 4kg.
Penyusuan bagus. Sekali minum skang boleh sampai 3oz. Tapi
stok ebm pulak agak susut. Sebabnya mungkin aku kurang pum
di rumah. Takut stok terus merundum, dah 2 hari aku bangun
perah pagi2. Dulu masa Sabrina sebelum tidur dgn pagi mmg aku
akan pum susu, sekarang agak malas sket.. hihi.. tak boleh
diteruskan. Skang ni malas nak pakai pum kalau di rumah,  aku prefer
pakai tangan je sebab malas nak basuh pum. Sedikit sebanyak skill
hand expression bertambah lah. Yakin juga kalau tak de pum.

Sabrina sudah totally tak menyusu badan. Minggu ini dia ok je.
Tidur pun senang tak de meragam macam seminggu sebelum ni.
Alhamdulillah. Sebenarnya bukan satu kebanggaan memberhentikan
anak menyusu, tapi rasanya sudah sampai masanya utk Sabrina berhenti
setelah 2 tahun setengah menyusukannya.
Mulutnya makin bising. Kadang tak terlarat nak layan.
Tapi bahayanya dia dah pandai nak angkat adik. Dah 3 kali dia
angkat Khalisha agak jauh. Fuhhh.. berderau darah mama!!
Mentang2 lah Khalisha tu ringan sangat senang2 je dia angkat.
Khalisha pulak tak menangis langsung jd kadang aku tak perasan.
Orang kata pantang lepa Sabrina ni. Kena lebih bagi perhatian.

Sukanye tengok Khalisha tidur nyenyak cam ni. Aman je rasa..

Jul 4, 2010

Sulaman manik

Dalam kesibukan kerja, kat rmh kena ada masa utk diri sendiri jgk.
Skang ni sekurang2nya sejam sebelum tidur dan setengah jam
sebelum p kerja, sambil dengar astro oasis aku peruntuk kan masa
utk sulam baju or buat sample.
Rasa macam dapat kepuasan dpt buat sesuatu yg cantik.
Syukur Alhamdulillah.

Sample manik semakin bertambah.





 Siap juga akhirnya manik tabur utk baju raya tahun nih. hiihihi..
 Puas hati!!. ALhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails